Pertama sekali admin nak ucapkan tahniah kerana tidak malu bertanya. Iyalah… #maluapabossku.
Admin sebenarnya hampir terjerat juga sebelum berikan jawapan. Apabila sekali imbas membacanya, admin sangkakan beliau bertanyakan perbezaan rod baitcasting dengan rod spinning.
Admin percaya korang juga bersependapat. Oleh kerana itu admin terpaksa padam jawapan awal yang sudah panjang lebar ditaip.
Dalam menjawab persoalan ini rasanya admin perlu huraikan istilah casting dan spinning. Casting yang dimaksudkan di sini ialah perbuatan melontar dan mengarau umpan.
Ads
Tidak kiralah sama ada umpan semujadi atau umpan tiruan. Namun casting ini lebih senonim bagi aktiviti memancing dengan kaedah mengilat atau casting.
Sebagai contoh jika casting haruan, katak hidup atau katak tiruan digunakan sebagai umpan.
Bagi kaedah ini, joran atau rod yang digunakan sama ada joran baitcaster atau joran spinning akan dinamakan joran casting atau casting rod.
Ads
Oleh yang demikian amatlah sukar untuk admin jelaskan perbezaan rod casting dengan rod spinning sekiranya rod spinning tersebut digunakan untuk casting.
Lainlah jika bertanyakan perbezaan antara baitcaster rod dan spinning rod. Jika itulah persoalannya yang sebenar maka mudahlah untuk admin memberikan jawapannya.
Ads
Malah tidak perlukan jawapan sekali pun hanya sekadar menunjukkan contoh gambarajah spinning rod dan baitcasting rod sahaja. Admin berharap jawapan ini menepati soalan yang dikemukakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan puyu atau betuk adalah sejenis ikan yang dikategorikan sebagai ikan labirin (labyrinth) ia mempunyai alat tumbuhan yang membenarkannya bernyawa di kawasan air yang mempunyai sedikit oksigen. Disebabkan ini, ikan puyu dapat berada di luar air dengan lama tanpa air.
Ikan puyu dapat bergerak dari satu kolam ke satu kolam yang lain dengan bergerak di atas tanah pada waktu malam atau selepas hujan. Ikan puyu juga dapat hidup dengan menyorok di dalam tanah yang mempunyai kelembapan semasa kemarau di kawasan tanah kering dan akan keluar semula apabila tanah ditenggelami air.
Ikan puyu boleh didapati di kawasan sawah padi, terusan,parit, tasik,kolam dan kawasan paya. Ikan puyu dapat membesar ke 25 cm @ 10 inci dan ikan betina lebih gemuk dan montok dari jantan.
CARA MEMANCINGNYA
Ikan puyu dapat dipancing dengan menggunakan umpan cacing, belalang, ulat pisang dan belalang patung. Semasa saya kecil dahulu saya pernah juga memancing ikan puyu dengan menggunakan telur kerengga dan ada pernah saya dapat dengan menggunakan hati ayam. Untuk memancing ikan puyu kita menggunakan mata kail yang kecil dari saiz 11 atau kurang.
Tali untuk ikan puyu tak perlulah berat sangat mencukupi dengan tali berat 6 lb dan joran ‘ultra light’ kekuatan 4 lb ke 10 lb adalah sesuai sekali. Selain itu, joran jenis teleskopik juga paling sesuai. Untuk memancing ikan puyu saya syorkan pelampung dari jenis “round plastic float” atau “pencil float” dari jenis panjang atau membujur.
Ikan puyu selalunya makan pada dasar mahu pun pada pertengahan air, dari itu sekiranya memancing di dasar maka di syorkan penggunaan ‘splitshot’ beberapa biji untuk memberi berat untuk menenggelamkan umpan.
Kebiasaannya enjin sangkut di bawah kapasiti 30 kuasa kuda (hp) masih mampu dipikul oleh seorang manusia dengan berat anggaran 50kg ke bawah. Ia memberikan kelebihan penyimpanan sekiranya tidak digunakan dengan kerap dengan menyimpannya di stor penyimpanan.
Tapi untuk enjin bot yang lebih besar atau yang kerap turun ke air, kebanyakan pemiliknya akan membiarkan enjin botnya terpasang di bot dan menaikkan kipasnya ke atas sahaja. Sebaik-baiknya, jika dibiarkan, perlu tutup bahagian enjin menggunakan kanvas mengelakkan terdedah dari panas dan hujan.
Paling mustahak adalah, sentiasa memastikan palam pencucuh sentiasa berfungsi dan kerap diperiksa sebelum turun memancing. Ini kerana sekiranya pantulan api ke palam pencucuh tidak mencukupi ianya akan menjadikan enjin ini semput semasa membuat pergerakan.
Terdapat beberapa faktor yang menjadikan enjin semput iaitu palam pencucuh yang tidak diganti (terlalu lama), kerosakan pada sistem coilnya, terlebih bancuhan 2T ke dalam petrol (menyebabkan berlakunya plug ‘basah’ atau kaburator telah tersumbat (tidak kerap diservis ).
Sehubungan itu, sebelum turun memancing, pengendali bot perlu memeriksa terlebih dahulu keadaan enjin dan membawa perlatan secukupnya sebagai persediaan jika enjin bot tidak berfungsi. Mencuci kaborator sebulan sekali dapat memberikan prestasi yang baik kepada enjin.
Bancuhan 2T TCW
Bagi enjin sangkut 2 lejang, bahan api nisbah 50 liter kepada 1 liter 2T TCW adalah sukatan yang tepat. Minyak pelincir ini mempunyai kelikatan yang berlainan dengan minyak pelincir untuk kegunaan enjin motosikal.
Ianya direka khas untuk spesifikasi enjin sangkut tidak kira sama ada yang digunakan di laut mahupun sungai. Jangan sesekali menggunakan minyak pelincir 2T motosikal kecuali dalam keadaan kecemasan dan sukar mendapatkan 2T TCW enjin sangkut khas.
Ianya boleh memberi kesan kepada sistem pergerakan omboh dan juga pengaliran petrol ke dalam kaburator dan boleh menyebakan overflow kerana kelikatannya akan memekatkan lagi minyak petrol yang perlu dijana kepada sistem pembakarannya.
Bagi enjin sangkut 4 lejang yang menggunakan system minyak hitam untuk melincirkan pergerakan enjin ianya perlu ditukar sebulan sekali mengikut kekerapan penggunaan ataupun 100 jam penggunaan.
Sekiranya enjin ini tidak digunakan dan perlu disimpan, ianya tidak boleh dibaringkan pada posisi yang salah kerana ini akan menyebabkan kebocoran pada minyak enjin tersebut. Sebaiknya letakkan pada posisi berdiri seperti menggunakan stand untuk memastikan enjin dapat berfungsi dengan baik selepas di simpan.
Batu ladung atau pemberat merupakan antara aksesori wajib yang diperlukan untuk memancing. Kebiasaannya, batu ladung berperanan dalam mengekalkan posisi perambut dan umpan anda.
Batu ladung lazimnya diperbuat daripada timah kerana ciri utama timah ialah ketumpatan tinggi dan menjadikannya berat, suhu lebur rendah menjadikan kos pembuatan murah, tahan karat dan tahan hakisan air laut.
Terdapat pelbagai jenis batu ladung yang ada di pasaran masa kini. Walau bagaimanapun, masih ramai lagi kurang arif mengenai kesesuaian penggunaan batu ladung ini sama ada bentuk, saiz ataupun beratnya.
Batu ladung lonjong
Batu Ladung berbentuk panjang atau lonjong juga antara jenis pemberat yang biasa digunakan oleh pemancing tidak kiralah di pantai, kolam mahupun tasik. Batu jenis ini sangat efektif digunakan untuk pancingan tepi pantai ataupun kuala. Batu ladung jenis ini juga boleh diguna pakai untuk pancingan di kawasan berbatu karang.
Bentuknya yang menajam di kedua-dua hujung berpotensi untuk mengelakkan perambut anda dari tersangkut di celah-celah batu karang. Sama seperti batu ladung bulat, saiz batu ladung panjang juga digunakan mengikut kawasan memancing anda.
Batu ladung hidup
Batu hidup merupakan sejenis pemberat yang membenarkan tangsi bergerak bebas melaluinya tanpa diikat. Kebiasaannya batu jenis ini sesuai digunakan di kawasan muara dan ia juga sering digunakan untuk memancing di tasik, sungai atau kolam-kolam komersial.
Penggunaan batu jenis ini amat sesuai digunakan untuk memancing ikan siakap di muara-muara sungai kerana bagi sesetengah ikan (seperti siakap) ia akan memuntahkan kembali umpan apabila terasa ‘berat’ dan umpan tersangkut-sangkut pergerakannya. Jenis batu hidup yang popular ketika ini ialah ladung biji kana dan ladung bulat.
Batu ladung bulat
Batu Ladung berbentuk bulat sangat sesuai digunakan untuk memancing di kawasan yang pantai atau laut yang landai, berpasir ataupun berlumpur. Tetapi ia tidak sesuai digunakan di kawasan berbatu karang kerana bentuknya yang bulat sememangnya memudahkan batu jenis ini untuk tersangkut.
Cara penggunaan batu ladung ini bergantung pada keadaan air di kawasan anda memancing. Jika kawasan tersebut berarus deras, gunakanlah saiz yang lebih berat agar tali anda tidak hanyut terlalu jauh dari kawasan permainan ikan.
Batu ladung sauh
Batu sauh amat popular digunakan oleh kaki pancing dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Batu jenis ini amat bersesuaian digunakan di kawasan yang berarus deras terutamanya sewaktu air jalan pasang ataupun jalan surut.
Fungsi dawai di sekeliling batu sauh ini adalah untuk memastikan batu ini dapat mencengkam dasar laut sekali gus mengelakkan dari perambut kita dihanyutkan arus deras.
Batu ladung leper
Terdapat beberapa jenis batu ladung leper. Salah satunya direka untuk memastikan umpan tidak hanyut apabila dilontar ke kawasan tepi pantai. Namun begitu, batu jenis ini lebih sesuai digunakan untuk joran aksi ringan sahaja.
Ini kerana, kebiasaannya, ikan-ikan target untuk batu jenis ini hanyalah untuk ikan-ikan kecil seperti gelama, bolos dan sewaktu dengannya sahaja.
Satu jenis lagi batu ladung leper ialah yang kini menjadi pilihan ramai pemancing dasar laut dalam. Batu ladung leper ini biasanya datang dengan nombor berat sebenar batu ladung tersebut seperti 720 dan sebagainya.
Batu ladung sepit
Batu ladung sepit atau splitshot adalah sejenis pemberat atau batu ladung di mana terdapat banyak penggunaannya. Batu sepit adalah pemberat yang terdapat lurah pada badannya, di mana ia dikepilkan pada tali atau perambut untuk memberi berat pada umpan atau tali.
Penggunaannya pula amat senang sekali iaitu dengan memasukkan tali ke celah lurah dan mengepitnya.
Terdapat pelbagai lagi jenis batu ladung yang ada di pasaran masa kini. Ada batu yang berbentuk diamond, piramid, buah kana dan sebagainya. Namun begitu, pemancing haruslah bijak untuk menggayakan kegunaan batu ladung ini mengikut kepada spot memancing anda.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...