Terlebih dahulu admin ucapkan tahniah kerana anda meluaskan wilayah padang pancing. Seperkara yang harus diingati, pancingan di rumah rakit atau kelong lebih berkonsep pancingan santai.
Oleh yang demikian, anda haruslah bersedia sekiranya tiada tangkapan istimewa yang diperolehi. Malah berkemungkinan besar langsung tiada hasil.
Tidak dinafikan umpan memancing merupakan salah satu daripada faktor penting bagi kejayaan memancing di rumah rakit.
Ads
Selain itu, faktor pasang surut dan pergerakan arus juga perlu diambil kira untuk memperoleh hasil yang baik. Jika sekadar ingin bersantai, faktor ini tidaklah perlu diambil kira.
Biasanya waktu air pasang besar merupakan tempoh terbaik untuk memancing di rumah rakit.
Ads
Terutamanya rumah rakit yang terletak agak ke dalam sungai berjauhan dari muara atau kuala. Waktu ini ikan-ikan besar dari laut gemar memasuki sungai hingga ke sempadan air payau.
Ads
Umpan yang paling biasa digunakan bagi pancingan muara ialah semua jenis ruat atau umpun-umpun. Selain itu, sebaiknya anda bawa juga umpan udang hidup dan udang mati.
Udang hidup merupakan umpan paling baik jika sungai di rumah rakit tersebut dihuni siakap, jenahak, tetanda atau sembilang.
Anda juga boleh bawa umpan lain berbentuk hidupan muara. Namun memadai jika membawa udang hidup dan perumpun.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Orang kata kalau jumpa mama toman bawa anak, gerenti dapat strike. Tapi mengapa toman yang saya jumpa ketika sedang casting langsung tak peduli pada gewang yang saya baling?
JAWAPAN:
Teori kalau jumpa toman bawa anak akan dapat strike bergantung kepada beberapa faktor. Salah satu ialah lokasi padang pancing. Jika kejadian itu berlaku di lokasi liar yang belum terusik, saya sendiri akan beri jaminan toman tersebut menyambar apa saja gewang dilontar ke arah kumpulan anak atau ke arahnya.
Namun, lokasi padang pancing di mana anda memancing ialah lokasi popular. Apatah lagi jika konsep tangkap dan lepas diamalkan secara praktikal di padang pancing tersebut. Dalam erti kata lain, toman-toman di padang pancing tersebut sudah memiliki sedikit `pengetahuan’ dalam survival hidup.
Seperkara yang perlu kita tahu ialah ikan juga memiliki sedikit memori jangka pendek tentang sesuatu. Khususnya ikan yang pernah dipancing dengan menggunakan gewang. Jadi, ada kemungkinan toman bawa anak yang anda cuba pancing tersebut sudah dipancing dalam tempoh terdekat dan dilepaskan kembali. Atas sebab itulah toman tersebut tidak mempedulikan gewang yang anda lontarkan.
Pernah tak anda berhadapan dengan situasi toman yang berjaya strike tetapi lucut sebelum sempat didaratkan, adakah toman tersebut akan menyambar lagi gewang yang anda lontarkan ke arahnya?
Situasi begini sebenarnya adalah asam garam dalam pancingan toman, jadi anda tidak perlu terlalu kecewa atau bengang apabila berhadapan dengannya. Cara terbaik, lupakan saja perkara itu dan cubalah pujuk toman yang lain pula.
Mohon admin beri info sikit jenis gewang yang sesuai untuk casting dan trolling ikan tapah. Saya dah lama mengidam nak dapat ikan tapah ni.
JAWAPAN:
Memandangkan ikan tapah merupakan spesies demersal atau ikan yang mencari makan di paras dasar perairan sungai atau tasik, maka gewang yang sesuai digunakan adalah gewang mampu berenang pada paras lantai atau dasar sungai.
Oleh yang demikian kita harus membuat sedikit kerja rumah bagi mengkaji tahap kedalaman sesuatu sungai terlebih dahulu. Ini penting agar gewang yang digunakan dapat menyelam pada kedalaman tepat di mana tapah berada.
Walaubagaimana pun boleh dikatakan sungai-sungai kita terutamanya yang menjadi habitat tapah sekitar 5 meter sahaja, oleh yang demikian gewang yang mampu berenang hingga paras 3 hingga 5 meter harus menjadi pilihan. Atau dalam erti kata lainnya, gewang selaman dalam adalah lebih efektif daripada gewang selaman cetek.
Bagi pilihan warna gewang pula, ia perlu disesuaikan dengan karakter air. Jika sungai berair hitam atau gelap disarankan menggunakan gewang berwarna cerah (contoh, fire tiger) dan jika air jernih pula sebaiknya gunakan gewang berwarna neutral.
Seperkara lain yang harus dilupakan, memandangkan tapah adalah spesies nokturnal atau aktif mencari makan pada waktu malam, yang mana fungsi sensor getaran lebih efektif daripada visual, maka gewang yang memiliki kombinasi getaran (rattlin) paling berkesan untuk digunakan.
Jika dikaji balik, sebenarnya pada peringkat awal penggunaan tali sulam adalah untuk pancingan laut dalam.
Sebelum penggunaan tali sulam untuk pancingan laut dalam secara meluas sememangnya pemancing pada waktu itu menggunakan tali tangsi atau nylon.
Namun disebabkan profil tali sulam yang lebih halus diameter dan berkekuatan dua kali ganda berbanding tali tangsi, maka tali sulam lebih relevan untuk dimuatkan dengan kapisiti yang lebih banyak di dalam spool kekili.
Jika dikatakan kurang sesuai untuk digunakan berbanding tali tangsi, mungkin bukan di laut. Sebaliknya di sungai atau kolam pancing air tawar.
Namun tidak bermakna tali sulam tidak boleh digunakan, cuma paras keberkesanan saja yang lebih rendah berbanding tali sulam.
Terutamanya jika untuk memancing ikan yang begitu sensitif terhadap bunyi. Tidak dinafikan untuk memancing kelah atau apa-apa spesies ikan sungai pergunungan, penggunaan tali tangsi adalah lebih baik berbanding tali sulam.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...