Ads

Korang Tanya Umpan Jawab -(S5S14)- Cara nak pancing sepat?

 

Soalan:

Di kampung saya banyak ikan sepat ronggeng dan saya difahamkan ikan sepat boleh dipancing.

Jadi, apakah peralatan yang sesuai untuk memancingnya seperti mata kail, tali, umpan yang sesuai?

 

Jawapan:

Ads

Soalan ini mengingatkan kembali memori zaman kanak-kanak di kampung yang mana memancing ikan sepat inilah bermulanya hobi memancing saya.

Malah saya percaya ramai di kalangan pemancing memulakan hobi ini dengan memancing ikan sepat atau puyu.

 

Secara asasnya, untuk memancing ikan sepat kita tidak perlu membeli alatan pancing yang selengkapnya. Memadai sekadar membeli mata kail dan tali tangsi.

Ads

Tidak perlu joran dan mesin kekili. Sebagai pengganti joran, kita boleh gunakan batang buluh, bertam, batang pelepah sawit, ranting kayu yang liat tapi lembut.

 

Jika inginkan keseronokan yang lebih bolehlah dapatkan joran beradu atau pole rod.

Caranya, tali tangsi atau tali benang diikat pada penghujung joran (panjang tali seeloknya sama panjang atau kurang sedikit daripada panjang joran) dan pada hujung tali diikat mata kail udang yang terkecil (halus) saiz 24.

Ads

 

Kemudian, pelampung (boleh guna polisterin atau getah selipar) yang kecil dan diikat antara 4 – 8 inci dari umpan bermata kail.

Umpannya pula adalah butir nasi, cacing, cacing pokok pisang, lumut, semut anai-anai atau yang paling best sekali, telur kerengga yang dibakar atau direbus sedikit.

Untuk lebih mudah boleh saja gunakan dedak ayam. Sebaiknya juga dedak ayam ditabur dahulu sebagai rasuah untuk memanggilnya berkumpul sebelum mula memancing.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Tak Kumpau Punya!

Buat Perkara Ini Jika Hujan Ketika Mancing

 Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...