Soalan:

Apakah yang dimaksudkan dengan gewang permukaan,gewang timbul, selam dan terapung atau suspended serta fungsinya?

 

Jawapan:

Gewang merupakan umpan tiruan yang digunakan sebagai ganti kepada umpan tradisi seperti cacing, udang, ikan dan sebagainya.

Sebagaimana yang dinyatakan, gewang ini terbahagi kepada ke beberapa aspek dan fungsi yang berlainan. Berikut disenaraikan jenis gewang dan fungsinya.

 

Gewang Permukaan (TOP WATER LURE)

IKLAN

Korang Tanya, UMPAN Jawab (S1Q2) – Jenis Gewang & Fungsinya ®

Gewang permukaan atau ‘Top water /surface lure’ merupakan gewang yang bergerak di atas permukaan air.

Tujuan gewang ini adalah untuk menyerupai ikan atau binatang yang berenang di atas permukaan air. Penggunaan gewang daripada jenis ini adalah dengan mengerak gewang secara ‘popping’, karau beberapa kali, berhenti dan karau semula atau dengan teknik “walk the dog”, bergantung pada jenis gewang yang digunakan.

Terdapat beberapa jenis gewang yang dikatakan top water seperti popper, pencil, katak tiruan dan berbagai lagi. Di dalam istilah pergerakan gewang terutamanya bagi gewang jenis plug, terdapat beberapa istilah iaitu, gewang timbul (floating), gewang tenggelam (sinking) dan gewang terapung (suspending).

 

IKLAN

Gewang Timbul (FLOATING )

Gewang daripada jenis ini mempunyai daya timbul di mana penggunaannya adalah untuk membaling gewang dan mengarau balik gewang yang akan tenggelam pada had yang di maktubkan oleh pembuat gewang tersebut dan apa bila ia dihentikan karau, gewang tersebut akan timbul, tunggu beberapa saat dan karau semula.

Gewang timbul digunakan untuk memancing di kawasan yang mana terdapat batu atau kayu balak yang tenggelam. Karau gewang dengan perlahan dan apabila terasa sentuhan kayu atau batu, berhenti karau dan biarkan gewang timbul melepasi halangan serta karau semula.

 

Gewang Tenggelam (SINKING)

IKLAN

Gewang daripada jenis ini mempunyai daya tenggelam pada kiraan, satu saat satu kaki, ia digunakan apabila kita hendak memancing di kedalaman yang diperlukan.

Cara penggunaan adalah dengan melontarkan gewang dan kira satu, dua, tiga dan gewang akan tenggelam pada kadar kiraan kita.

Selepas kedalaman telah diperoleh maka karaulah gewang tersebut dan apabila karau dihentikan maka gewang akan tenggelam semula.

 

Gewang Terapung (SUSPENDING)

Gewang daripada jenis ini akan terapung apabila kita berhenti mengarau. Ia akan kekal pada kedalaman yang dihentikan.

Cara penggunaan gewang ini adalah dengan membaling gewang dan mengarau beberapa saat dan berhenti untuk beberapa ketika sebelum dikarau semula.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI