SOALAN :

Saya cukup berminat untuk memancing ikan tenggiri, masalahnya tidak tahu bagaimana hendak mencari spot tenggiri dan mengesan kehadirannya.

Boleh tak admin berikan sedikit tip?

 

JAWAPAN:

 

IKLAN

Ikan tenggiri sememangnya menjadi buruan utama dalam aktiviti memancing kerana ia merupakan spesies yang menghadirkan keseronokan ketika dipancing dan kepuasan tak terhingga apabila berjaya mendaratkannya.

 

Ikan tenggiri boleh dipancing hampir sepanjang tahun dan tiada musim khusus kehadirannya.

Namun kita boleh mengesan atau memburu tenggiri di tiga kawasan tumpuan utama iaitu di kawasan unjam, tukun (kapal karam) dan di atas kawasan terumbu karang.

 

Jika kita memancing di tiga kawasan tersebut, maka beberapa perkara atau faktor boleh dipantau bagi mengesan kehadiran tenggiri.

Faktor pertama yang paling ketara ialah apabila banyak kejadian ikan-ikan kecil melompat di permukaan air disusuli lompatan tenggiri.

Jika melihat kejadian ini, segeralah melayangkan apa saja umpan untuk memancingnya.

 

Kedua, ikan-ikan pelagik yang dicari dengan teknik apollo sering hilang bersama mata apollo sekali. Ia jelas membukti ada tenggiri yang mengerjakannya.

Kedua, kesan potongan (gigitan) pada umpan yang digunakan. Dalam hal ini anda perlu menguasai pengalaman memancing untuk membezakan ia adalah gigitan tenggiri, alu-alu atau ikan yu.

 

Dan ketika tetapi agak sukar untuk dipastikan bagi pemancing yang kurang berpengalaman ia cara sambarannya pada umpan.

Setiap ikan ada cara sambaran atau getuan tersendiri. Sekiranya ada yakin ia adalah perbuatan tenggiri maka gunalah peralatan yang betul untuk menjeratnya.