
SOALAN:
Assalamualaikum admin… saya selalu dengar orang pancing ikan toman pakai anak itik. Tapi macam mana nak guna anak itik?
JAWAPAN:
Waalakumusalam… apa yang anda dengar tu memang ada kebenarannya. Terdapat dua kaedah memancing toman atau haruan menggunakan anak itik sebagai umpan.
Pertama, kaedah ini pernah digunakan di negara kita suatu ketika dahulu terutamanya untuk memancing toman.
Caranya, mata kail diikat pada kaki anak itik dan kemudian anak itik tersebut dibiarkan berenang bebas di kawasan yang dipercayai adanya toman. Teknik ini agak sedikit kejam kerana menjadikan anak itik tersebut sebagai umpan sepenuhnya.
Manakala satu lagi teknik ialah dengan menggunakan anak itik sebagai pengumpan. Yang mana salah satu tajur (diikatkan anak itik) digunakan untuk mengumpan toman atau haruan, satu lagi tajur berumpan dan mata kail akan dihulurkan apa kelibat haruan atau toman muncul untuk membaham anak itik tersebut.
Namun sebagai seorang pemancing rekreasi, tidak perlulah kita mengaplikasikan teknik memancing menggunakan umpan anak itik.
Kita guna sajalah umpan tiruan atau gewang yang sedia ada untuk memancing haruan mahupun toman.
KORANG TANYA UMPAN JAWAB (S3S14) – Pasang surut air laut?**

SOALAN:
Bagaimana caranya untuk mengingati dengan mudah pasang surut air laut? Ia kadang-kadang agak keliru dengan perkiraannya.
JAWAPAN:
Kejadian pasang surut air laut merupakan bentuk gerakan air laut yang terjadi apabila terdapat pengaruh gaya tarik bulan dan matahari terhadap bumi.
Arus ini dapat dilihat jelas di perauran muara sungai dan ke tepian pantai. Apabila air laut bergerak pasang maka terlihat gerakan arus laut yang masuk ke dalam alur sungai, sebaliknya ketika air laut bergerak menuju surut, maka terlihat gerakan arus laut mengaliar keluar (ke laut).
Cara untuk membacanya dengan menggunakan kalendar lunar atau kalendar Islam.
Arus pasang surut dibahagikan kepada dua iaitu:
Pasang besar terjadi pada tanggal 1 (bulan baru) dan tanggal 15 (bulan penuh). Pasang besar ialah peristiwa di mana air pasang naik dan pasang surut tertinggi (besar).
Kedudukan bumi-bulan-matahari berada pada satu garis sehingga kekuatan gaya tarik bulan dan matahari berkumpul menjadi menarik permukaan bumi. Permukaan bumi yang menghadap ke bulan mengalami pasang naik besar.
Untuk aktiviti memancing, 4 hari sebelum dan selepas bulan baru dan bulan penuh tidak begitu sesuai disebabkan arus laju.
Pasang bani (mati) ialah peristiwa terjadinya pasang naik dan pasang surut terendah (kecil). Pasang kecil ini terjadi pada tanggal 7 dan 21 kalendar Islam.
Pada kedua tanggal tersebut posisi matahari-bulan-bumi membentuk susut 90 darjah. Gaya tarik bulan dan matahari terhadap bumi berlawanan arah sehingga kekuatannya menjadi berkurang (saling melemahkan).
Bagi pemancing, 3 hari sebelum dan selepas air pasang bani amat bersesuaian untuk memancing kerana arus tidak laju.
Secara peribadi, pergerakan arus deras hanya menyulitkan kita memancing. Ikan perlu makan dan ia tidak berhenti makan pada masa apa pun. Kebanyakan ikan mega yang diperolehi lazimnya ketika arus laju!
Korang Tanya Umpan Jawab – Apa kelebihan perambut fluorocarbon dengan monofilament??

SOALAN:
Apa kelebihan dan perbezaan jika menggunakan perambut biasa dengan perambut fluorocarbon?
JAWAPAN:
Jika hendak dinyatakan perbezaan antara perambut biasa (tak pasti perambut jenis dan material apa perambut yang dimaksudkan tetapi admin anggap ialah monofilament nylon) dengan perambut fluorocarbon, rasanya umum dan meluas.
Terlalu banyak aspek yang boleh diperkatakan berkenaan dua jenis perambut ini.
Secara ringkas, umunya penggunaan perambut atau leader bertujuan untuk memberikan regangan terutama jika menggunakan tali utama daripada jenis tali sulam atau braided kerana leader bersifat stretch (meregang).
Namun tidak bermakna perambut tidak perlu digunakan sekiranya tali utama yang digunakan adalah dari jenis tali tangsi.
Ini kerana fungsi perambut bukanlah sekadar untuk memberikan regangan sahaja.
baca juga perambut pancing muara
Bagi penggunaan leader dari jenis fluorocarbon pula, kelebihan tali jenis ini ialah keupayaan invisibilitinya ketika di dalam air lantas mengurangkan kenampakan tali di dalam air.
Ini terjadi kerana material fluorocarbon adalah dari kristal yang bersifat telus pandang. Kelebihannya membolehkan peratusan ikan mengambil umpan adalah lebih tinggi.
Dari aspek lain pula sifat fluorocarbon adalah lebih keras berbanding nylon. Oleh yang demikian lebih tahan lasak dan tidak mudah luka atau putus apabila bergesel dengan struktur pepejal yang tajam di dalam air.
Malah fluorocarbon juga tidak mudah kerinting atau berpintal sebagaimana tali nylon.
Walaupun ada juga kelebihan tali nylon berbanding fluorocarbon namun dalam banyak aspek ia nyata mengatasi nylon terutamanya pada harganya. Tali fluorocarbon ini agak mahal berbanding tali mono biasa.
Sekiranya tidak mampu, gunakanlah perambut biasa tetapi ia amat penting sewaktu memancing spesies yang lebih sensitif.
Apa pendapat anda? Harap dikongsi artikel ini kepada semua pemancing.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan & IG
Korang Tanya Umpan Jawab – Apa hukum berniaga kolam pancing berbayar??

Apa yang dimaksudkan dengan gharar ialah transaksi yang tidak jelas hasilnya. Jual ikan dalam air, belum tentu berapa ekor dapat.
Kalau beli ikan di pasar borong RM20, jelas berapa ekor dapat. Tapi beli ikan yang ada dalam air, belum tentu dapat seekor. Itulah maksud gharar, suatu yang tak jelas hasilnya.
Namun begitu, dalam konteks perniagaan memancing, caj yang dikenakan itu bukanlah untuk ikan, tetapi untuk ruang dan memancing, dan pengguna tahu dan sedar hal ini.
Caj juga dikenakan berasaskan tempoh masa, bukannya berapa ekor ikan yang diperoleh. Oleh itu, larangan jualan ikan di air tidak termasuk dalam konteks perniagaan kolam memancing.
Sekali pun begitu, unsur gharar masih wujud juga dalam perniagaan ini, kerana bagi seorang kaki pancing, mereka bukan sahaja mahu membayar untuk memancing, tetapi jika boleh mereka tetap mahu ikan dan hasil pancing.
Dengan kata lain, jika tidak dapat ikan, mereka tetap rasa kecewa. Namun ini tidak bererti mereka menyesal membayar harga caj kolam memancing dan mereka tidak berkira sangat tentang hal ini.
Justeru, konteks gharar yang wujud dalam kes ini adalah gharar yang kecil. Dalam situasi lain, pengguna tidaklah berkira sangat jika dia dapat enam ekor, tapi kawannya dapat 10 ekor, walau pun cajnya sama, tapi jumlah ikan berbeza, pengguna umumnya tidak berkira.
Ini menunjukkan gharar yang wujud adalah kecil. Pada tahap ini, ia masih diharuskan kerana pengguna tidak merasa tertipu.
Untuk mengelakkan berlaku gharar yang besar, penyedia kolam perlulah sediakan jumlah ikan yang cukup.
Jika 20 orang memancing 5 jam, dan 20 orang itu tak dapat satu ekor pun ikan, mungkin ada yang tak kena dengan ikan-ikan dalam kolam itu, atau ikannya cuma ada 2-3 ekor sahaja.
Jika majoriti pengguna rasa tertipu, maka dianggap wujudkan gharar yang dilarang oleh Nabi SAW dalam hadis di atas.
baca juga punca ikan boleh lemas
Kesimpulannya, perniagaan kolam memancing adalah harus, kerana caj yang dikenakan bukanlah kerana ikan, tetapi kerana ruang dan kemudahan yang disediakan.
Namun penyedia perlulah sediakan ruang pancing yang munasabah pada anggapan pengunjung.
(Sumber: muamalat.my)
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan