UMPAN: Boleh ceritakan sedikit sejak bila anda mula memancing?
JEERA: Boleh dikatan saya terbabit dengan hobi memancing ini kerana kerjaya. Bukanlah kerana minat sejak dari kecil atau pengaruh rakan dan sebagainya lagi.
Saya mula memancing sejak bekerja sebagai admin & sales marketing dengan 1Stopfishing Malaysia.
Dari situ saya terus meminatinya walaupun mendapat tentangan daripada kedua orang tua ketika mula-mula terjebak dalam hobi ini.
Ads
UMPAN: Kenapa pula anda memilih hobi ini berbanding hobi lain?
JEERA: Sebab pertama tentulah kerana kerjaya saya yang mengharuskan saya mengetahui lebih banyak ilmu tentang sesuatu produk dan teknik memancing.
Selebihnya mungkin kerana saya suka menikmati keindahan laut dan pulau-pulau. Secara tidak ia mendorong saya lebih banyak ke arah teknik jigging laut dalam.
Malah, saya bertemu jodoh juga melalui hobi ini. Saya telah bertemu jodoh dengan pasangan sehobi walaupun suami lebih minat pada teknik casting.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan dalam meneruskan hobi ini?
Ads
JEERA: Pada peringkat awal terjebak dalam hobi ni memang teruk saya kena kecam dengan kawan-kawan pemancing yang lain sebab pernah ada isu saya berselisih pendapat
tentang minat saya ke arah jigging, jadi bermula dari situlah saya belajar sendiri melalui Youtube dan kawan-kawan yang sudi berkongsi ilmu dari cara setup barang sehinggalah saya belajar mengikat assist hook sendiri.
Manakala harapan saya pula ialah saya berharap lady angler lebih rajin belajar pelbagai teknik yang lain yang terdapat dalam hobi ini supaya kita tidak lagi diperlekeh oleh pemancing lain terutamanya lelaki.
Ads
UMPAN: Akhir sekali, boleh kongsi sedikit pengalaman pahit dan manis ketika memancing?
JEERA: Pengalaman paling manis saya ialah saya telah berjaya mendapat strike ikan yu kemenjan dengan menggunakan teknik jigging manakala pengalaman pahit saya pula ialah selalu kena marah dengan suami semasa belajar teknik mengilat.
Alhamdulillah, sekarang saya telah berjaya menguasai teknik mengilat dengan betul walaupun banyak lagi yang perlu saya pelajari.
UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha umpan memancing ikan air tawar ini?
ADHA: Saya sudah menghasilkan umpan memancing untuk kegunaan sendiri sebenarnya sudah lama. Namun pada 2016, secara rasminya umpan Papa Paste ini dikomersialkan.
UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini?
ADHA: Berkongsi minat dalam penghasilan umpan yg telah digunakan lebih dari 10 tahun. Mungkin ia ada hubung kait juga dengan kerjaya saya sebagai chef.
Dalam pengalaman saya sebagai seorang chef yang berpengalaman dan pengetahuan tinggi dalam industri makanan, saya banyak mengenal pasti bahan-bahan yang terbaik
dalam penghasilan umpan ini kerana kita sedia maklum yang banyak bahan digunakan dalam industri makanan sering digunakan dalam penghasilan umpan.
Senang cerita kebanyakan apa yg manusia makan ikan juga makan. Ini memberi satu kelebihan pada saya.
Kita sebagai manusia perlukan gabungan protein lemak karbohidrat dan sebagainya dalam rutin makanan kita seperti jugak ikan.
Jadi gabungan Ini sangat penting dalam penghasilan umpan yg terbaik.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
ADHA: Rintangan yang dihadapi adalah penghasilan produk yang banyak di atas permintaan yang tinggi dan berterusan kerana kekangan masa kerana untuk menghasilkan
produk yang berkualiti tinggi memerlukan perhatian yang tinggi dan kerja teras yang amat tinggi dan kuat.
UMPAN: Ceritakan apa kelebihan produk anda?
ADHA: Produk kami adalah paste yang amat wangi dan berbentuk paste dari oil base dibawa terus dari indonesia iaitu kilang pengeluaran paste yang berkualiti tinggi dan terbesar.
Produk-produk sos yang kami keluarkan adalah gabungan barang buatan dari Indonesia dan Malaysia.
Penghasilan produk sos untuk memancing dari gabungan bahan terbaik dari dua negara.
Seterusnya Ini menjadikan kerjasama yang unik dari dua negara yang mempunyai populasi pemancing air tawar yang tinggi.
UMPAN: Cerita sedikit pencapaian membanggakan dalam memancing yang pernah diperolehi?
ADHA: Pencapaian bukanlah sesuatu yang membanggakan bagi saya tetapi adalah suatu pembakar semangat demi mencapai kepuasan dalam hobi memancing ini.
Jika ada sticker jenama atau produk peralatan memancing tertampal pada cermin atau badan kenderaan, sahlah beliau seorang kaki pancing.
Kalau kenderaannya tak bersticker, tengok pula pemegang kunci atau keychaian yang digunakannya. Lazimnya pemancing tegar khususnya peminat casting akan menggantung apa-apa gewang pada keychainnya.
Jika di media sosial contohnya di Facebook atau Instagram pula cukup mudah untuk mengetahui seseorang itu adalah kaki pancing kerana lazimnya mereka akan letakkan posing bersama ikan atau set pancing sebagai picture profile mereka.
Peminat sukan memancing lazimnya akan mengenakan pakaian outdoor berjenama yang terkenal dengan aktiviti memancing. Tak kira original atau tidak tetapi apa yang dipakainya sama saja sama ada ke pejabat atau ke trip memancing.
Jika di media sosial contohnya di Facebook atau Instagram pula cukup mudah untuk mengetahui seseorang itu adalah kaki pancing kerana lazimnya mereka akan letakkan posing bersama ikan atau set pancing sebagai picture profile mereka.
Jika tidak berpakaian outdoor, tshirt atau topi berjenama produk alatan memancing juga sering dipakai pemancing. Begitu juga dengan t-shirt kejohanan memancing yang disertainya atau kelab memancing yang disertai.
Tengok warna kulitnya… putih atau rentung? Walaupun bukanlah satu fakta yang tepat, lazimnya tidak ada pemancing tegar yang berkulit halus dan putih gebu. Kebanyakannya macam hangus kerana banyak berjemur di tengah panas.
Pemancing ni gemar ngeteh di kedai-kedai mamak. Kalau terlihat sekumpulan lelaki lepak-lepak di kedai mamak dan kedengaran bercerita pasal aktiviti memancing, memang sah la mereka adalah kaki pancing.
Bagi sesetengah kaki pancing baru, tidak berapa mengenalinya. Ini kerana orang yang berbadan kurus dan sederhana tinggi ini cukup merendah diri. Tetapi bagi mereka yang gemarkan pancingan teknik casting dan juga trekking ke hulu-hulu sungai, nama tekong Karim tidak perlu dikenalkan lagi, kerana dia adalah salah seorang tekong tersohor di Tasik Kenyir.
Apa yang menarik tentang dirinya, adalah dia mengenali semua ceruk tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia Tenggara ini. Dia mula bergelumang dengan hutan banat di Hulu Terengganu ini sejak berumur 16 tahun dengan bekerja sebagai buruh Jabatan Penyiasatan Kaji Bumi (kini Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia).
Bahkan, dia begitu arif mengenali nama puncak-puncak gunung yang pernah dia jejaki dahulu di seluruh Tasik Kenyir. Selain hutan di Hulu Terengganu, dia juga pernah bekerja dan tinggal di dalam hutan berminggu-minggu lamanya di hutan negeri Kelantan, Pahang, Perak dan Kedah.
Tekong Karim atau nama sebenarnya Abdul Karim Satar, 53 berkata dia sedikit pun tidak menyangka bahawa suatu hari nanti kawasan tempat dia membesar dan juga tempatnya mencari rezeki semasa usia muda akan ditenggelami oleh air bagi memberi laluan pembinaan Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Mahmud.
“Untuk pengetahuan, lokasi seperti Terenggan, Cacing, Mentong, Bewah, Kerbat, Petuang, Belimbing, Petang, Melor dan banyak sebenarnya berasal dari nama-nama perkampungan tradisional di Hulu Terengganu satu ketika dahulu.
“Hanya nama-nama ini sahaja kekal, sedangkan semua kampung-kampung ini berada di dasar Tasik Kenyir,” katanya ketika ditemui semasa kunjungan penulis ke Tasik Kenyir baru-baru ini.
Menurut anak jati Kampung Dura, Kuala Berang ini lagi, dia mengambil keputusan berhenti sebagai buruh lantaran sudah puas bermain dengan hutan. Sebaik sahaja tamat pekerjaan tersebut, dia bekerja sendiri sebagai seorang nelayan sungai dengan menjual hasil tangkapan ikan di pekan Kuala Berang selain mencari anak ikan kelisa dan kelah untuk dijual. Ada kalanya dia mencari kayu gaharu dan madu lebah di sekitar hutan Tasik Kenyir.
Bercakap soal ikan, Tekong Karim memberitahu, ikan di Tasik Kenyir cukup banyak, sehinggakan suatu ketika dulu ikan lain tidak begitu dihiraukan melainkan ikan kelah. “Boleh dikatakan, semua hulu sungai utama di Tasik Kenyir ikan kelah amat banyak, saiznya juga besar-besar. Saya sendiri pernah mendapat kelah hampir 20 kg seekor.
“Masa dulu bukan ada ais macam sekarang. Kalau dapat kelah pun kebanyakannya dijual secara salai kerana jarak perjalanan yang jauh,” katanya yang pernah memperolehi ikan tilan sebesar paha orang dewasa.
Selepas beberapa tahun menjadi nelayan sungai, pada tahun 2005, Tekong Karim mula beralih membawa boathouse selepas diminta oleh rakannya, seorang pesara Perhililitan, Pok Par, juga seorang tekong terkenal di Tasik Kenyir.
“Selepas dua setengah tahun bekerja membawa boathouse Pok Par, saya mengambil keputusan mengikut jejaknya dengan membina sebuah boathouse (no pendaftaran TKP 51) berkongsi modal dengan seorang saudara hasil dari wang simpanan masing-masing serta hasil jualan kayu gaharu,” katanya.
URUSKAN TRIP SENDIRI
Di saat ramai tekong yang sama usianya tidak lagi kerap turun membawa sendiri boathouse ataupun trip trekking, Tekong Karim antara segelintir ‘tekong lama’ yang masih lagi kuat mengerah kudrat membawa sendiri boathouse miliknya selain bertindak sebagai guide untuk trip trekking terutama ke Hulu Sungai Terenggan.
Untungnya, dia kini telah pun ada pewaris untuk meneruskan pekerjaannya membawa boathouse, iaitu anaknya Mohd Nazrul Hidayat (Yo) yang bertindak sebagai pembantunya setiap kali ada trip memancing.
Ujar ayah kepada enam cahaya mata ini, sukar untuknya meninggalkan pekerjaan yang diminatinya buat masa kini, lebih-lebih lagi dia akan berpeluang untuk turun casting bersama kaki pancing setiap kali khidmatnya ditempah pelanggan.
“Dahulu saya memang tak suka langsung casting, tetapi bila Baharom (Tekong Siam) ajak saya sama-sama casting, terus ia melekat hingga ke hari ini. Bila sebarau, badong atau toman besar menyambar gewang, itulah saat yang paling menyeronokkan bagi diri saya.
“Untuk trip trekking pula mencari kelah, setidak-tidaknya ia dapat mengimbau kenangan saya tinggal berminggu-minggu di dalam hutan semasa usia muda dahulu,” katanya yang bergelar datuk kepada dua orang cucu.
Ceritanya lagi, pernah satu ketika dia dan lima orang rakannya sekerjanya terputus bekalan makanan sehingga terpaksa keluar berjalan kaki 2 hari menuju ke Sungai Sephia, Hulu Tembeling, Pahang untuk mendapatkan bekalan makanan sebelum berjalan kaki 2 hari lagi menuju semula ke Hulu Terenggan.
Mengimbau kenangan pahitnya sepanjang dia bergelumang dengan Tasik Kenyir, Tekong Karim memberitahu dia pernah membawa boathouse tengah malam pulang ke Jeti Jenagor gara-gara ada seorang kaki pancing sakit asma yang teruk.
“Bukan perkara mudah membawa boathouse bergerak pada waktu malam, ia cukup berisiko tinggi kerana tidak nampak benda di hadapan, terutama tunggul atau balak hanyut. Syukurlah, segalanya selamat dan dua kali kes tersebut berlaku,” jelasnya lanjut.
Perkara yang paling tidak dapat dilupakannya sehingga ke hari ini adalah, dia pernah menyelam ke dasar Tasik Kenyir sedalam 150 kaki menggunakan tong gas bersendirian gara-gara untuk mencari dan mengambil semula enjin bot sangkutnya yang terjatuh.
Disebabkan keberaniannya itu jugalah, Tekong Karim kini orang yang akan dipanggil untuk mendapatkan khidmatnya oleh rakan-rakannya jika berlaku kes seperti itu.
“Sebagai seorang tekong, saya harus sentiasa bersedia berhadapan risiko dan mesti berani. Dalam masa yang sama, kepuasan hati pelanggan perlu dijaga. Ada masanya trip memancing dapat ikan banyak, ada masanya kurang. Itu semua rezeki datangnya dari Allah,” katanya lagi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...