Apakah ikatan mata kail yang sesuai untuk pancingan layaran atau keluarga ikan billfish khususnya di perairan Kuala Rompin, Pahang, yang terkenal dengan spesies ini?
Ads
JAWAPAN:
Bagi pancingan ikan trofi seperti layaran atau mersuji dari keluarga billfish (ikan berparuh), ada banyak jenis ikatan yang boleh anda buat seperti nail loop knot, loop knot, Rapala knot, buffer loop knot atau Harrison’s loop knot.
Ads
Untuk makluman anda juga, semua ikatan ini ada ditutorialkan dalam portal Umpan. Malah pelbagai jenis ikatan mata kail yang lain turut ditutorialkan. Anda boleh jelajahi http://www.umpan.com.my/category/tip-d-i-y/diy/
Ads
Sekiranya anda perhatikan juga, ikatan-ikatan ini berkonsepkan loop atau mata kail yang bergerak bebas dalam simpulan gelendung. Konsep ini sebenarnya sangat bagus kerana ia berupaya memanjangkan jangka hayat ikan umpan hidup yang digunakan. Ikatan ini membolehkan umpan ikan hidup bergerak lebih bebas dan tidak banyak membebaninya.
Namun jika di Kuala Rompin, saya lebih gemar menggunakan ikatan Harrison’s knot pada mata kail ketika menggunakan teknik drifting belon. Seperti kita sedia maklum, ikan layaran di perairan ini adalah ikon kita dan wajib melepaskannya semula. Justeru penggunaan mata kail circle hook (mata lingkar) adalah diwajibkan, kerana ia mengurangkan kecederaan pada mulut ikan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Boleh tak admin bagi tip bagaimana nak hook up siakap dengan betul? Tertekan dibuat setiap kali strike siakap lepas tu mata kail boleh lucut pulak.
JAWAPAN:
Tidak dinafikan peratus kejayaan untuk mendaratkan siakap adalah ketika melakukan hook up. Hook up atau selakukan sentapan balas selepas ikan membuat larian adalah praktikal. Kebiasaannya pemancing akan membenarkan umpan digonggong siakap seketika, kemudian apabila tali pancing menegang menandakan umpan mungkin mula ditelan ikan.
Mata kail terlucut kebiasaannya berpunca daripada beberapa sebab. Pertama, saiz mata kail yang kurang sesuai. Kes di sini mata kail adalah kecil berbanding mulut ikan (siakap). Saiz dicadangkan adalah 3/0 atau 4/0.
Kedua, mata kail terlalu besar untuk mulut ikan. Kemungkinan kes ini adalah mustahil kerana saiz 2/0 memang muat untuk siakap sekecil 500 gram. Ketiga, mata kail kurang tajam. Mata kail tidak akan kekal tajam buat selama-lamanya. Kesan cucukan kepada umpan dan sebagainya boleh menyebabkan mata kail tumpul. Pastikan mata kail tajam setiap kali memancing.
Keempat, terlalu cepat merembat umpan kerana ikan mungkin hanya menggonggong ketika melarikan umpan. Bagi masa lama sedikit supaya umpan betul-betul berada sepenuhnya dalam mulut ikan.
Kelima, teknik pasang umpan. Jika cangkok di bahagian ekor kurang menjadi cuba pasang mata dekat bahagian kepala udang. Jika menggunakan isi ikan, pastikan mata kail menembusi kulit isi ikan yang kadangkala mata kail gagal menembusi kulit isi ikan berkeadaan apabila disambar siakap.
Saya ada beberapa soalan mohonkan jawapan. Pertama, berapakah panjang joran yang sesuai untuk teknik casting? Kedua, adakah kekili multiplier casting sesuai untuk jigging? Ketiga, berapa kekuatan yang sesuai untuk acara jigging? Empat, bagaimana hendak membezakan gewang selaman dalam dan cetek?
JAWAPAN:
Pertama, teknik casting boleh dipadankan dengan joran yang panjangnya 2 hingga 2.5 meter. Ini bergantung kepada lokasi dan jarak yang diperlukan untuk melontar gewang ke sasaran. Selain itu, joran casting mesti ringan dan mempunyai rintangan yang baik.
Kedua, kekili multiplier lazimnya dicirikan sebagai kekili untuk trolling dan bottom fishing. Sementara kekili untuk casting dilabel sebagai baitcasting. Sekiranya anda maksudkan baitcasting untuk digunakan dalam teknik jigging, jawapannya boleh.
Namun ia lebih sesuai untuk light jigging dan pastikan baitcasting tersebut sesuai untuk kegunaan air masin.
Ketiga, bergantug kepada jenis jigging juga kerana terdapat beberapa kategori jigging dari micro jigging hinggalah heavy jigging. Oleh yang demikian kekuatan tali juga berbeza-beza. Oleh yang demikian kekuatan tali yang perlu digunakan dari 10lb hinggalah 100lb.
Keempat, jenis selaman gewang bergantung kepada reka bentuk lidah gewang. Jika lidah gewang besar dan menirus 30 darjah ke bawah bermakna ia adalah selaman dalam. Bagi selaman cetek, saiz lidah adalah kecil dan menegak ke bawah sehingga 80 darjah. Kadangkala ia berbentuk L kecil.
Terdapat juga gewang yang memiliki spesifikasi biasa tertera pada kotak pembungkus. Deep runner membawa maksud selaman dalam, floating pula menunjukkan gewang terbabit adalah aksi permukaan dan manakala shallow pula membawa maksud selaman cetek.
Sebagaimana kaki casting atau jigging, kaki pancing layang atau fly fishing juga memiliki ikan atau spesies monster yang menjadi sasaran. Semakin sukar spesies buruan sama ada untuk ditemui, diperdaya dan ditewaskan, semakin tinggilah nilainya sekaligus dinobat sebagai ikan trofi.
GOLDEN MAHSEER
Ikan kelah emas atau golden mahseer dikatakan menjadi antara trofi kebanggan kaki pancing layang. Dengan kekuatan dan keunikan bentuk dan warnanya sudah cukup untuk dijadikan trofi kemenangan. Selain kekuatan yang memang tidak boleh dipertikaikan, kesukaran menjejak spesies rare sungai pergunungan ini menjadikan tanggapannya begitu bernilai berbanding spesies lain.
ARAPAIMA
Arapaima merupakan antara ikan yang paling besar dan mengaggumkan. Spesies yang biasanya ditemui di Amerika Selatan dan keunikan ini sering mendapat perhatian kaki pancing seluruh dunia termasuklah pancing layang. Berikutan saiz dan kekuatan yang umpama mustahil untuk dijinakkan melalui pancing layang menyebabkan ia menjadi buruan utama kaki fly fishing.
TAIMEN
Ikan taimen juga dikenali sebagai river wolf oleh pemancing layang berikutan kekuatan lariannya yang begitu menakjubkan. Ikan taimen popular di Mongolia dan merupakan salmonid terbesar dalam kelasnya. Spesies ini biasanya dijumpai di bahagian atas Mongolia sehingga ke Timur Siberia. Sensasi pancingan gergasi ikan air tawar ini lain daripada yang lain.
GOLDEN DORADO
Spesies ini terkenal di bahagian Amerika Selatan. Golden dorado mempunyai kepala yang besar, rahang yang kuat dan gigi yang tajam. Panjang biasa ikan ini ialah 1 meter dengan warna emas meliputi badannya. Menurut kaki pancing layang pernah memancing spesies ini, ikan ini merupakan antara ikan yang paling agresif di Argentina.
MILKFISH
Milkfish atau ikan susu tergolong dalam keluarga besar Chanidae. Spesies ini boleh membesar sehingga 5 kaki panjang dan mencapai berat 40lb. Memancing ikan susu suatu ketika dahulu dianggap mustahil di kalangan kaki pancing layang. Namun kini ia tidak lagi mustahil malah memancing milfish menjadi satu trend kegilaan kaki pancing layang. Milkfish dikatakan menguji kesabaran dan teknik pemancing fly yang sebenar.
TIGERFISH
Ikan tigerfish merupakan ikan trofi yang sangat kuat dan ganas. Ikan yang berasal dari Afrika ini banyak ditemui di sungai-sungai di sistem Sungai Congo. Dengan giginya yang tajam dan besar, spesies ganas ini menjadi pengalaman yang menakjubkan bagi kaki pancing layang. Dengan kekuatan dan sebagai pemangsa yang ganas, spesies ini menjadi antara spesies lagenda ditangkap dengan pancing layang.
GIANT TREVALLY
Giant trevally atau GT bukanlah spesies yang sukar ditemui. Spesies ini boleh ditemui di kebanyakan lokasi terutama di lautan Pasifik dan Hindi. Namun, kekuatan dan reka bentuk badannya menghasilkan daya juang yang pasi memaksa pemancing untuk memerah sepenuh keringat ketika bertarung. Kekuatan GT dibantu dengan bentuk tubuhnya yang berotot, sirip pecktoral yang besar dan sirip kaudal yang besar.
TARPON
Sang tarpon merupakan antara spesies yang mempunyai daya juang yang menakjubkan. Selain staminanya yang tinggi di dalam air, keupayaan di udara ketika melompat keluar permukaan air juga merupakan antara abilitinya yang sering mengecewakan pemancing. Kombinasi rahang yang kuat, kemampuan ketika di udara dan stamina yang tinggi menjadikan spesies ini pejuang yang hebat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...