SOALAN:

Saya ingin tahu jenis ikatan mata kail atau sambungan tali yang sesuai dan faktor yang menyebabkan ikatan sering gagal ketika bertarung dengan ikan. Boleh tak admin bagi tip sikit?

JAWAPAN:

 

IKLAN

Tidak dapat dinafikan bahawa tali pancing adalah penghubung utama antara pemancing dengan ikan.  Jika ia putus sama ada pada awal, pertengahan atau lebih perit lagi pada penghujungjalan, tatkala pemancing bertarung, maka kesudahannya pemancing akan kehilangan hasil dan rasa menyesal tanpa kesudahan.

 

IKLAN

Justeru itu seorang pemancing perlu memahirkan diri untuk membuat ikatan yang kemas dan kuat supaya tidak akan menjadi satu penyebab mendatangkan kegagalan. Sebenarnya terdapat pelbagai jenis ikatan mata kail atau sambungan tali yang boleh dipelajari dan setiap satu itu boleh dipraktikan untuk menguji tahap ketahanannya.

 

IKLAN

Caranya cukup mudah kerana di dalam portal UMPAN ini ada disediakan contoh-contoh ikatan tali yang anda boleh pelajari. Layari saja segmen DIY di WWW.UMPAN.COM.MY

 

Selain itu perlu diketahui juga bahawa simpulan dan ikatan adalah titik paling lemah pada tali pancing. Ada berpendapat ikatan mengurangkan sehingga 50% kekuatan sebenar tali. Bayangkan ini hanya ikatan belum termasuk ikatan yang terluka, calar, genting dan sebagainya. Kekuatan tali turun mendadak dan terlalu mudah putus ketika bertarung.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI