UMPAN: Ceritakan bagaimana boleh terjebak memancing dan sejak bila?
ROHIDA: Saya mula mula minat dengan memancing ni sejak dari zaman sekolah menengah lagi.
Bila saya sertai Kelab Pemancing Wanita (WAC) ni melalui kawan, maka semakin terjebak la dengan pelbagai aktiviti memancing yang dianjurkan oleh WAC.
Ads
UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini?
ROHIDA: Ia satu hobi yang menyeronokan. Berbanding dengan hobi lain-lain, hobi memancing unik sebab hobi yang ada hasil (dapat ikan) yang membuatkan kita mahu pancing lagi dan lagi. Saya rasa saya tidak akan jemu dengan hobi.
UMPAN: Apa cabaran dan harapan anda dalam meneruskan hobi ini?
ROHIDA: Cabaran dari segi masa kerana saya berkerja dalam industri perhotelan. Waktu kerja yang tidak menentu juga banyak menghalang saya untuk memancing dengan lebih kerap dan lama.
Ads
Harapan saya pula dengan hobi ini agar wanita tidak lagi dipandang rendah oleh sesetengah pihak.
UMPAN: Pengalaman memancing yang manis / pahit?
ROHIDA: Manisnya adalah kerana saya dapat mengenali rakan-rakan seperjuangan yang memahami tentang hobi ini.
Ads
Pahitnya apabila diperkecilkan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya di kolam-kolam pancing yang didominasi oleh pemancing lelaki.
UMPAN: Pencapaian yang membanggakan yang anda peroleh?
ROHIDA: Saya memancing hanya untuk suka-suka dan seronok saja. Saya tidak pernah mengharapkan sesuatu yang hebat atau sesuatu anugerah dalam memancing ni.
Ketika pertandingan memancing Kolam Battle yang dianjurkan oleh WAC lalu saya menduduki tempat kedua. Kalau ia layak dipanggil pencapaian maka itulah pencapaian tertinggi yang saya peroleh.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Bagi yang pernah mengikuti perkembangan siaran Jelajah Joran suatu ketika dahulu sudah pasti mengenali figura yang sinonim dengan jeritan `KEBABOOMM’ ini.
Aksi dan celoteh bersahajanya cukup sebagai rencah tarikan kepada penonton untuk siaran memancing kendalian beliau.
Pemunya nama Nasir Yusof atau sering dikenali Nasir Kebaboom di kalangan kaki pancing merupakan anak jati Teluk Intan. Dibesarkan di Pantai Dalam, beliau mula mengenal dunia pancing sejak umur 9 tahun lagi.
Pengalaman memancing sejak dari kecil saat menggunakan batang bertam dan berumpankan cacing banyak menyumbang ilmu memancing sehinggalah kini terus diingati.
Kalau waktu kecil dahulu mengheret batang bertam menjelajah dari parit ke parit, beralih ke Jelajah Joran dengan set pancing yang lebih moden.
Nasir yang memulakan karier awal dalam bidang kewartawan sekitar tahun 1996 bersama Media Prima merupakan antara pencetus idea asal bagi kelahiran program Jelajah joran.
Setelah lebih kurang 4 tahun meyakinkan pengurusan, akhirnya terbitlah sebuah rancangan untuk kaki pancing iaitu Jelajah Joran pada tahun 2010.
Bagi Nasir sendiri, kelahiran dan kewujudan Jelajah Joran ini sebagai suatu penghormatan kepada golongan kaki pancing di Malaysia khasnya.
Tidak memandang program ini untuk hiburan santai semata-mata, beliau melihat program ini sebagai saluran perkongsian ilmu memancing bagi kaki pancing.
Jelajah Joran juga menjadi medium yang cuba dimanfaatkan sepenuhnya oleh Nasir untuk berkongsi ilmu memancing, teknologi terkini, tip memancing dan sebagainya bersama penonton.
Nasir juga mengakui yang beliau sendiri sehingga kini masih belajar berkaitan dunia memancing dan di samping berkongsi apa yang dipelajarinya.
Potensi industri memancing
Bercakap perihal industri memancing di Malaysia, Nasir melihat industri memancing sekarang mengalami perkembangan positif terutamanya dalam pancingan sukan.
Tidak melihat aktiviti memancing sebagai aktiviti hobi sahaja, potensi industri memancing dilihat sebagai satu aktiviti sukan mempunyai masa depan yang cukup cerah.
Dengan kekayaan sumber seperti pesisir pantai, kawasan laut, tasik-tasik dan sungai pergunungan yang ada, nasir berpendapat pemancing di Malaysia perlu berilmu dan mempunyai etika dalam disiplin memancing untuk mengeksploitasikan sumber yang ada dengan optimum.
Selain itu, pemain dalam industri pula perlu memainkan peranan masing-masing dengan betul bagi mengangkat industri memancing Malaysia ke tahap global. Ini termasuklah pihak kerajaan, swasta serta pemancing itu sendiri.
Harapan
Menurut Nasir lagi, pemancing di Malaysia yang mencecah jutaan juga perlu bersatu padu dan sependapat dalam mengutarakan cadangan dan isu kepada pihak berwajib.
Dengan pengetahuan dan saluran yang betul, tidak mustahil akan ada ruang dan peluang untuk perkembangan pemancing di Malaysia.
“Saya sebenarnya berharap akan wujud sebuah akademi memancing lantas melahirkan pemancing profesional atau sekurang-kurangnya menyumbang kepakaran dalam industri perikanan,” tambah Nasir lagi.
Demi kepenting industri memancing, Nasir juga berharap pemain utama dalam industri seperti kerajaan dan pihak berkaitan dalam menyediakan prasarana berkaitan aktiviti memancing untuk kaki pancing selain saluran untuk mendengar isu dan masalah bagi golongan pemancing.
Jika disebutkan nama sebenarnya, barangkali hanya segelintir kaki pancing yang mengenali, tapi jika disebut POK MUD… kaki pancing mana pula yang tidak mahu mengenalinya?
Berasal dari perkampungan nelayan, berdarah dagingkan nelayan, maka tidak hairanlah seawall usia 6 tahun lagi Pok Mud sudah mula terjun ke dalam dunia hanyir memancing.
Ekoran minat yang kian mendalam, ketika di bangku persekolahan menengah, Pok Mud mula mengumpul duit untuk memiliki peralatan memancing sendiri. Ketika menuntut di pusat pengajian tinggi, tanpa mengenepikan dunia memancing, Pok Mud melebarkan hobi mendaki gunung pula.
Bersama Rakan Muda, beliau terus aktif menawan pelbagai gunung di dalam negara. Implikasi mendaki gunung jugalah Pok Mud memperoleh kekuatan dan tenaga untuk memancing ke lubuk sungai pergunungan pula.
Setelah mendirikan rumahtangga, hobi memancing dan mendaki tidak terkubur bersama zaman bujangnya. Malah antara pesan kepada isterinya, jangan sesekali cuba untuk menghalang hobinya itu. Sebaliknya ia menjadi titik tolak kepada Pok Mud berkecimpung secara serius dalam hobi memancing.
Bukan sebagaimana pemancing yang menjadikan rumah tangga sebagai penghalang untuk meneruskan hobi ini.
Walaupun memancing tidak memerlukan guru dan tiada guru secara formal, Pok Mud menjadikan para tekong bot dan nelayan sebagai guru pancingnya. Setiap kali menyertai trip memancing, laut dalam khususnya, Pok Mud akan menjadikan tekong sebagai tempat bertanya.
Tanpa segan Pok Mud akan meminta pendapat atau nasihat teknikal daripada para tekong. Kemudian Pok Mud akan mempraktikkan setiap ilmu yang dipelajari ketika memancing. Dari situlah beliau menimba pengalaman sekaligus menjadi seorang pemancing berilmu.
Meskipun pada dasarnya Pok Mud memancing sekadar untuk kepuasan diri beliau tidak kedekut untuk berkongsi ilmu yang dimiliki. Justeru itu beliau mula berkongsi ilmu dan pengalaman dengan menjadi penulis sambilan.
Selain menceritakan pengalaman memancing, beliau turut mengajar pemancing mengenali spesis-spesis ikan tanah air serta panduan untuk menghasilkan joran sendiri. Dan menyedari betapa bernilainya ilmu yang Pok Mud miliki, beliau telah diminta oleh sebuah akhbar khusus untuk menjawab persoalan mengenai segala teknik memancing.
Apabila ditanya mengenai kemahiran beliau menghasilkan joran berkualiti tinggi pula, Pok Mud menjelaskan, beliau banyak mengorbankan masa selama 6 bulan dengan mempelajarinya daripada 2 orang guru, rakan serta internet.
Meskipun mampu menghasilkan joran dengan kualiti tinggi, Pok Mud tidak pula menjadikan kemahirannya itu sebagai punca pendapatan sampingan, sekadar untuk kegunaan sendiri atau tempahan tertentu sahaja.
Tambah pula, pernah suatu ketika lantaran terlalu sibuk menghasilkan joran beliau telah mengabaikan pendidikan anak-anak. Ekoran daripada itulah beliau langsung tidak menghasilkan joran selama lebih 10 tahun demi semata-mata menumpukan perhatian kepada pendidikan anak-anaknya.
Mengulas trip memancing, Pok Mud sudah pun mencuba perairan antarabangsa seperti di Indonesia, Thailand, Burma, Vietnam, Jepun serta Maldives. Beliau amat bersetuju yang mengatakan Maldives adalah syurga memancing. Kerana kegilaan itulah beliau pernah memancing ke Maldives selama 3 tahun berturut-turut.
Hasilnya, beliau pernah mendaratkan tuna sirip kuning dengan skala berat 80kilogram. Meskipun sibuk dengan kerjaya sebagai pengurus kualiti, tenaga pengajar kokurikulum memancing secara mingguan di Universiti Putra Malaysia, Serdang, AJK Persatuan Pengail Selangor, jemputan mengadakan bengkel dan seminar serta sebagai ketua keluarga, Pok Mud masih mempunyai masa dalam dunia hobi memancingnya.
Beliau masih menghasilkan joran yang ditempah atau dibuat khusus sebagai hadiah serta membaikpulih kekili klasik yang menjadi hobi terkini. Dan yang pasti, beliau masih belum bercadang untuk membiarkan set joran yang tergantung di dinding rumahnya, terus tergantung begitu saja.
Jika ada kelapangan pada hujung minggu dan cuaca mengizinkan, beliau akan turun memancing meskipun seorang diri di lubuk-lubuk sekitar Pelabuhan Klang.
Terkini Pok Mud menjadi tekong dan pembuat joran sepenuh masa. Jika ingin menempah trip atau joran, bolehlah hubungi beliau di Facebook Pok Mud’s.
Biografi Pok Mud
Nama Penuh: Mohd Tamizam B. Abdul Karim
Tarikh lahir: 20 Oktober 1966
Tempat lahir: Kemaman, Terengganu.
Pendidikan: Uitm
Status: Berkahwin (5 anak)
Hobi Selain memancing: Mendaki gunung, fotografi, rod crafter, membaikpulih dan mengumpul kekili klasik.
UMPAN: Ceritakan bagaimana boleh terlibat dan sejak bila memancing?
NORMALA: Saya mula terlibat dengan memancing ni kerana kawan-kawan. Bermula dengan sekadar ikut teman memancing sahaja pada 9 tahun lepas.
Selepas itu barulah mula memancing sehinggalah ke hari ini walaupun agak sibuk dengan pelbagai urusan.
UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini?
NORMALA: Keseronokan apabila dapat menaikkan itu sesuatu yang susah nak cakap keseronokannya.
Begitu juga dengan ketenangan apabila berada di tengah laut yang membiru dan tasik yang menghijau. Ia adalah hobi yang bagus untuk kesihatan mental dan fizikal.
Kerana itulah saya menyukainya.
UMPAN: Apa cabaran dan harapan anda dalam meneruskan hobi ini?
NORMALA: Kalau dahulu… cabaran saya dalam memancing ini adalah menghadapi tomahan dan sindiran pemancing lelaki terapi keadaan sekarang dah berbeza.
Selepas saya tubuhkan Kelab Pemancing Wanita Malaysia pada 5 tahun lepas,
Alhamdulillah kami telah diterima baik dan sama rata oleh pemancing lelaki dan industri memancing yang lain juga. Tidak seperti dahulu lagi.
Cabaran terkini saya pula berbeza… ia adalah cabaran dari sudut masa.
Saya semakin sibuk dengan aktiviti harian, kelab dan perniagaan membuatkan saya betul-betul ada masalah nak mencuri masa untuk memancing.
UMPAN: Pengalaman memancing yang manis / pahit?
NORMALA: Pengalaman manis apabila setiap kali strike dan landedkan ikan. Selain itu juga sentiasa mendapat kenalan baru.
Yang pahit tu biarlah ditelan seorang diri, takkan nak share yang pahit ngan orang lain kan…? Tak baikk… ahaha.
UMPAN: Pencapaian yang membanggakan yang anda peroleh?
Semua hasil yang saya landedkan saya akan anggap yang terbaik dan akan teruja walaupun ikan kecil je… tak tahu kenapa. Klise sangat kan?
Pencapaian terbaik saya dalam dunia memancing ini, dengan bangganya saya happy sangat matlamat saya 5 tahun lepas nak lihat ramai pemancing wanita tampil keluar memancing dan sama-sama memeriahkan dunia memancing ini TERCAPAI.
Dahulu, kelab ini hanya kami berdua (Mala dan Shima) sahaja. Tetapi hari ini, kami RAMAI.
UMPAN: Boleh ulas sedikit tentang pertandingan memancing yang dianjurkan oleh WAC?
NORMALA: Penyertaan bagi pertandingan memancing amal KOLAM BATTLE 2019 anjuran Kelab Pemancing Wanita Malaysia sangat menggalakkan.
Kini pendaftaran penyertaan sudah hampir 90 orang dan saya berharap selepas ini penyertaan boleh melebihi 100 orang.
Pertandingan ini terbuka kepada 2 kategori iaitu dewasa dan kanak-kanak (kami bahasakan sebagai Tunas WAC).
Pertandingan amal ini akan membuat kutipan dan sumbangan khas untuk Rumah Kasih Harmoni di Paya Jaras, Sg Buloh dan diharap dapat membantu meringankan keperluan anak-anak di situ.
Saya menyeru semua pemancing wanita seluruh Malaysia tak kira bangsa, agama, sifu otai atau newbie, asalkan anda WANITA, jom daftar dan join pertandingan amal KOLAM BATTLE 2019 kali ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...