Korang Tanya Umpan Jawab – (S6S5) – Setup Slow Jigging?

Share

 

SOALAN:

Saya baru berjinak-jinak dengan teknik memancing slow jigging. Boleh tak admin bagi cadangan setup ekonomi untuk kekili, joran, tali dan jig?

 

JAWAPAN:

Tahniah di atas keinginan saudara untuk meluaskan lagi skop memancing. Sebenarnya belum terlewat, malah inilah masa yang sesuai untuk mencuba teknik pancingan slow jigging.

 

Untuk pengetahuan saudara, ketika teknik slow jigging mula menjadi ikutan pemancing di Malaysia sekitar penghujung tahun 2014 dahulu, antara cabaran bagi pengamal aktiviti ini kesukaran untuk mendapatkan peralatan khusus untuk pancingan slow pitch jigging.

Terutamanya joran dan jig itu sendiri. Dua item inilah yang menjadi nadi utama skop jigging perlahan.

 

Kedua-dua item ini bukan sahaja sukar untuk diperolehi malah harganya harganya amat tinggi. Namun, hari ini sudah banyak syarikat pancing menghasilkan produk ini.

Malah produk klon atau oem sudah melempah di pasaran dengan harga di bawah paras ekonomi. Oleh yang demikian, saya tidak nampak di mana kesulitan untuk anda mendapatkan setup ekonomi.

 

Cuma, saya tidak pasti status ekonomi pada anda itu berada pada tahap bagaimana. Jika setup ekonomi pada anda dalam lingkungan harga di bawah seribu ringgit, saya percaya ia tidak mendatangkan sebarang masalah untuk memilikinya.

IKLAN