SOALAN:

Apa yang menyebabkan ikan pemangsa menyambar atau menghentam gewang yang digayakan?

 

JAWAPAN:

 

IKLAN

Terdapat beberapa faktor yang membuatkan ikan menyerang atau menyambar gewang. Oleh kerana ikan direka cipta tanpa anggota tangan dan kaki, maka ia menggunakan mulut

atau anggota lain untuk menyambar, menyerang atau memeriksa gewang tersebut. Atau erti kata lainnya, ikan menyambar gewang bukanlah kerana satu sebab sahaja.

 

Antara faktornya ialah kerana lapar, sifat kewilayahan, tindakan pelindung, marah atau sifat cemburu.

IKLAN

Tidak dinafikan kebanyakan ikan pemangsa menyambar gewang kerana menyangkakan gewang tersebut adalah makanannya.

Oleh kerana itulah gewang direka cipta menyamai sifat-sifat ikan, udang, katak atau serangga lain yang menyerupai diet permakanan ikan pemangsa.

 

IKLAN

Faktor mempertahankan kawasan atau kewilayahan akan menyebabkan ikan bertindak dengan serangan sama ada dengan menggigit, memukul dengan kepala atau memukul ekor terhadap gewang.

Justeru itu banyak terdapat kes gewang mengenai badan pemangsa dan bukan kesemuanya berada di dalam mulut.

 

Selain itu ikan pemangsa bertindak terhadap gewang kerana menyangka gewang tersebut adalah pemangsa yang akan memakan anak-anak jagaannya.

Selebihnya adalah kerana sifat ingin tahu atau curiga. Dalam tindakan menyiasat dengan menggunakan mulut atau anggota badan yang lain itulah mata kail yang ada pada gewang menyebabkan statusnya sebagai pemangsa bertukar menjadi mangsa.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI