Untuk menyenaraikan pemancing terbaik atau pemancing legenda mungkin akan memakan masa yang lama dan menimbulkan pertikaian yang banyak. Namun, jika dibuat senarai pemancing terbaik paling tidak, pemancing yang berasal dari Oak Park ini mesti ada di dalam senarai.

 

Ernest Hemingway yang lahir pada 21 Julai 1899 merupakan salah satu nama yang telah memberikan impak dan pengaruh yang cukup besar dalam arena pancing. Hemingway dikatakan mula mengenal aktiviti memancing seawal usia 3 tahun. Setelah itu dia dikatakan tidak pernah meninggalkan aktiviti memancing biarpun sering mengembara ke serata tempat di seluruh dunia.

 

Hemingway sebenarnya merupakan seorang wartawan, penulis novel dan penulis cerita pendek. Dilahirkan di Oak Park, Illinois, Hemingway pernah menyertai Perang Dunia Pertama sebagai pemandu ambulans setelah meninggalkan kerjaya pertamanya sebagai wartawan di The Kansas City Star.

 

Masta Ikon Ernest Hemingway

 

Setelah perang tamat, nama Hemingway semakin terkenal di dalam bidang penulisan setelah beberapa karya penulisannya memberikan impak yang besar ketika itu. Kebanyakan hasil karya beliau dikatakan cukup klasik dalam sastera Amerika.

 

GERGASI DARI DEK ‘PILAR’

IKLAN

Biarpun kehidupan banyak mengembara dan mengalami jatuh bangun di dalam kerjaya penulisannya, Hemingway tidak pernah meninggalkan aktiviti memancing, satu sisi yang sering memberikan banyak inspirasi termasuk dalam penulisan beliau sendiri.

 

Sepanjang kehidupannya, majoriti masa memancing beliau banyak dihabiskan di Florida Keys. Selain itu, Hemingway dikatakan telah memenangi hampir kebanyakan pertandingan memancing yang dibuat di Key West, Havana dan Bimini.

 

Pada tahun 1934, Hemingway telah membeli sebuah bot dan menamakannya sebagai Pilar. Beliau kemudiannya memulakan kembara pelayarannya di perairan Caribbean dan Pilar menjadi rumahnya. Dari dek Pilar ini juga, Hemingway telah mendaratkan seekor ikan marlin seberat 533 kg. Gergasi ini merupakan salah satu marlin terbesar pernah dipancing sepanjang zaman.

 

Masta Ikon Ernest Hemingway

IKLAN

Jom join port baru di www.facebook.com/umpania101

 

Di dalam satu temu ramah, anak lelaki Hemingway pernah mengatakan bahawa masa ketika Hemingway tinggal di dalam Pilar adalah merupakan hari-hari yang paling gembira sepanjang hidup bapanya itu. Di dalam International Game Fish Assosiation (IGFA), Hemingway juga pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden selain memberikan inspirasi kepada orang ramai tentang dunia pancing melalui penulisan dan sasteranya.

 

THE OLD MAN AND THE SEA

The Old Man and the Sea merupakan sebuah salah satu karya penulisan terbaik daripada Hemingway. Karya ini merupakan sebuah novel yang disiapkan pada tahun 1951 dan diterbitkan pada tahun 1952. Novel ini merupakan salah satu naskah karya Hemingway yang paling terkenal. The Old Man and the Sea juga merupakan satu karya fiksyen memancing pertama pernah dihasilkan.

 

IKLAN

Hasil kerja penulisan Hemingway ini menceritakan tentang pertarungan seorang pemancing yang semakin tua namun penuh pengalaman bernama Santiago dengan marlin gergasi. Bagaimana Santiago yang berasal dari Cuba melalui 84 hari pancingan yang gagal menaikkan lawannya iaitu marlin sehingga dilihat sebagai “salao”, yang bermaksud satu keadaan paling malang atau tiada nasib.

 

Masta Ikon Ernest Hemingway

 

Novel ini banyak mendapat kritikan positif dan menjadi fenomena sehingga membuatkan Hemingway seakan selebriti. Pada tahun 1953, The Old Man and the Sea telah mendapat anugerah Pulitzer Prize, sebuah anugerah dalam bidang journalism dan sastera dalam kategori penulisan fiksyen. Anugerah Pulitzer Prize ini seterusnya membuatkan Ernest Hemingway mendapat anugerah Nobel Prize in Literature pada tahun 1954.

 

Karya ini juga kemudiannya pernah diadaptasi kepada filem pada tahun 1958 dan 1999. Dalam salah satu petikan, Hemingway pernah berkata, “the best I can write ever for all of my life”, merujuk kepada karya The Old Man and the Sea.

 

Masta Ikon Ernest Hemingway

Jom join port baru di www.facebook.com/umpania101

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI