Hai admin, boleh tak admin kongsikan sedikit tip memancing ebek?
JAWAPAN:
Ads
Pada Asasnya, ikan ebek merupakan salah satu daripada pemangsa marin dalam kitaran makanan lautan. Ebek sering menjadikan ikan kecil, sotong, obor-obor dan krustasia sebagai mangsanya sekali gus menjadikan senarai tersebut sebagai diet makanan utama. Di Malaysia, akses lokasi atau lubuk untuk memancing ebek tidak sesukar mana. Bermula dari kawasan muara sehinggalah ke laut lepas.
Ads
Ads
Antara lokasi terbaik memancing ebek ialah di kebanyakan perairan Terengganu dan Pahang. Waktu sesuai untuk memburu ebek dikatakan sekitar bulan Februari hingga Jun setiap tahun. Lubuk terbaik untuk memburu ebek ialah di kawasan yang mempunyai struktur seperti batu atau karang. Selain dipancing dengan menggunakan umpan konvensyional, ebek turut menjadi spesies idaman penggemar teknik jigging menggunakan kepingan besi atau jig. Tidak dinafikan dalam sukan memancing, ebek merupakan antara spesies buruan berikutan aksi pertarungan yang dipersembahkannya.
Ebek boleh dipancing dengan teknik dasar atau jigging/light jigging di kawasan berbatu. Jig yang dipilih sebaiknya warna silver, hijau. Tetapi warna jig yang terang seperti pink, juga boleh, namun bergantung juga kepada lokasi, air, kedalaman air. Diet utama ebek ialah krustasia bergerak perlahan. Jadi umpan yang efektif yang mungkin anda boleh cuba ialah udang hidup. Selain itu, tamban, ketam angin dan sotong cumit juga boleh digunakan. Gunakan perambut yang panjangnya sekitar 3 kaki ke atas.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Keli limbat atau ikan limbat merupakan salah satu spesies ikan daripada genus Clarias. Nama spesiesnya pula ialah C. nieuhofi dan biasanya mempunyai ukuran badan yang lebih panjang berbanding keli biasa dan warna badannya ialah kuning.
Spesies ini semakin sukar didapati namun biasanya lokasi pancingan sesuai bagi spesies ini termasuklah kawasan sawah, kawasan air yang sedikit mempunyai struktur kayu atau belukar dan juga kawasan yang tidak terlalu dalam.
Umpan yang sesuai bagi memancing limbat termasuklah cacing, serangga, cengkerik dan juga hati ayam. Untuk lebih mudah, anda boleh menggunakan teknik dan umpan yang sama dengan pancingan keli kerana sifat pemakanan bagi spesies ini masih sama dengan spesies daripada genus Clarias yang lain.
Untuk keterangan yang lebih lanjut berkenaan info spesies ikan limbat ini anda bolehlah layari laman web www.umpan.com.my dan buat cari IKAN LIMBAT dalam segmen IKAN AIR TAWAR. Anda juga boleh ketahui taktik & teknik pancingan ikan ini dalam segmen Tip & Info.
Saya baru mula berjinak-jinak dengan memancing dan sering memancing gelama di sekitar tempat tinggal saya. Soalan saya, apakah umpan yang terbaik untuk memancing ikan gelama?
Jawapan:
Ikan gelama merupakan antara spesies ikan yang seronok dipancing dan memiliki peminatnya tersendiri.
Antara sebabnya adalah kerana ia mudah ditemui. Malahan taburannya memang banyak di pesisir pantai di Malaysia.
Ia juga bukanlah spesies yang sulit untuk dipancing.
Bagi spesies gelama, tidak sukar untuk memilih umpan yang tepat. Perumpun dan udang kopek antara umpan terbaik bagi memancing gelama.
Begitu juga dengan isi ikan atau sotong. Malah saya sendiri cukup suka menggunakan isi ikan belanak yang dihiris, untuk memancing gelama.
Ini kerana ia liat dan tidak mudah habis dikutil oleh ikan kecil.
Sementara teknik pancingan gelama juga tidaklah terlalu rumit. Boleh dikatakan apa saja teknik perambut boleh digunakan asalkan dipancing dengan konsep pancingan dasar.
Terpulanglah sama ada ingin menggunakan perambut dua atau satu mata untuk memancing spesies ini. Malah untuk menggunakan apollo berumpan pun boleh.
Soalan ini mengingatkan saya pengalaman memancing di One Phantom Bank di mana ketinggiannya melebihi 5 meter. Oleh yang demikian teknik pancingan hampir sama saja dengan memancing di atas kapal yang tingginya 5 meter.
Joran yang sesuai digunakan sebaiknya joran panjang melebihi 8 kaki dengan aksi berat. Joran yang panjang member kelebihan apabila ikan yang dipancing bertindak berenang ke bawah kapal. Joran panjang mampu mengekang larian ikan berbanding joran yang lebih pendek.
Namun, penggunaan joran panjang perlulah juga disepadankan dengan pemilihan tali pancing yang betul. Sebaiknya gunalah tali tangsi atau mono berbanding tali sulam atau braided. Tali mono lebih tahan geseran berbanding tali sulam.
Perkara ini penting kerana kita perlu mengambil kira keadaan badan kapal di alam air yang lazimnya dipenuhi teritip tajam. Apabila ikan berenang ke bawah kapal dan dengan mudah tali sulam air putus apabila bergesel dengan badan kapal. Sebaliknya tali mono lebih tahan. Dan perlu juga guna tali mono berkuatan sekurang-kurangnya 30lb.
Setting peralatan begini juga membolehkan ikan yang dipancing dinaikkan ke kapal dengan selamat. Tetapi jika ikan yang diperoleh bersaiz besar, anda perlu menggunakan alat tambahan.
Biasanya saya menggunakan tali yang diikatkan mata tiga bersaiz besar yang berfungsi sebagai penyangkok. Ikan tersebut perlulah dilayan sehingga letih, kemudian barulah diturunkan tali bermata kail itu untuk menyangkoknya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...