
SOALAN : Admin, saya peminat teknik jigging. Masalahnya saya sering keliru dengan pemilihan warna jig. Boleh berikan tip untuk memilih warna jig?
JAWAPAN : Pemilihan warna jig sebenarnya bolehlah dikatakan agak subjektif. Sehingga kini, tiada satu pun formula yang boleh menetapkan warna-warna tertentu pada jig akan berjaya menjerat sesuatu jenis ikan. Contoh, jig warna hijau akan diambil gerepoh atau warna biru akan diambil spesies jenahak atau sebagainya.
Setiap pemancing mungkin mempunyai pendapat sendiri berdasarkan pengalaman sendiri atau pengalaman pemancing lain. Namun beberapa faktor mungkin boleh diambil kira ketika membuat pemilihan warna jig.
Antaranya ialah spesies sasaran serta keadaan cuaca yang mempengaruhi variasi pilihan warna jig seperti cerah, mendung, posisi matahari, keadaan air dan ombak serta kedalaman air. Perlu diingat warna jig berbeza apabila bertindak balas dengan faktor bagaimana cahaya menembusi air.
Walau bagaimana saya mengesyorkan warna-warna pink, hijau, biru, serta silver harus ada di dalam bekas simpanan jig apabila turun berjigging. Untuk tip tambahan, anda bolehlah bertanyakan pada tekong. Lazimnya tekong ada formula sendiri pemilihan warna jig berdasarkan pengalaman mereka yang terbukti lebih luas.
Soal Jawab Mancing – Mohon Keyakinan Nak Guna Set Ultralight?

SOALAN:
Saya tengok sekarang ni teknik memancing UL semakin diminati. Jadi boleh tak admin tulis sikit pasal UL ni? Apa jenis rod dan spinning reel / baitcaster yang sesuai? Saiz maksimum reel? Tali tangsi atau benang?
JAWAPAN:
Secara ringkasnya metod pancingan UL atau ultralight casting ni menggunakan peralatan pancing yang sangat ringan. Namun spesifikasi UL ni agak kompleks. Jadi, apa kata tengok pandangan penggemar UL di negara kita ni.
“Spec mesti tak lebih 6pound, max drag 3kg kebawah.”
- AL-Imran Muhamad
“Basiclly harus tanya diri kenapa anda minat ultralight game? Agar penggunaan set yang betul tidak disalahertikan.”
- Indra Irwan Ismail
“Rod spec UL max 2-6lb atau lebih rendah, reel biasa pakai spinning je saiz max 1000 atau lebih kecil 500. Tali max 6lb benang atau tangsi, leader boleh tebal sikit dlm 8-10lb.”
- Mekail Ibn Mazlan
“Reel: Max drag 3kg (Max reel size 2000), rod: Max 6lbs, mainline: Max 6lbs. Leader: Max 15lbs, lures: Max 7g. Buat masa ni, inilah yang masih diguna pakai oleh kebanyakan pengemar UL.”
- Mansawi Hj Mansa’at
“Baru terjebak untuk UL, spec semua kena max 6lb. Reel, rod dengan mainline. Reel: max drag 6lb, rod: line 6lb max, contoh 3lb-6lb. Kalau 4lb-8lb dah masuk light, bukan ultralight. Mainline: 6lb max, tak kisah mono atau braided, ikut selesa masing-masing.”
- Ismail Ahmad
Kesimpulannya, admin sependapat dengan semua komen netizen di atas. Namun, admin tidak terlalu taksub kepada sesuatu konsep memancing.
Dunia dan hobi memancing ini sudah sedia kecil, jadi jangan dikecilkan lagi dengan pelbagai konsep yang boleh memecahbelahkan silaturahim antara pemancing.
Korang Tanya UMPAN Jawab (S3S6) – Apa Itu Gewang?

SOALAN:
Boleh tak tuan admin jelaskan apa maksud GEWANG yang sebenarnya? Sehingga sekarang saya masih keliru antara gewang, jig dan juga spoon.
JAWAPAN:
Gewang adalah umpan tiruan yang diperbuat dari kayu, besi,logam, plastik, bulu binatang atau bulu unggas, benang, kain, getah dan lain lain yang bertujuan untuk mensimulasi dan mengalakkan ikan menyambar untuk makan atau pun untuk mempertahankan diri. Di bawah badan, di bahagian ekor atau yang tersembunyi terdapat mata kail untuk menacapkan ke badan ikan. Ianya dicipta untuk menjadikan ikan tidak mampu menahan godaan atau sekurang-kurangnya secara mental.
Ikan menyambar gewang dengan sebab ia lapar, marah, cemburu, menjaga anak-anaknya atau menjaga wilayahnya. Oleh itu kebanyakan gewang yang dicipta mengambil bentuk ikan atau silauan ikan atau pergerakan sebagai nilai utama penciptaannya. Terdapat berbagai jenis gewang di pasaran yang dipecahkan kepada beberapa kategori seperti plug, spinner, spoon dan pelbagai lagi.
SPINNER
Mempunyai satu atau dua blade atau kipas yang berputar sekeliling wire shaft. Setengah spinner mempunyai ekor yang diperbuat dari bulu binatang atau plastik lembut (soft plastic).
PLUG
Plug mempunyai badan yang diperbuat dari kayu atau plastik dan dicipta untuk digunakan dipermukaan air atau di bawah permukaan air. Topwater atau plug timbul dicipta untuk timbul dipermukaan air sementara plug menyelam dicipta untuk menyelam kekedalaman yang dikehendaki dengan adanya bibir atau lips yang diperbuat dari plastik atau logam.
SPOON
Spoon atau sesudu adalah gewang yang diperbuat dari logam dan menyerupai anak ikan atau ikan yang bergerak.
FLY
Fly adalah gewang kecil yang ringgan dan diperbuat dari bulu binatang atau ayam, benang dan cork atau cebisan kayu dan plastik yang menyerupai umpan hidup seperti serangga, ikan, udang dan ketam.
SOFT PLASTIC
Gewang soft plastic diperbuat dari sejenis plastik yang lembut dan menyerupai umpan semulajadi seperti cacing, ulat, ikan, udang, lintah, dan lain lain. Pengunaan umpan dari jenis ini boleh digunakan begitu sahaja atau dengan penggunaan mata kail jari jenis jig head. Umpan dari jenis ini juga ada mempunyai bau-bauan yang disemadikan bersamanya.
JIG
Jig adalah kepingan logam (tungsten, timah dan sebagainya lagi) yang dibentuk menyerupai replika berbentuk atau menyamai aksi ikan. Lazimnya ia digunakan dalam teknik mengunjun atau jigging yang kini menjadi trend memancing.
JIG HEAD
Jig mempunyai pemberat pada badannya atau menpunyai kepala logam yang berat dengan ekor yang diperbuat dari bulu binatang atau bulu ayam, soft plastic, getah atau benang.
Korang Tanya Umpan Jawab – Salah Ke Guna Rod Casting Dengan Reel Spinning??

Bercakap pasal boleh atau tidak ini agak subjektif sikit. Umpama memakai selipar terbalik. Tentu korang waktu kecil-kecil dulu pernah memakai selipar terbalik, kan? Boleh ke tak boleh pakai selipar terbalik? Boleh tu memanglah boleh cuma ia tidak selesa. Samalah keadaan jika menggunakan joran dan kekili yang tak sepadan.
Kekili menegak atau multiplier jika dipadankan dengan joran mendatar (spinning), kesannya akan mengurangkan kecekapan pada kekili dan juga joran. Salah satu sebabnya ialah kekili menegak memerlukan joran yang mempunyai cincin yang lebih rapat berbanding kekili mendatar.
Ini dapat kita lihat sendiri pada joran kekili mendatar dan joran kekili menegak yang sama panjang. Sebagai contoh, jika joran kekili mendatar sepanjang 6 kaki memiliki 7 cincin, joran kekili menegak pula memiliki 9 cincin.
Ketika joran melentur, tali pancing akan ikut lenturan pada joran. Semakin kuat tekanan lenturan diterima, tali akan melepasi joran menjadikan joran akan melentur dalam keadaan yang tidak seimbang. Kecekapan joran akan menurun dan tidak lagi mampu menampung daya lenturan yang dikenakan. Tali akan menyentuh joran ketika lenturan berlaku. Lenturan joran akan menjadi tidak seimbang.
Seperkara lagi, menggunakan kekili menegak dengan joran kekili mendatar umpama kita membongkok melawan arah. Apa akan jadi jika kita membongkok ke belakang?