ROSIDA: Mula memancing ni sejak dari bangku sekolah lagi. Maklum sajalah tinggal di kampung ada bendang, paya semua redah. Biasanya mancing setakat puyu dan haruan saja.
Ads
UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini berbanding hobi lain?
ROSIDA: Memancing ni hobi yg sangat jarang dipelopori oleh kaum wanita. Saya sukakan kelainan, kalau orang lelaki boleh memancing mengapa wanita (saya) tidak boleh.
Memancing ni memberi kepuasan dan keyakinan kepada saya. Memancing ni juga mendekatkan diri kita dengan alam ciptaanNya. Memancing membuatkan kita banyak bersabar dan memahami erti kepayahan seorang nelayan di dalam mencari rezeki.
Ads
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi sepanjang memancing dan apa harapan anda untuk meneruskan hobi ini?
ROSIDA: Rintangan bila memancing, bila ada trip sesetengah tekong takut nak bawa sebab kurang yakin dengan pemancing wanita seperti saya. Harapan saya, agar dapat menarik minat ramai lagi pemancing wanita di luar sana dan mengetengahkan bakat yang terpendam.
UMPAN: Ceritakan pengalaman manis & pahit ketika memancing?
Ads
ROSIDA: Pengalaman manis bila dapat join memboating dengan geng ladies angler di sekitar Pulau Aman. Pengalaman pahit, bila casting ikan haruan, ikan tak dapat, jumpfrog melekat di paha. Ke hospital pulak untuk proses membuang jumpfrog.
UMPAN: Pencapaian membanggakan dan apa sasaran anda seterusnya?
ROSIDA: Pertama kali dapat naikkan ikan toman seberat 7-8 kg di Tasik Chenderoh. Ikan talang dalam trip Pulau Payar. Ikan pacu satu kolam di kolam berbayar.
Sasaran seterusnya ingin memancing ikan layaran. Andai diberi peluang join mana-mana trip memburu layaran, insyaAllah nak juga mencuba. Banyak lagi ilmu memancing yang belum dipelajari. Mohon tunjuk ajar.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Dalam industri pancingan sukan di Malaysia, tidak ramai figura dalam teknik fly fishing atau pancingan layang yang boleh dikatakan otai.
Nick Ooi, Dron Lee dan CK Ling (sekadar menyebut beberapa nama) merupakan antara figura yang mempunyai nama besar di Malaysia khususnya untuk pancingan layang.
Pancingan layang antara teknik pancing yang semakin meningkat naik sekitar tahun 2006.
Waktu itu jugalah merupakan titik tolak bagaimana nama Naveen Kumar turut terhias dalam kancah pancingan layang Malaysia sehingga menjadi antara pemancing fly dan fly-tyer terkenal di Malaysia.
Langkah awal ke dunia Fly Fishing
Menurut Naveen, ceritera tentang dirinya mula meminati pancingan layang bermula sekitar tahun 2006-2007.
Walaupun sudah menjadikan memancing sebagai hobi sejak kecil, dia belum pernah mencuba teknik pancing layang waktu itu.
Sewaktu mula-mula dia melihat aksi pancingan layang, keterujaan untuk mencuba teknik tersebut tidak mengambil masa yang lama untuk timbul.
Naveen mula mencari bahan bacaan berkaitan fly fishing daripada banyak sumber. Setelah sekian lama, dia merasakan tiba waktu untuknya mencari dan bertanya kepada figura yang
betul-betul otai dalam pancingan layang untuk memberikan gambaran kefahaman yang lebih mudah pada dirinya.
Walaupun pada asalnya perasaan malu wujud, dia tidak menjadikannya sebagai kekangan untuk dia lebih mendalami ilmu pancingan layang.
Dari situlah, dia sering berulang-alik dan menghabiskan masa di kedai Tackle Box Adventure untuk mendalami teknik pancingan layang bersama Nick Ooi.
Selain Nick Ooi, Naveen turut mengatakan bahawa Leong Hon Kit dan Dron Lee juga antara figura yang banyak membantunya memahami dan mendalami ilmu fly fishing dan bagaimana mengikat fly.
Penghargaan sebagai fly-tyer
Sewaktu Naveen mula mencuba pancingan layang, dalam masa yang sama juga dia mendalami ilmu mengikat fly atau fly-tyer.
Teknik mengikat fly-tyer Naveen banyak mendapat tunjuk ajar daripada Dron Lee yang merupakan antara fly-tyer terkenal di Malaysia.
Setelah beberapa lama, Naveen mula membuat fly mengikut cita rasa dan kreativitinya sendiri.
Menurut Naveen, kepuasan yang paling dinikmatinya ialah apabila dia berjaya mendaratkan ikan dengan menggunakan fly buatan tangannya sendiri.
Tambah manis jika rakan-rakan yang menggunakan fly buatannya turut berjaya mendapatkan ikan.
Pada tahun 2012, nama Naveen diangkat sebagai salah seorang selebriti undangan (Guest Fly-tyer) untuk International Fly-Fishing Festival 2012 yang berlangsung di Taman Botani Negara, Shah Alam, Selangor.
Ini merupakan antara penghargaan dan momen paling manis kerana menjadi antara undangan dan mewakili Malaysia bersama beberapa orang tetamu lain dari pelbagai negara.
Harapan dan tip untuk pemancing baru
Naveen sempat berkongsi tip khususnya untuk pemancing yang baru mahu mencuba pancingan layang.
Menurut Naveen, pemancing yang ingin mencuba teknik ini perlu mempunyai minat yang mendalam, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Dia juga menyarankan agar pemancing membuat bacaan awal tentang fly fishing dan berjumpa dengan pemancing yang lebih lama dalam industri untuk mendapatkan gambaran awal tentang fly fishing.
Selain itu, Naveen juga berharap agar komuniti pemancing di Malaysia tidak kira apa teknik memancing untuk lebih terbuka dalam soal perkongsian ilmu memancing.
Malah, pemancing juga seharusnya tidak lupa untuk memikirkan bagaimana untuk terus konsisten dalam konservasi alam sekitar dan sumber perikanan.
“Semua pemancing sama sahaja walaupun mungkin berlainan teknik. Namun bagi saya, momen ketika memancing bersama kawan-kawan, menghayati persekitaran semula jadi
yang terjaga mempunyai nilai yang lebih berharga berbanding menaikkan ikan semata-mata dan itulah motivasi saya untuk terus memancing hingga hari ini,” tambah Naveen sebelum menamatkan perbualan.
UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong?
JEBAT: Saya memancing sejak kecil lagi. Tetapi mula serius dalam teknik mengilat dan menjadi tekong kira-kira 4 atau 5 tahun lepas.
UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini?
JEBAT: Tentu saja kerana minat yang mendalam. Pada awalnya saya beli sampan atau bot ini untuk kegunaan sendiri saja.
Lama-lama saya berfikir adalah lebih baik saya kongsi keseronokan ini bersama pemancing yang lain.
Saya ada lubuk dan sampan, jadi saya manfaatkan perkara itu menjadi sumber pendapatan sampingan.
UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong?
JEBAT: Perlu tahu selok-belok spot di tempat anda kendalikan. Yang paling penting tahu sedikit pekara tentang keselamatan… supaya mengalami kesulitan boleh handle dengan aman.
Macam saya seorang tekong yang mempunyai ilmu perkapalan sebagai seorang engineer class 3.
Sekurang-kurangnya apabila engine boat bermasalah boleh handle dengan aman.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?
JEBAT: Rintangan selalunya apabila pelanggan kita kumpau… kerana setiap pelanggan yang turun mempunyai harapan sendiri.
Semua itu tanggungjawab kita sebagai tekong. Walaupun rezeki itu datangnya dari Yang Maha Kuasa, tetapi manusia perlu merancang.
Harapan saya tentulah setiap pelanggan akan berpuas hati dengan servis perkhidmatan yang saya berikan dan reda dengan aman jika kumpau.
UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?
JEBAT: Pengalaman manis seperti biasa apabila pelanggan kita semua mendapatkan ikan idaman mereka.
Pengalaman pahit pasti ada… saya pernah mengalami detik cemas kerana bot hampir karam. Alhamdulilah dapat handle situasi itu dengan tenang.
UMPAN: Boleh saudara perkenalkan diri dan kerjaya?
WALI: Nama saya Mohd Nazri atau lebih dikenali dengan panggilan Wali Saiko. Saya seorang pengusaha bot di Port Klang dan telah beroperasi hampir 15 tahun.
Alhamdulilah, perniagaan saya semakin berkembang hasil berkat usaha dan pertolongan Allah.
Saya sekarang mempunyai 3 buah bot untuk disewakan kepada pemancing yang ingin merasakan thrill dan cabaran memancing di sekitar perairan Port Klang.
UMPAN: Boleh ceritakan kenapa saudara menceburi bidang ini?
WALI: Saya menceburi bidang ini kerana minat saya yang mendalam terhadap sukan memancing.
Bukan itu sahaja, saya dibesarkan dan dilahirkan di laut dan tidak hairan apabila orang mengaitkan laut Port Klang ini dengan saya kerana saya rasa ia amat sinonim.
Saya mula serius untuk menjadi tekong apabila dapat menarik ikan mega di sekitar Port Klang yang sememangnya pada akal saya tidak mungkin ada ikan ikan gred tinggi di lautan ini.
Semakin saya meneroka laut semakin banyak port saya jumpai sekaligus menyemarakkan lagi semangat untuk menjadi tekong.
UMPAN: Apa kriteria yang perlu ada untuk menjadi tekong?
Sememangnya tiada jalan mudah untuk menjadi tekong. Pada saya, seorang tekong perlu tahu tentang selok belok laut.
Apabila kita tahu, kita dapat mengelak pelbagai risiko seperti sesat di laut. Ini mungkin berlaku jika GPS rosak atau tidak berfungsi.
Walaupun kebarangkalian berlaku amatlah rendah, ia sudah cukup untuk menjadikan pengalaman hitam dalam hidup apabila sesat di laut luas.
Selain itu, seorang tekong perlu pandai beramah mesra dengan para pelanggan. Ini amat penting kerana dari pada perbualan dan percakapan bersama mereka, kita dapat membina
kesefahaman dan muafakat sekaligus dapat menarik minat mereka untuk terus menggunakan servis kita.
Ketiga, tahu menjaga kelengkapan dan peralatan bot yang digunakan. Ini merangkumi servis enjin bot, perbaiki canvas dan teritip.
Sebuah bot yang optimum dapat memberi keselesaan kepada pelanggan dan juga mengurangkan risiko berlaku kerosakan di tengah laut.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?
WALI: Pelbagai rintangan dan cabaran yang saya lalui untuk sampai ke tahap ini. Lumrah sebuah bisnes, ada pasang surut terutamanya bulan puasa.
Amat susah untuk kita dapatkan customer dek kerana timing tidak sesuai. Di samping itu, keadaan air laut yang tidak dapat diduga juga membuatkan kami susah untuk mendapatkan hasil-hasil mega.
Setiap hari, saya cuba menarik minat pelanggan dengan iklan-iklan yang di post di FB dan ianya amat susah kerana saya kekurangan masa untuk melakukan kerja tersebut.
Oleh itu, displin diri yang kuat perlu saya terapkan dalam diri untuk memastikan bisnes ini berjalan lancar.
UMPAN: Boleh ceritakan sedikit pengalaman pahit sebagai tekong?
WALI: Salah satu kenangan pahit yang saya lalui adalah ketika bot saya mengalami kerosakkan di border Indo-Mas.
Kita itu enjin mengalami overheating kerana kegagalan water pump. Ia berlaku ketika kami sedang menghampiri spot dengan menggunakan kuasa enjen yang maksimum dek kerana lambungan ombak yang kuat.
Secara tiba tiba, enjin berbunyi agak kasar lalu saya perlahan-lahan menghampiri bahagian belakang bot untuk mengenal pasti apa yang berlaku.
Tiba-tiba… boom! Enjen berbunyi seperti meletup! Saya lantas mengelak dan menutup muka daripada serpihan enjin yang sedang melayang.
Waktu itu kira kira jam 9.20 malam. Suasana amatlah gelap dan hampir tiada bot di sekeliling untuk meminta pertolongan.
Kami terdiam seketika dan berbincang apa yang perlu dilakukan. Setelah mencapai persefahaman, kami melabuhkan sauh dan membelek enjin yang rosak jikalau ada jalan alternatif untuk permasalahan tersebut.
Suasana pada malam itu bertambah buruk apabila hujan mulai turun sekitar jam 12 malam. Hanya berbekalkan canvas dan jacket, kami terpaksa menahan kesejukan.
Keesokkan paginya, kami sekali lagi cuba melihat enjin jikalau salah satu daripadanya dapat dihidupkan.
Alhamdulilah, sebuah lagi enjen tersebut sememangnya menunjukkan kesan rosak tetapi rupanya hanya cover enjin sahaja yang pecah kerana letupan kecil semalam.
Ketika kejadian, enjin terus ditutup untuk mengelakkan kebakaran jadi kami terlepas pandang enjin yang masih boleh digunakan.
Kami perlahan-lahan membersihkan serpihan di sekeliling enjin dan cuba menghidupkan enjen. Zzut zut zut zzzzuuuutttt… sebuah enjin berjaya dihidupkan.
Kami semua bersiap untuk menghala ke Marina Pulau Indah berbekalkan hanya satu enjin. Perjalanan amat perlahan kerana kami tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Pintu Gedung semakin hampir dengan kami, keriangan dapat dilihat dari semua rakan2 dan setibanya kami di jeti, kami hampir tidak boleh berhenti senyum walaupun tiada tangkapan langsung pada malam tersebut.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...