Apa pendapat admin terhadap tekong dan awak-awak ikut sama memancing, tetapi apabila ikan yang mereka dapat mereka ambil.
Bukannya diberi kepada pemancing yang mengeluarkan duit sewa bot. Dah la diorang yang dapat ikan lebih banyak… siapa offer kepada pemancing kalau nak beli ikan tu.
JAWAPAN:
Senario yang anda suarakan ini bukanlah perkara baru malah sudah kerap kali juga menjadi topik perbincangan.
Ads
Walau bagaimana pun saya akan cuba perjelaskan senario `pakej’ trip memancing yang ditawarkan oleh tekong atau pengusaha bot memancing.
Saya mengandaikan trip yang anda maksudkan ini ialah trip bottom laut dalam. Mungkin sebelum kejadian ini anda belum pernah sertai trip di mana tekong atau awak-awak tidak turut serta memancing.
Jika ikut sama memancing pun sekadar main-main dan jika dapat ikan akan diberikan kepada pemancing atau dijadikan lauk .
Ads
Namun terdapat juga tekong dan awak-awak ikut sama memancing (lazimnya di bahagian bot) dan ikan yang diperoleh akan menjadi milik mereka.
Kekeliruan ini berlaku kerana anda dinyatakan `pakej’ ini oleh tekong kerana mungkin mereka menyangka anda dan ahli trip yang lain sudah sedia maklum tentang perkara ini.
Ads
Kekeliruan ini juga tidak akan berlaku sekiranya anda bertanya terlebih dahulu `pakej’ yang ditawarkan olehnya.
Oleh yang demikian, ada baiknya anda buat sedikit homework sebelum menyertai mana-mana trip memancing.
Secara peribadi pula saya lebih gemarkan pakej ini kerana secara tidak langsung akan mendorong tekong untuk mencari lubuk yang bagus.
Bukan sekadar bawa pemancing ke sesuatu lubuk yang tidak pasti potensinya, kemudian labuhkan bot dan masuk tidur.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Aku ada member, Min… dia ni punya gebang boleh tahan la jugak. Katanya, dia pernah casting dapat ikan puyu guna gewang. Betul ke puyu makan gewang, Min?
JAWAPAN:
Pemancing ni memang ada pelbagai ragam. Ada yang sembang kencang tapi macam tong kosong. Ada juga yang kaki gebang tapi bukan sembang kosong. Contohnya macam member anda itulah. Bagi sesiapa yang tidak mengetahui tabiat pemakanan ikan puyu pasti menganggap ia hanya sembang bikin bimbang.
Untuk mengetahui kebenaran di sebalik kenyataan member anda memperoleh ikan puyu dengan teknik casting menggunakan gewang itu, kita mestilah melakukan sedikit kajian tentang diet ikan puyu.
Ikan puyu ialah haiwan maserba. Maserba membawa erti ikan puyu memakan hampir apa saja makanan. Di habitat asalnya, selain menjadikan tumbuhan akuatik, ikan puyu turut memakan serangga kecil atau moluska. Malah, dalam keadaan terdesak ikan puyu turut bertindak kanibal dengan memakan sesama spesies untuk kelangsungan hidup.
Atau dalam erti kata lainnya, apa saja gewang yang menyerupai diet pemakanan puyu yang melintas di hadapannya, berkemungkinan besar ia akan menyambarnya.
Secara peribadi pula saya tidak pernah casting puyu secara khusus tetapi pernah memperoleh puyu ketika casting haruan. Tidak pasti ia secara kebetulan atau tidak, puyu berkenaan benar-benar menyambar sesudu yang digunakan.
Malah saya pernah juga melihat rakan memperoleh puyu dengan menggunakan gewang mikro dan terbaru, umpan katak yang digunakan oleh seorang rakan untuk casting haruan turut sama berjaya mendaratkan seekor puyu yang agak besar saiznya.
Adakah semua gewang yang digunakan di air tawar boleh digunakan untuk air masin? Ataupun terdapat gewang yang khas untuk perairan air masin?
JAWAPAN:
Sebenarnya hampir semua gewang boleh digunakan di perairan air masin dan air tawar, kecuali gewang yang dihasilkan dari material logam yang mudah berkarat.
Namun ia bukanlah tidak boleh digunakan, sebaliknya kurang sesuai kerana bahan materialnya sahaja.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, semua gewang dicipta untuk menarik perhatian ikan bagi melihat, mendengar atau merasai pergerakan gewang tersebut.
Dan amat jarang kita temui gewang yang tertera pada kotak bungkusannya sama ada untuk kegunaan air masin atau air tawar sahaja.
Apa yang menjadi tidak boleh sebenarnya adalah diri kita sendiri. Mungkin disebabkan sudah terbiasa menggunakan sesuatu gewang tersebut hanya di perairan air tawar, maka
kita dengan sendirinya membuat garis panduan sendiri sehingga tidak berani untuk mencubanya di perairan lain selain air tawar.
Begitu juga dengan mata kail (mata tiga) yang terdapat pada gewang berwarna silver atau chrome dikatakan sesuai untuk air masin sahaja dan mata kail berwarna coklat atau hitam sesuai untuk air tawar sahaja.
Hakikat sebenarnya mata kail silver atau chrome boleh digunakan di air masin atau air tawar. Manakala mata kail coklat atau hitam kurang sesuai digunakan di air masin hanya kerana ia mudah berkarat, bukannya tidak boleh digunakan.
Tidak ketinggalan perkakasan terminal yang lain seperti split ring, snap atau snap swivel yang digunakan bersama bersama gewang sebaiknya pilihlah yang kalis air masin kerana ia boleh digunakan di kedua-kedua perairan.
Boleh tak admin berikan sedikit tips umpan apa yang boleh digunakan untuk memancing ikan patin liar sama ada di lombong atau sungai?
JAWAPAN:
Seperti yang telah kita ketahui, ikan patin cenderung menyukai kondisi perairan semulajadi yang liar. Patin liar biasanya memakan organisma reput, tumbuhan air dan juga beberapa haiwan.
Namun pemburuan patin liar tidaklah serancak patin kolam berikutan kesukaran untuk menyediakan umpan yang sesuai. Oleh yang demikian, kami dedahkan beberapa umpan alami yang berpeluang untuk korang strike ikan patin liar.
Ikan-Ikan Kecil
Ikan kecil patin sangat menyukai jenis ikan-ikan kecil. Ia tidak menghairankan kerana patin adalah haiwan omnivore malah menghampiri sifat karnivor. Oleh yang demikian dengan menggunakan ikan kecil, maka ada kemungkin patin akan menyambarnya.
Katak kecil
Jenis katak yang menjadi umpan patin adalah yang berukuran kecil. Jika terlalu besar, kemungkinan patin tidak akan menyukainya. Selain itu jenisnya harus katak sawah yang biasa kita temui di kawasan perkampungan.
Umpan Udang
Udang juga masuk ke dalam kategori umpan alami untuk patin. Caranya cukup mudah, iaitu dengan mencampurnya dengan pelet ikan ditambah sedikit air panas. Kemudian buatlah adonan.
Umpan Cacing Tanah
Cacing biasa anda temukan secara mudah di persekitaran rumah. Biasanya terdapat pada jenis tanah yang subur dan lembab. Jenis cacing gila lebih mantap lagi, kerana mempunyai ukuran yang besar. Akan lebih disukai oleh ikan patin.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...