SOALAN:
Saya ada perasan dalam bulan lepas Umpan banyak cerita pasal surfcasting dan bulan ini pancingan muara.
Soalan saya, jika saya memancing di muara sungai bolehkan saya menggunakan teknik yang sama untuk surfcasting?
JAWAPAN:
Pada asasnya pancingan muara dan pancingan pantai hampir sama seperti pancingan lombong dan tasik.
Bagi muara sungai yang mempunyai persekitaran sama seperti pantai, teknik yang sama masih boleh diamalkan.
Tiada banyak perbezaan muara sungai dan pantai jika kawasan dikunjungi adalah lapang dan memerlukan lontaran jauh ke tengah.
Kalau sungai itu mempunyai reba di tepi, lontaran berdekatan reba dapat menjana hasil yang lebih positif kerana ikan biasanya akan berada rapat di tebing, atas dasar mengelak
arus kuat dan persekitaran yang dipenuhi reba dan bertubir (drop-off) sesuai untuknya berlindung.
Namun situasi ini jarang ditemui di pesisir pantai berpasir. Oleh yang demikian, pengunaan joran panjang amat praktikal jika memancing di kawasan pantai kerana ia mampu membuat lontaran jauh ke tengah.
Sementara spesies ikan yang mendiami pesisir pantai berpasir juga berbeza kerana faktor kemasinan air di kawasan ini lebih tinggi berbanding muara sungai.
Oleh yang demikian ada beberapa spesies ikan yang boleh ditemui di kawasan ini tidak terdapat di muara sungai.
Begitu jugalah sebaliknya. Walau bagaimana pun teknik dan umpan banyak persamaannya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
SOALAN:
Sekiranya kita akan bermusafir, adakah wajib ke atas kita berpuasa?
JAWAPAN:
“Dan sesiapa yang SAKIT atau dalam MUSAFIR maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.”
- (Surah al-Baqarah, ayat 2:185)
➡ Disyaratkan hendaklah musafir itu kerana suatu perkara yang mubah, bukan maksiat, atau pun menolong suatu perbuatan maksiat.
➡ Disyaratkan juga hendalah musafir itu bermula sebelum terbitnya fajar sadiq.
➡ Jika dia berpuasa dalam keadaan bermukim, lalu dia musafir pada siang harinya, maka haram baginya untuk berbuka telah disyariatkan ke atasnya untuk berpuasa, melainkan jika berlaku darurat seperti sakit.
(Tau ke korang? Nabi Muhammad SAW pernah tidak berpuasa ketika bermusafir)
“Jika engkau berbuka maka itu adalah rukhsah daripada Allah, dan jika engkau berpuasa maka itu lebih afdal.”
(Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)
SOALAN:
Assalamualaikum admin… saya selalu dengar orang pancing ikan toman pakai anak itik. Tapi macam mana nak guna anak itik?
JAWAPAN:
Waalakumusalam… apa yang anda dengar tu memang ada kebenarannya. Terdapat dua kaedah memancing toman atau haruan menggunakan anak itik sebagai umpan.
Pertama, kaedah ini pernah digunakan di negara kita suatu ketika dahulu terutamanya untuk memancing toman.
Caranya, mata kail diikat pada kaki anak itik dan kemudian anak itik tersebut dibiarkan berenang bebas di kawasan yang dipercayai adanya toman. Teknik ini agak sedikit kejam kerana menjadikan anak itik tersebut sebagai umpan sepenuhnya.
Manakala satu lagi teknik ialah dengan menggunakan anak itik sebagai pengumpan. Yang mana salah satu tajur (diikatkan anak itik) digunakan untuk mengumpan toman atau haruan, satu lagi tajur berumpan dan mata kail akan dihulurkan apa kelibat haruan atau toman muncul untuk membaham anak itik tersebut.
Namun sebagai seorang pemancing rekreasi, tidak perlulah kita mengaplikasikan teknik memancing menggunakan umpan anak itik.
Kita guna sajalah umpan tiruan atau gewang yang sedia ada untuk memancing haruan mahupun toman.
Jika memancing di pantai yang mempunyai kawasan air bercerun, satu-satunya teknik yang paling efektif adalah dengan menghanyutkan umpan hidup dengan menggunakan belon. Sasaran utama adalah ikan-ikan pelagik yang berlegak di kawasan cerun dan juga berbatu karang.
Selain itu boleh juga dengan teknik apollo di mana dengan kaedah ini, ia dapat menghindari mata kail tersangkut di karang.
Jika ingin memancing dengan kaedah pancingan dasar (berlabuh) di kawasan karang tinggi pastikan perambut halus diikat pada ladung supaya ia mudah putus apabila tersangkut. Atau boleh juga batu ladung tersebut disambungkan dengan perambut hanya diikat dengan getah.
Jadi, mata kail dan ikan masih dapat diselamatkan apabila tersangkut. Satu lagi cara lain ialah perhatikan kawasan yang terang (jika air jernih) dan buat lontaran umpan di kawasan ini kerana terang menandakan tiada karang atau karang nipis. Kalau gelap tempat itu tentu berkarang tinggi. Semoga jawapan ini menepati kehendak saudara.