Korang Tanya Umpan Jawab – Saiz Perambut Untuk Pancing Siakap Kolam??

Share

 

Dari segi poundage perambut untuk pancingan kolam siakap air masin, kebanyakan pemancing memilih perambut berkuatan 20lb-40lb. Kebanyakannya memilih maksimum 30lb sahaja.

Namun panjang perambut untuk pelampung bergantung kepada kedalaman sesebuah kolam.

 

Untuk mengetahui kedalaman kolam, sebaiknya anda bertanya dulu kepada rakan pemancing di kolam agar dapat ukuran perambut yang tepat. Sekiranya kolam berkedalaman 5kaki, maka buatlah perambut 5kaki dilipat dua.

 

Di mana sebelah untuk pelampung dan sebelah lagi mata kail. Mainline kili diikat di tengah perambut menjadikan sepanjang 2.5kaki semasa buat balingan. Di dalam air, panjang perambut kekal sepanjang 5kaki.

 

Untuk mengetahui panjang perambut ngam atau tidak, anda lihatlah pergerakan pelampung. Jika pelampung bergerak laju bermakna perambut agak pendek dan umpan akan tergantung.

 

Sekiranya tidak bergerak langsung bermakna perambut terlebih panjang dan menyebabkan umpan (udang hidup) menyusup ke dasar dan memudahkan risiko sangkut. Sebaiknya biar pelampung hanya bergerak perlahan.

 

 

Sementara perambut direct tanpa menggunakan pelampung pula memadai 1.5 hingga 2.5 kaki panjang. Perambut yang terlalu panjang akan menyebabkan kesulitan untuk membaling umpan dengan tepat dan sempurna.

IKLAN