Ads

Korang Tanya UMPAN Jawab (S2S17) – Persoalan air dan cuaca??

SOALAN: Saya ingin bertanya adakah air, ombak dan cuaca menjadi penentu untuk seorang kaki pancing itu mendapat ikan.

 

JAWAPAN: Dalam memancing, tentu saja faktor air merupakan perkara utama yang perlu difikirkan. Tak kiralah sama ada pancingan di laut, sungai, tasik atau lombong, apa-apa perubahan pada sifat atau suhu air akan mempengaruhi penghuninya (ikan) dari aspek keaktifan dan kesihatannya. Bila ikan tidak aktif maka umpan yang digunakan untuk memancingnya sudah pasti tidak akan disentuh dan kita akan pulang dengan kecewa.

Ads

 

Ads

Begitu juga dengan proses pasang surut air laut. Perubahan pasang surut air laut amat penting malah boleh menjadi faktor dalam hasil tangkapan. Faktor pasang surut air bergantung pada tarikan graviti bulan. Ini kerana ada sesetengah ikan amat aktif mencari makan ketika air surut dan sesetengah lagi ketika air pasang. Dan ada juga ikan yang pasif ketika air surut dan sebaliknya ketika air pasang.

Ads

 

Keadaan angin pula mempengaruhi keadaan ombak. Apabila angin bertiup kencang yang menyebabkan ombak besar, ikan-ikan kecil akan pergi ke kawasan yang lebih terlindung. Oleh yang demikian, ikan-ikan besar yang menjadikan ikan-ikan kecil ini sebagai diet pemakanan mereka akan turut ke kawasan yang lebih terlindung kerana memburu ikan kecil. Jika keadaan hujan pula, ikan akan cenderung pergi lebih ke arah laut kerana saliniti air berkurangan di pantai akibat hujan. Sebaik-baiknya, lihat cuaca dan jadual pasang surut air sebelum memancing.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Tak Kumpau Punya!

Buat Perkara Ini Jika Hujan Ketika Mancing

 Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...