Dalam teks ucapan ahli dewan negara Labuan, Senator Datuk Yunus bin Kurus sempena majlis pelancaran Agropreneur Muda (sempena MyDof Media Tour 2016) bertempat di Jeti
Perikanan Wilayah Persekutuan Labuan menyatakan, perairan Labuan mempunyai sumber tuna yang sangat banyak.
Pendaratan tuna sehingga purata empat tan metrik sehari. Dari jumlah itu hanya satu tan metrik sahaja yang digunakan oleh penduduk Labuan sementara tiga tan metrik lagi dihantar ke negeri jiran seperti Sabah, Sarawak dan Brunei.
Walaupun pada dasarnya ia merupakan satu peluang khususnya warga Labuan untuk menceburi bidang pemprosesan produk makanan berasaskan tuna, secara tidak langsung
ia menjelaskan betapa kayanya perairan Labuan dengan tuna terutamanya tuna sirip kuning atau yellowfin tuna yang merupakan spesies game fish idaman ramai peminat sukan memancing.
Ads
Menurut Pengarah Pejabat Perikanan Negeri, Anuar Salam Sulaiman pula, selaku pusat pendaratan utama tuna Labuan juga bersedia untuk menjadi destinasi agrotourism memancing.
Sudah sampai masanya para pemancing menyenaraikan Labuan dalam kalendar trip memancing tahunan.
Ads
“Pembinaan payau (unjam) dalam program pembangunan tuna menjadi kunci untuk memastikan populasi tuna sentiasa ada di perairan Labuan.
Anuar Salam Sulaiman (kiri) dan Suzana Ahmad (kanan).
Ads
Walau bagaimana pun bulan September hingga Disember merupakan tempoh terbaik untuk memancing tuna. Terutamanya jika berhasrat untuk memburu yellowfin tuna gergasi sehingga saiz 120 kilogram.”
Selain melihat secara langsung proses produk berasaskan tuna terbaharu iaitu satay tuna yang diusahakan oleh usahawan agropreneur muda, Suzana Ahmad, rombongan media
dalam program MyDof Media Tour di Labuan ini turut berpeluang melihat dan menyentuh tuna sirip kuning seberat 77 kilogram hasil pancingan secara tradisional oleh nelayan tempatan.
Dengan stok ikan dan saiz gergasi yang terdapat di perairan negara ini sebenarnya kita tidak perlu pergi sehingga ke perairan Indonesia untuk memburunya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Semangat pemancing semakin membara pada awal malam kerana ia adalah salah satu waktu paling produktif memancing.
Lebih-lebih lagi badan masih segar dari perasaan mengantuk. Dari kepingan jig, umpan selayang hidup, sotong pasar dan sotong kurita hidup, semuanya dipertaruhkan dalam misi kali ini.
Cuaca yang sangat lenang sejak kami tiba awal petang menambahkan lagi kekuatan untuk mengatur strategi sebelah malam.
Kaki pancing dasar di hadapan bot manakala team jigging pula mengambil tempat di kedudukan belakang bot.
Mungkin cuaca yang tenang membuatkan arus senak, bila keadaan begini berlaku, ikan pula enggan membuka mulut.
Di hujung malam tidak banyak saiz ikan kasar yang ditemui. Di separuh malam satu joran dan reel kesayangan terjun ke laut disambar ikan.
Kebetulan joran tersebut tidak diikat pada bot. Hanya satu sahaja serangan ikan yang benar-benar menguji kekuatan bangla apabila 3 orang pemancing tidak berdaya menahan asakan berterusan sebelum ia hilang bersama perambut.
HARI KEDUA
Pagi hari kedua, kami masih lagi berlabuh di lokasi yang sama. Ketika kaki jigging masih lagi mendapatkan rehat yang secukupnya di kabin, geng pancing dasar mengambil alih kedudukan termasuk tekong kami.
Menyedari banyak perambut tersangkut apabila teknik perambut 3 depa bersama tanduk tidak begitu sesuai dengan kedudukan karang tinggi terlalu hampir dengan bot kami, menyebabkan ramai kehilangan perambut termasuk tanduk sekali.
Bangkai bot yang berkarang tinggi yang tidak menentu dibantu kedudukan bot sering berubah menyukarkan sukatan untuk melabuhkan umpan.
Atas dasar ini umpan terpaksa digantung lebih tinggi supaya ia tidak sama paras dengan rimbunan karang di bahagian dasar.
Masa untuk beraksi bermula setelah beberapa ekor selayang disambar ikan cermin purata saiz purata sekilo.
Boleh tahan juga ikan cermin yang rakus dengan umpan selayang hidup pada awal pagi. Kebetulan tempat yang sama terdapat anak ikan yang dipancing menggunakan set apollo.
Bekalan umpan hidup sentiasa cukup untuk sesi pancing pagi tersebut.
Ikan cermin hanya datang meronda sesekali di kawasan tempat kami berlabuh umpan sebab itu serangan kumpulan cermin tidak berterusan.
Sekejap makan kemudian hilang dan datang semula. Mata kail saiz 3/0 sebentuk diikat pada perambut 50lb sudah mampu bertahan dari asakan cermin.
Dalam masa yang sama, perambut yang putus juga agak banyak kerana alu-alu banyak mengikuti pergerakan umpan kami.
Ketika yang lain fokus melayan ikan cermin, set pancing Suhaidi pula mengena seekor ikan jenahak yang menelan sotong kurita yang dibeli dari Tanjung Karang.
Sotong yang sama juga berjaya mengena beberapa ekor ebek. Melihat kehadiran ebek, geng jigging tidak senang duduk.
Ketulan jig kecil dilontar ke air bertujuan untuk memikat ebek. Dalam usaha yang berterusan hanya seekor sahaja ebek diperdaya dengan teknik jigging.
Pada masa yang sama jig yang dilayan perlahan di kawasan dasar menemui sentuhan kecundang apabila sebaik sahaja jig diligan, ikan terus membuat larian tanpa menoleh ke belakang lagi.
Pemancing di atas terpinga-pinga menanti bila ikan nak buat pusingan ‘U’. Belum sempat ‘U’, tali dalam gelendong kekili sudah habis.
DOMINASI TEKNIK DASAR
Petang hari selepas melakukan aktiviti apollo untuk stok umpan segar, tekong mengesyorkan kami untuk berpindah ke cabang saluran gas (pipeline) di sebelah selatan Tenggol. Saranan dituruti sahaja kerana misi kini beralih kepada ikan merah.
Apabila bot berlabuh, arus adalah dua kali ganda laju berbanding malam semalam. Ada sedikit harapan.
Yang berjigging pula mengeluh kerana terpaksa menukar kepada jig yang lebih berat.
Jig bersaiz kecil dan ringan semuanya hanyut jauh ke belakang. Itu pun ada juga yang sanggup layan jig. Bila lagi kata mereka nak guna jig yang dibeli sebelum trip!
Secara keseluruhan malam kedua akhirnya memihak kepada geng dasar dengan beberapa ekor ibu kerisi bersaiz sedang, tambak dan jahan yang akhirnya mendominasi tangkapan terberat dalam misi kali ini.
Merah yang dicari hanya seekor sahaja berjaya ditundukkan, sekadar cukup satu hidangan saiznya.
Malah angin sepoi bahasa di samping laut yang beralun tenang menjadikan malam cukup lena dibuai mimpi.
Hajat memancing tertunai sudah walaupun tiada yang bersaiz mega. Laut, cuaca, suasana lapang di dalam bot sudah menceriakan misi tanpa mengira hasil yang bakal dibawa pulang.
Mengambil nama sempena nama Kerajaan Melayu Melaka ketika pada zaman kegemilangannya, Selat Melaka muncul sebagai laluan perkapalan tersibuk dan terpanjang di dunia.
Di kalangan kaki pancing pula, Selat Melaka adalah lubuk terbaik menjengah jenahak, kerapu dan ikan lain melalui kaedah moden slow jigging.
Di negeri melaka sendiri, telah muncul beberapa tekong bot yang menyediakan pakej memancing secara fully jigging, antaranya Jimmy chen.
Cuaca cukup cantik sebaik sahaja saya tiba lewat petang sehari lebih awal di Melaka untuk trip slow jigging.
Dua minggu sebelum itu, saya menerima ajakan daripada Chong Kitsoon, tauke kedai Fishmax Tackle, Bukit Tinggi, Klang, untuk slow jigging di perairan negeri Melaka.
Malam harinya sementara menantikan Chong yang lewat tiba, saya bersama dua rakan terlebih dahulu pekena asam pedas tidak jauh dari hotel penginapan.
Memang rugilah, kalau datang ke sini, kalau tak rasa asam pedas original Melaka ni.
Angin padu
Awal pagi, kami bertemu Chong Kitsoon di lobi hotel, termasuklah Peter, Felmon Soon dan tekong Jimmy Chen.
Sebelum bertolak ke jeti, kami bersarapan terlebih dahulu di kedai makan berhampiran hotel selain tapau bekalan makan tengah hari serta kudapan untuk mengisi perut ketika di atas bot nanti.
Sebaik sahaja keluar jeti, laut agak beralun disebabkan angin yang agak kuat. Nun di atas, awan hitam kelihatan tanda hujan akan turun.
Mujurlah situasi ini tidak lama. Angin yang bertiup telah menurunkan hujan di kawasan daratan.
Selepas 2 – 3 kali bertukar lubuk, akhirnya strike pertama diperolehi. Unjunan jig dari seorang diragut selepas dia yang berhasrat mahu menaikkan jig untuk menukar kepada jig lain.
Sayangnya ketika mahu menaikkan ke atas, talang besar berjaya melepaskan diri. Mungkin disebabkan jig berkenaan hanya terlekat sedikit sahaja pada mulut talang berkenaan.
Ujar Jimy, dia menyasarkan spot karang sahaja pada sebelah pagi sebelum ke spot kapal karam.
Ini kerana beberapa tompok karang dan kawah telah banyak ditemuinya dan dia berhasrat mahu kami mencuba di spot-spot berkenaan.
Selain itu, beberapa spot karang tinggi juga kami uji, di mana di satu lubuk ini Chong yang berada di belakang menerima satu sambaran dan keputusannya, tiada masalah untuk dia menaikkan seekor alu-alu.
Felmon Soon yang berada di belakang turut berjaya menaikkan kerapu saiz hidangan.
Walaupun trip slow jigging tidak menetapkan sebarang ikan sasaran, janji ikan makan jig, tetapi dalam list utama kebanyakan kaki slow jigging perairan Pantai Barat Semenanjung sudah pastilah si ikan jenahak, kerapu mahupun tenggiri menjadi sasaran.
Begitu jugalah dengan kami. Bonus sekiranya berjaya menaikkan saiz mama dan ‘tong gas’.
Begitu juga bonus tambahan sekiranya berjaya menaikkan GT, merah, sagai, alu-alu dan sebagainya.
Semuanya bergantung pada kepakaran tekong mencari spot dan kerajinan si pemancing mengaplikasikan jigging serta tuah sama ada naik atau tidak ikan berkenaan.
Pada pengamatan saya, tekong Jimmy memang memiliki banyak spot. Dia juga rajin dan cepat menukar lubuk, sekiranya di sesuatu spot berkenaan tidak berhasil.
5-10 minit jika tiada sebarang sambaran, dia akan segera menukar lubuk. Kerap juga Jimmy bercerita tentang pengalaman mereka menduga lubuk-lubuk sekitar Melaka dalam trip-trip terdahulu.
Chong pula, meskipun terkenal dengan mulut becoknya bila berada di atas bot, dia sering memberi tunjuk ajar kepada rakan yang lain, terutama cara jigging serta bertindak sebagai
skipper memberi petunjuk kepada rakan lain terutama yang berada di depan bilamana timing yang betul menurunkan jig.
Sedekah jig
Menghampiri jam 4 petang, cuaca masih lagi terik, walaupun Jimmy mengatakan dua hari sebelumnya, Melaka asyik hujan berserta angin kuat sebelah petang.
Cuaca pada waktu itu cukup terik memaksa sebotol demi sebotol air mineral dingin yang dicampurkan dengan pati oren Sunquick diambil untuk menghilangkan tenaga.
Tidak terkecuali sambil berjigging, buah tembikai menjadi pemanis mulut yang wajib dibawa setiap kali turun ke laut.
Seperti yang dijanjikan, Jimmy membawa kami ke spot kapal karam. Ujarnya, terdapat enam spot koordinat kapal karam berselerakan sekitar perairan Melaka berada dalam simpanannya.
Awal-awal lagi, Jimmy berkata spot ini kerap menghampakan ramai para jigger kerana kerap kali kes tersangkut jig berlaku.
Memang tidak dinafikan, spot kapal karam memang lubuk ikan, tetapi jika tidak tepat jatuhan ataupun unjunan jig sudah tersasar memang 99.99 peratus jig akan sangkut di bawah sana.
Nasib kami, petang arus sudah bertukar agak laju. Sukar untuk meletakkan jig dengan tepat ketika bot sedang drift. Akibatnya beberapa ketul jig menjadi tukun di bawah sana.
Dalam situasi tersebut, masih ada strike dan habuan buat kami, apabila beberapa ekor kerapu berjaya didaratkan. 3 ekor jenahak juga berjaya dinaikkan.
Penulis pula hanya memperoleh seekor talang menjelang senja, pengubat kumpau sebelum trip sehari jigging di Melaka berakhir sekitar jam 7.50 malam.
Jika pancingan udang galah dan udang harimau kolam dianggap terlalu mainstream, apa kata anda beralih ke pancingan lobster dan ketam bersaiz monster.
Metod pancingan yang popular di Taiwan ini telah diaplikasikan oleh kolam 89 Prawn Paradise Fishing Central dan menjadi kolam pertama seumpamanya di Malaysia.
Kolam yang berpusat di Taman TTDI Jaya Shah Alam, Selangor ini mula beroperasi kira-kira 6 bulan lalu dengan konsep pancingan udang harimau, sebagaimana kolam-kolam pancing di dalam bangunan sedia ada.
Kolah berukuran 30kaki panjang dan 18kaki lebar ini mampu memuatkan maksimum 30 pemancing pada satu-satu masa.
Berikutan sambutan yang kurang memberangsangkan pada bulan-bulan awal operasi, pengurusan kolam merasakan sesuatu perlu dilakukan bagi menarik lebih ramai pengunjung.
Dari situlah munculnya ilham bagi menempatkan lobster dan ketam nipah bersaiz besar tangkapan bonus.
Dalam masa singkat ia membuahkan hasil dan berikutan daripada itu, pada malam minggu lalu pihak kolam telah menganjurkan cabaran memancing khas dengan judul Crazy Monster Night.
Dengan peruntukan RM6,000 pihak kolam telah menempatkan 40 ekor green lobster, 10 ekor ketam nipah, 5 ekor Boston lobster dan seekor tangkapan paling bernilai berupa king crab. Semua spesies bersaiz monster.
Menurut pengurusan kolam, 5 ekor Boston lobster berukuran 2kg – 2.2kg dengan harga pasaran RM349 / kg. Sementara king crab seberat 2.8kg pula RM420/kg.
Dengan yuran RM200 bagi sebatang joran, 24 orang peserta yang menyahut cabaran itu berpeluang membawa seberapa banyak tangkapan yang diperoleh.
Malah, pihak kolam turut bermurah hati melanjutkan tempoh cabaran dari 2 jam ke 3 jam demi memuaskan hati kesemua peserta.
Bagi pemancing yang terlepas peluang menyertai cabaran tersebut, anda boleh menyertai cabaran atau game berikutnya dalam tempoh terdekat.
MONSTER NIGHT KOLAM PANCING UDANG 89 PRAWN PARADISE
Tarikh: 26/10/2019 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam – 11.00 malam
Tempat : Kolam Pancing Udang 89 Prawn Paradise
Yuran Game: RM200
Peserta: 28 orang
Total Spesies bernilai: RM6000
Spesies: Giant Boston Lobster 3ekor, Boston Lobster 40ekor, France Crab XXXL 12ekor
(Peraturan & Syarat)
Kalau tak penuh 25 peserta, game akan dibatalkan dan booking fees akan dibayar balik untuk peserta.
Mata kail single saja yang dibenarkan.
Tangkap pakai tangan tidak dibenarkan.
Semua pemancing wajib sampai di kolam sebelum pukul 7.30pm untuk mengundi tempat duduk masing-masing.
Masa mula 8.00 pm (duduk ikut yang nombor undi pertama)
Pukul 9.30 pm (rehat 10 minit dan menukar tempat duduk dengan peserta yang nombor undi kedua).
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...