Sehingga sekarang saya masih belum lagi ada lesen ebek. Boleh tak admin kongsi sedikit tip untuk memancing ebek?
JAWAPAN:
Pada Asasnya, ikan ebek merupakan salah satu daripada pemangsa marin dalam kitaran makanan lautan. Ebek sering menjadikan ikan kecil, sotong, obor-obor dan krustasia sebagai mangsanya sekali gus menjadikan senarai tersebut sebagai diet makanan utama.
Ads
Di Malaysia, akses lokasi atau lubuk untuk memancing ebek tidak sesukar mana. Bermula dari kawasan muara sehinggalah ke laut lepas.
Antara lokasi terbaik memancing ebek ialah di kebanyakan perairan Terengganu dan Pahang. Waktu sesuai untuk memburu ebek dikatakan sekitar bulan Februari hingga Jun setiap tahun.
Ads
Lubuk terbaik untuk memburu ebek ialah di kawasan yang mempunyai struktur seperti batu atau karang.
Ads
Selain dipancing dengan menggunakan umpan konvensyional, ebek turut menjadi spesies idaman penggemar teknik jigging menggunakan kepingan besi atau jig. Tidak dinafikan dalam sukan memancing, ebek merupakan antara spesies buruan berikutan aksi pertarungan yang dipersembahkannya.
Ebek boleh dipancing dengan teknik dasar atau jigging/light jigging di kawasan berbatu. Jig yang dipilih sebaiknya warna silver, hijau.
Tetapi warna jig yang terang seperti pink, juga boleh, namun bergantung juga kepada lokasi, air, kedalaman air.
Diet utama ebek ialah krustasia bergerak perlahan. Jadi umpan yang efektif yang mungkin anda boleh cuba ialah udang hidup. Selain itu, tamban, ketam angin dan sotong cumit juga boleh digunakan. Gunakan perambut yang panjangnya sekitar 3 kaki ke atas.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Bolehkah jig dan gewang digunakan untuk memancing dari atas kelong, rumah rakit atau tepi sangkar ikan? Apakah warna gewang paling sesuai untuk menawan, sekali gus menewaskan siakap atau senangin di kawasan terbabit?
JAWAPAN:
Tiada masalah untuk anda cuba menggunakan jig atau gewang di kelong, rumah rakit atau sangkar ikan, namun penggunaan jig dan gewang selaman bergantung kepada kesesuaiannya dengan keadaan dasar air. Bagi penggunaan warna gewang pula, tiada warna khusus yang boleh diperkatakan kerana persembahan gewang dan persekitaran air turut memainkan peranan.
Bagaimanapun, bagi siakap liar, warna biru boleh dikatakan antara warna yang paling popular. Adalah bonus sekiranya, anda terlihat deburan air atau melihat ikan kecil seolah melarikan diri. Segeralah baling gewang setepat yang mungkin kerana ia petanda ikan besar dan di muara, prospek utamanya berkemungkinan besar adalah siakap.
Untuk senangin, anda boleh menggunakan jig kecil sama ada dengan cara cast jigging (menggunakan mikro jig) atau mengunjunnya dari atas ngkar (bergantung di manakah lokasi sangkar). Melalui kaedah ini, besar kemungkinan, spesies lain juga boleh dijerat seperti kerapu, baby GT, siakap merah yang mungkin berada di bawah tiang-tiang kelong atau rumah rakit.
Kejadian pasang surut air laut merupakan bentuk gerakan air laut yang terjadi apabila terdapat pengaruh gaya tarik bulan dan matahari terhadap bumi. Arus ini dapat dilihat jelas di muara sungai dan ke tepian pantai.
Apabila air laut bergerak pasang maka terlihat gerakan arus laut yang masuk ke dalam alur sungai, sebaliknya ketika air laut bergerak menuju surut, maka terlihat gerakan arus laut mengalir keluar (ke laut).
Cara untuk membacanya dengan menggunakan kalendar lunar atau kalendar Islam. Arus pasang surut dibahagikan kepada dua iaitu:
Pasang besar
Pasang besar terjadi pada tanggal 1 (bulan baru) dan tanggal 15 (bulan penuh). Pasang besar ialah peristiwa di mana air pasang naik dan pasang surut tertinggi (besar).
Kedudukan bumi-bulan-matahari berada pada satu garis sehingga kekuatan gaya tarik bulan dan matahari berkumpul menjadi menarik permukaan bumi. Permukaan bumi yang menghadap ke bulan mengalami pasang naik besar.
Untuk aktiviti memancing, 4 hari sebelum dan selepas bulan baru dan bulan penuh tidak begitu sesuai disebabkan arus laju.
Arus mati
Pasang bani (mati) ialah peristiwa terjadinya pasang naik dan pasang surut terendah (kecil). Pasang kecil ini terjadi pada tanggal 7 dan 21 kalendar Islam.
Pada kedua tanggal tersebut posisi matahari-bulan-bumi membentuk susut 90 darjah. Gaya tarik bulan dan matahari terhadap bumi berlawanan arah sehingga kekuatannya menjadi berkurang (saling melemahkan).
Bagi pemancing, 3 hari sebelum dan selepas air pasang bani amat bersesuaian untuk memancing kerana arus tidak laju.
Pergerakan arus deras hanya menyulitkan kita memancing. Ikan perlu makan dan ia tidak berhenti makan pada masa apa pun. Kebanyakan ikan mega yang diperolehi lazimnya ketika arus laju!
Saya masih baru lagi dalam pancingan laut terutamanya pancingan dasar laut dalam yang menggunakan perambut panjang. Masalah yang saya selalu hadapi ialah apabila mengarau pancing untuk memeriksa umpan, saya dapati perambut yang digunakan berbelit sesama sendiri dengan tanduk dan tali utama. Kenapa ia berlaku macam tu admin?
JAWAPAN:
Apa yang berlaku kepada saudara ini melibatkan beberapa perkara tetapi perkara utama ialah soal panjang pendek tanduk dan perambut yang digunakan dan keduanya ialah kelajuan melepaskan umpan ke dasar atau kelajuan tali utama yang keluar dari kekili.
Berkaitan dengan jenis tanduk, jika lubuk dalam dan keadaan air itu laju, mungkin tanduk pendek sudah memadai, kerana tak ramai sukakan tanduk yang panjang sedepa.
Tapi jika arus mati dan lubuk pula dalam, maka tanduk yang panjang digalakkan seafdalnya separuh depa.
Ini bertujuan mengelakkan air mati merangsang terjadinya kes-kes umpan panjat pokok terutamanya jika kita melepaskan tali utama dengan kadar yang begitu cepat.
Begitu juga dengan halnya tali perambut panjang pendek. Namun yang lebih penting adalah cara melepaskan umpan.
Sebaiknya kita perhatikan dahulu keadaan perambut di dalam air. Apabila melihat keadaan perambut membuat mengikut arus barulah kita lepaskan tali utama dengan tempo yang sepadan.
Untuk mengurangkan risiko perambut berbelit dengan tali utama atau panjat pokok ini disarankan juga anda menggunakan perambut kejutan atau shock leader yang disambungkan pada tali utama (tali sulam) kira-kira 3-5 meter.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...