Ads

Korang Tanya Umpan Jawab (S8S15) – Nak bagi umpun-umpun tahan lama?

 

SOALAN:

Boleh tak admin bagi petua bagaimana untuk menggunakan umpun-umpun supaya tahan lebih lama. Selalunya umpun-umpun yang digunakan cepat je busuk dan mati.

 

JAWAPAN:

➡ Tidak kira apa jenis umpun-umpun, perumpun atau ruat… ia perlu disimpan di dalam bekas dan di tempat yang lembap dan jauh dari cahaya terus matahari.

 

Ads

➡ Lebih bagus sekiranya dapat diletakkan selut asal (tanah dari habitat asal umpun-umpun) sebagai tempat umpun-umpun berlindung. Dan pastikan selut itu sentiasa lembab atau basah.

 

➡ Umpun-umpun mudah mati apabila kepanasan melampau dan tidak disimpan dalam air yang tidak ditukar ganti. Air yang terlalu lama akan menjadi berasid.

 

Ads

➡ Bekas perumpun seboleh-bolehnya lebar dan dapat memberi ruang oksigen yang secukupnya. Jika rajin, ketika sepertiga perjalanan perlu ditukar air dengan air laut yang baru (dalam bekas berasingan).

 

➡ Untuk perumpun sarang, lebih baik jangan keluarkan dari sarangnya sehingga waktu hendak digunakan. Sentiasa lembapkan sarang dengan air laut yang baru.

Ads

 

➡ Potong bahagian ekor terlebih dulu kerana bahagian kepala mampu bertahan lebih dari 3 hari jika kelembapan dikekalkan.

 

➡ Selain itu asingkan umpun-umpun yang telah mati dengan yang hidup.

 

➡ Gunakan kertas surat khabar lembap dengan air laut sebagai pilihan. Tukar surat khabar selalu untuk kesegaran perumpun.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Tak Kumpau Punya!

Buat Perkara Ini Jika Hujan Ketika Mancing

 Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...