SOALAN:

Betul ke ikan pari hanya boleh dipancing di kawasan persisiran pantai? Sebab saya tengok kaki surfcasting yang banyak naikkan pari ni. Dan apa umpan terbaik untuk menjerat ikan pari?

baca juga rekod pari terbesar

 

JAWAPAN:

 

Ikan pari boleh dijumpai di laut dalam, persisir pantai, muara sungai atau pun di sesetengah kawasan sungai air tawar.

Lazimnya pari mendiami kawasan berpasir, kawasan berlumpur atau kawasan campuran lumpur dan pasir.

IKLAN

Dan ikan pari dikenali sebagai ikan yang amat gemar mencari makanan di dasar perairan.

 

Sememangnya pancingan di persisiran pantai atau pancingan pantai amat sinonim dengan pari. Malah, tidak dinafikan pari merupakan sasaran utama bagi penggemar aktiviti ini.

Keseronokan mendaratkan pari puluhan kilogram dengan kaedah ini amat mengujakan. Namun tidak bermakna pari hanya boleh dipancing di persisiran pantai.

Pancingan pari dengan menaiki sampan atau bot sudah lama dipraktikkan. Hanya ia tidak banyak digembar-gembur sebagaimana pancingan lain menggunakan sampan atau bot memancing.

IKLAN

 

Pada pengalaman saya waktu sesuai untuk memancing ikan pari adalah ketika arus tidak terlalu laju dan waktu di antara berlakunya perubahan pasang surut air.

Umpan yang biasa saya gunakan untuk memancing ikan pari adalah udang , sotong cumit , sotong jarum, sotong kurita, sotong katak kecil, ikan belanak, ikan kembung, selayang,

selar kuning yang dipotong dua, anak ikan bebolos, anak gelama, pumpun, ikan tamban dan ikan beliak mata walau bagaimana pun umpan kegemaran saya adalah belacak minyak yang dihiris isinya.

 

IKLAN

Penggunaan umpan mungkin berbeza mengikut tempat dan lokasi pancing. Adalah lebih baik sekiranya kita rujuk dengan penduduk setempat jika ingin kepastian.

Pari boleh di pancing tidak kira masa, sama ada pagi, petang atau malam.

baca juga kenali pari tanjung

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI