Jika ada sticker jenama atau produk peralatan memancing tertampal pada cermin atau badan kenderaan, sahlah beliau seorang kaki pancing.
Kalau kenderaannya tak bersticker, tengok pula pemegang kunci atau keychaian yang digunakannya. Lazimnya pemancing tegar khususnya peminat casting akan menggantung apa-apa gewang pada keychainnya.
Jika di media sosial contohnya di Facebook atau Instagram pula cukup mudah untuk mengetahui seseorang itu adalah kaki pancing kerana lazimnya mereka akan letakkan posing bersama ikan atau set pancing sebagai picture profile mereka.
Peminat sukan memancing lazimnya akan mengenakan pakaian outdoor berjenama yang terkenal dengan aktiviti memancing. Tak kira original atau tidak tetapi apa yang dipakainya sama saja sama ada ke pejabat atau ke trip memancing.
Ads
Jika di media sosial contohnya di Facebook atau Instagram pula cukup mudah untuk mengetahui seseorang itu adalah kaki pancing kerana lazimnya mereka akan letakkan posing bersama ikan atau set pancing sebagai picture profile mereka.
Jika tidak berpakaian outdoor, tshirt atau topi berjenama produk alatan memancing juga sering dipakai pemancing. Begitu juga dengan t-shirt kejohanan memancing yang disertainya atau kelab memancing yang disertai.
Ads
Tengok warna kulitnya… putih atau rentung? Walaupun bukanlah satu fakta yang tepat, lazimnya tidak ada pemancing tegar yang berkulit halus dan putih gebu. Kebanyakannya macam hangus kerana banyak berjemur di tengah panas.
Pemancing ni gemar ngeteh di kedai-kedai mamak. Kalau terlihat sekumpulan lelaki lepak-lepak di kedai mamak dan kedengaran bercerita pasal aktiviti memancing, memang sah la mereka adalah kaki pancing.
“IKUTLAH resmi ikan seluang, jangan jadi macam ikan dukang (belukang). Ikan seluang nampak biasa-biasa saja tapi amat cerdik.
Orang bagi umpan macam mana banyak, macam mana mahal sekali pun semua dia makan sambil buat main-main saja.
Tahu-tahu si pemancing bila angkat joran tinggal mata kail saja, umpan dah habis, ikan tak mengena. Ikan dukang nampak bukan main bekeng (bengis), tapi baru taruk umpan murah dah sangkut kat mata kail”.
Begitulah kata-kata Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika rombongan penulis bersamanya ke Tasik Kenyir satu ketika dahulu.
Menyingkap latar belakang Abdul Hadi, beliau yang popular dengan panggilan nama Ayah Chik ini dilahirkan pada 6 Zulhijah 1366H bersamaan 20 Oktober 1947 di Kampung Rusila,
Marang, Terengganu. Beliau diberi pendidikan awal daripada bapanya sendiri pada usia yang masih kecil lagi.
Bapanya, Tuan Guru Haji Awang Muhammad merupakan guru bahasa Arab dan politik kepada beliau.
Memulakan pengajian di SK Rusila kemudian menyambung pelajaran ke Sekolah Agama Marang, seterusnya ke Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin. Beliau
melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari kerajaan Arab Saudi dan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A. (Siasah Syariah) dan berjaya menamatkannya hanya dalam tempoh 2 tahun sahaja.
Di sebalik ketokohan dirinya sebagai ahli politik, beliau sebenarnya merupakan kaki pancing tegar dan kerap mengunjungi lokasi-lokasi menarik dalam dan luar negara jika berkesempatan.
“Ketika keluar memancing saya gemar melihat satu-satu kejadian alam itu sebagai satu iktibar dan renungan untuk difahami bersama,” katanya.
Ini kerana, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang dan ADUN Rhu Rendang ini berasal dan membesar di perkampungan nelayan.
Malah sejak dari kecil lagi beliau sudah menjadikan laut sebagai padang pancingnya. Jadi tidak hairanlah, beliau lebih serasi memancing di laut berbanding padang pancing lain dan turut memiliki bot sendiri bagi memenuhi hobinya itu.
Walau bagaimanapun, ketika musim tengkujuh di mana keadaan laut yang kurang selamat untuk aktiviti memancing, beliau akan beralih ke tasik seperti Tasik Kenyir bagi meneruskan aktiviti memancing apabila berkelapangan.
Selain memancing, beliau juga meminati aktiviti menjala ikan dan hobinya itu tejrus kekal hingga ke hari ini meskipun terpaksa membahagikan masa sebagai pemimpin rakyat dan keluarga.
Tambah Abdul Hadi lagi, melalui aktiviti memancing, beliau memanfaatkan aktiviti memancing sebagai salah satu platform untuk meluangkan masa bersama rakyat.
Menariknya, setiap kali turun memancing, beliau kerap ditanya apakah doa khusus untuk memancing. Jawapan beliau cukup mudah… nabi tak memancing.
Dalam erti kata lainnya, memancing bukanlah aktiviti atau perbuatan yang dilakukan oleh nabi. Maka ia bukan sunah kerana setiap perbuatan yang dilakukan nabi ada doa-doanya sebagaimana doa makan atau doa menunggang unta.
Namun katanya, bolehlah diamalkan doa mohon murah rezeki kerana setiap hasil memancing itu adalah rezeki pemberian Allah.
Dalam masa yang sama, beliau turut menyangkal hobi memancing dianggap sebagai membuang masa.
Menurutnya memancing sebenarnya mampu melatih diri mengenal erti sabar dan syukur. Selain itu ia juga bagus untuk meredakan tekanan sambil memberi peluang berzikir.
Ketika memancing, soal solat lima waktu jangan diabaikan kerana ia tiang agama. Sebaik-baiknya adalah dirikanlah solat secara berjemaah bersama rakan trip yang lain.
Ketika ini juga, beliau telah pun berkesempatan mengutip pengalaman memancing dan bertarung dengan ikan-ikan monster di luar negara seperti Indonesia, Maldives, Dubai, Oman dan beberapa buah negara lagi.
Dalam hobi ini, beliau tidak menyimpan sebarang koleksi peralatan memancing khusus kerana kebanyakan peralatan memancingnya sering dijadikan koleksi hadiah oleh orang lain.
Bercakap mengenai hobi memancing ini juga, Abdul Hadi amat bersetuju dan menyokong jika ada pihak yang berusaha menaik taraf status memancing daripada hobi kepada sukan. Sebaris dengan sukan-sukan yang lain.
“Dalam hobi memancing ini, jangan sesekali melibatkan diri dengan pertandingan memancing yang ada unsur pertaruhan dan perjudian.
Ia adalah musuh utama dalam keseronokan hobi ini dan perlu segera bertaubat sekiranya pernah melakukan,” katanya lagi.
MARIATI: Akak minat memancing dari kecil… tapi tak aktif. Family pun minat memancing. Mula serious dalam aktiviti memancing bila dapat geng yang sporting, good team work dan aktive.
Team akak semua low profile. Team akak banyak beri tunjuk ajar teknik memancing, banyak memberi sokongan dan kata-kata semangat untuk bergiat aktif dalam hobi memancing.
UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini berbanding hobi lain?
MARIATI: Akak memilih hobi memancing kerana ia melatih akak erti kesabaran dan bersyukur atas rezeki Allah bagi. Akak seorang yang hot temper.
Bila memancing ni akak belajar cara control temper. Bersabar itu indah. Lagi pun akak suka berkawan kebanyakkan kaki pancing ni tak sombong dan boleh beri tunjuk ajar.
Hobi akak macam-macam tapi memancing paling akak suka.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi sepanjang memancing dan apa harapan anda untuk meneruskan hobi ini?
MARIATI: Rintangan yang akak hadapi sepanjang aktiviti memancing selama ni tiada yang pahit sangat.
Rintangan yang menduga bila plan nak turun ke laut tetiba tekong habaq alun kuat. So, trip cancel last minit. Nak pujuk hati akak pi memancing puyu dan haruan.
Harapan akak agar semua pihak menjaga kerbersihan laut, sungai dan port memancing lain. Agar terpelihara alam sekitar.
Jangan membazir hasil tangkapan, jangan aniaya ikan dengan menuba bom ikan dan karen ikan kerana aktiviti sebegini merosakan ekosistem sungai dan laut.
Tolong jaga rezeki yang Allah bagi.
UMPAN: Ceritakan pengalaman manis & pahit ketika memancing?
MARIATI: Pengalaman manis akak bila memancing dengan kawan-kawan dan team yang sempoi enjoy walaupun dapat buntal tapi pakat gelak ramai-ramai riuh rendah. Geng 1 kepala.
Buat masa sekarang tiada lagi kenangan pahit sepanjang hobi akak memancing. Walaupun kumpow berdarah tapi indah. Bila kumpow akak tido je.
Sambil menyanyi dan menikmati keindahan Alam. Banyak aktiviti lain boleh buat seperti cari siput dan cari tiram batu.
UMPAN: Pencapaian membanggakan dan apa sasaran anda seterusnya?
MARIATI: Pencapaian membanggakan setakat ini semuanya indah walaupun akak hanya berjaya memancing ikan puyu.
Sasaran akak seterusnya trip laut dalam dan ingin mendaratkan ikan jerung. Insyaallah. Akak hanya pemancing tepi-tepian sahaja dan suka memancing ke pulau-pulau melakukan aktiviti berkumpulan.
Sekiranya anda berhajat untuk memancing dengan menggunakan perkhidmatan bot memancing di perairan Kuala Rompin khasnya, maka anda boleh cuba perkhidmatan yang ditawarkan oleh Mat Rompin Boat Charters ini.
Info Tekong
Nama pemilik bot : Mohd Khairul Nizam Bin Abdul Rahim (Mat Rompin)
Nama tekong : Mat Rompin
Spesifikasi luas bot: 45 kaki panjang X 12 kaki lebar
Enjin : Yamaha 4 stroke 350Hp berkembar
Kapasiti pemancing : 6 – 7 Orang Pemancing
Jeti : Tok4 Sungai Puteri, Kuala Rompin, Pahang
Kawasan memancing : Pulau Tioman, Tokong Burung, Pulau Berhala, Karang Luas
& Unjam Perairan Laut China Selatan
Teknik pancingan : Jigging, Casting, Popping, Bottom & Drifting Baits
No H/P : +060199232684
Pengalaman : 12 tahun terlibat dalam mengendalikan perkhidmatan bot memancing
Pakej sewa :
1 Hari Harga : RM1,900.00
Waktu memancing : 8am – 5pm
Kemudahan Pakej : Di dalam bot disediakan air mineral & ais yang secukupnya (makanan tidak disediakan), kemudahan toilet didalam cabin, mempunyai sonar & radar garmin yang baik untuk mengesan ikan lebih efektif. Life jacket & life boil disediakan.
Kami juga menyediakan kemudahan homestay untuk para pemancing dengan harga RM300 semalam.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...