Untuk memancing ikan-ikan sasaran sebagaimana yang dinyatakan, saya mencadangkan anda gunakan perambut dari jenis fluorocarbon berkuatan 30lb sepanjang 1 hingga 1.5 depa dan mata kail saiz 1/0- 2/0.
Umpan pula saya lebih sarankan udang hidup dan juga perumpun.
Namun, untuk memancing sasaran utama muara seperti siakap, saya menggalakan anda guna perambut dupont 30lb sepanjang satu depa dengan mata kail 2/0.
Ads
Umpan pula udang hidup atau ikan hidup. Sekiranya menggunakan umpan ikan hidup, sebaiknya ikan itu dicangkuk pada bahagian tengkuk ikan.
Sekiranya menggunakan udang hidup pula, cangkuklah pada bahagian ekor. Dan jika ingin menggunakan umpan ikan tamban segar, sebaiknya potonglah bahagian sirip ekor dan cangkuklah pada bahagian batang ekor.
Ads
Perambut dupont sangat sesuai untuk pancingan siakap kerana profil permukaan perambut itu keras dan kuat tanpa perlu menggunakan perambut dawai atau wayar.
Berbanding perambut fluorocarbon pula ia lebih elastik yang membolehkan umpan hidup bergerak lebih bebas dan tahan lama.
Ads
Kalau untuk pancingan semasa air berarus pula, amat disyorkan menggunakan teknik langsung tanpa pelampung. Sekiranya tiada arus barulah gunakan pelampung.
Namun, jika anda rajin bolehlah gunakan teknik casting. Teknik casting sebenarnya lebih mencabar dan menyeronokan bagi pancingan siakap.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Rasa-rasanya pantang larang ni direka oleh pemancing yang kerjayanya ialah doktor gigi kerana sebab kenapa tak boleh potong tali pancing dengan gigi tak dinyatakan. Dari aspek kesihatan memang tak bagus gigit tali pancing ni apatah lagi kalau gigit tali sulam.
Katanya, jika di sungai yang dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh mengamuk!
Kalau betul buaya tak suka kunyit maka senanglah nak tangkap buaya di sungai. Tapi saya percaya orang yang cipta pantang larang ni ada niat yang tersembunyi kerana kunyit dipercayai ramuan yang bagus untuk dijadikan umpan memancing.
Dilarang patah balik ke rumah sekiranya ada tertinggal barang pancing. Ada yang beranggapan akan berlaku perkara tidak baik dan juga tidak akan dapat hasil tangkapan atau kumpau. Pening juga memikirkan logik pantang larang jenis ni.
Iyalah… kalau dah barang penting seperti gewang atau kotak pancing tertinggal, takkan tak nak berpatah balik kot? Nak pancing guna apa kalau teruskan jugak perjalanan nanti.
Larangan jenis ini memang saya sendiri pun setuju sangat… hahaha. Iyalah, kalau terhidu sesuatu yang wangi lain macam atau ternampak api terbang ke bunyi mengilai ke… diam-diam sudah. Kalau tak tahan, cabut je jangan cakap banyak. Kalau nak cabut tu jangan cabut seorang diri je, ajak la rakan sekali walaupun dia tak nampak apa-apa.
Admin percaya masih ramai yang berpegang pada pantang larang mengarut ni sebab takut akan kumpau jadianya. Pantang larang ni sebenarnya ada baiknya juga tetapi kalau percaya akibatnya akan jadi kumpau itu yang mengarut.
Ia lebih kepada etika memancing sebab kalau kita langkah joran member yang mahal harganya dan terpijak lalu patah… tak ke termenung sekejap nak kena bayar ganti rugi.
Bagi pemancing ikan kelah tentu setuju dengan pantang larang yang ini. Iyalah… perbuatan mengocak air boleh menyebabkan kelah yang terkenal penakut akan lari keluar dari lubuk. Tapi kena tengok lokasi memancing juga.
Kalau memancing kat kolam, takkan tak boleh basuh tangan guna air kolam tu. Kalau memancing kat parit yang airnya macam longkang, admin pun tak nak basuh tangan.
Ada juga beranggapan makhluk di bawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan alas kaki seperti selipar atau kasut yang kotor. Kalau inilah sebabnya, nampak sangat dah jauh merapu.
Kalau ada yang buat pantang larang macam ni elok dengan dia sekali dihumban ke dalam air. Boleh ke korang berkaki ayam pijak lantai bot pada waktu panas terik?
Malas nak ke kedai pancing? Apa susah, korang boleh beli barang pancing secara online. Pilih saja apa barang yang korang nak. Begitu jugak kalau korang nak jual barang pancing. Lagi dengan secara online. Tapi sebelum tu elok juga korang buat homework dulu sebelum jual barang pancing ni.
Identiti Penjual
Kenal pasti dahulu maklumat si penjual. Sama ada dia aktif membuat jualan online. Kalau tak aktif, abaikan saja. Tapi yang penting, pastikan dulu dia menjual barangan pancing, bukannya barang dapur atau barangan kecantikan.
Rekod Jualan
Sekiranya dia betul-betul penjual barangan pancing, periksa juga status rekod jualannya. Semak komen-komen dari rekod jualannya. Kalau banyak yang negatif dari yang positif, elok abaikan saja.
Semak harga
Kenal pasti nilai sebenar barangan tersebut di pasaran sebenar. Tanya pada rakan yang arif. Kalau mahal sangat, baik beli yang baru. Melainkan barangan tersebut antik, rare atau limited edition.
Minta kurang
Jangan segan untuk membuat tawaran harga yang berpatutan. Sebagai pembeli kita berhak untuk meminta pengurangan harga walaupun sepuluh sen. Tapi jangan pula minta kurang melampau sangat.
Info produk
Sebagai penjual pula, sebaiknya serta maklumat barangan yang ingin dijual dengan lengkap dan pelbagaikan sudut foto barangan yang ingin dijual. Jangan sesekali guna gambar carian dari Google!
Jujur
Jujur memberitahu apakah ada kerosakan kecil, calar pada item yang ingin dijual. Terutamanya bahagian dalam kekili. Nyatakan dengan jujur kondisi barang jangan sekadar hanya tulis saja.
Komunikasi
Dalam komunikasi melalui media sosial, mestilah telus. Kalau pembeli lebih banyak cakap merapu berbanding urusan niaga baik tak payah layan. Terlalu banyak komen yang meraban akan menjejaskan reputasi anda.
Keterangan produk
Pos barangan dengan teliti. Sebaiknya jangan isytihar secara detail apakah barang yang di pos pada slip pos laju. Maklum sajalah barangan pancing bukan murah harganya.
COD
Jika boleh, sebaiknya lakukan jual beli secara COD. Ia lebih baik bagi kedua-dua belah pihak. Selagi boleh berurusan secara begini, lakukan saja.
Light jigging, satu kaedah moden yang begitu dekat di hati kaki pancing laut di Malaysia. Dengan jig purata dari 20 hingga 80 gram, kaedah ini amat digemari bagi mereka yang mahu mencari spesies ikan di pertengahan dan di dasar menggunakan unjunan kepingan jig.
Sekarang, (mulai bulan Mac hingga Oktober), iaitu selepas tamatnya musim tengkujuh adalah waktu yang sesuai untuk light jigging. Tidak hairanlah, kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak ketika ini, kembali menjadi tumpuan dengan tempahan bot asyik penuh sahaja setiap minggu.
Untuk itu, anda pastinya memerlukan beberapa peralatan yang sesuai seperti di bawah bagi melengkapkan lagi trip light jigging yang dirancang.
Rod
Terdapat pelbagai jenis rod untuk setup light jigging. Baik dari harga ekonomi atau mahal, ada di jual di pasaran. Rod Evergreen Poseidon Spin Jerker 603L ini misalnya, antara rod yang bagus untuk aplikasi light jigging.
Kekili
Kekili Shimano Twin Power C3000 model terbaru ini sememangnya cukup gah untuk light jigging bagi kategori spinning di Malaysia. Kayuhan yang lancar dan ‘soft’ serta drag yang cukup kuat menjadi antara sebab mengapa ia kerap menjadi idaman ligt jigger. Pun begitu, dalam pancingan ini tidak kisah jenama kekili yang ingin gunakan. Asalkan anda selesa dan paling penting tidak membebankan poket anda.
Jackson pintail
Ketika light jigging, apa kata bawalah gewang Pintail daripada Jackson ini. Saiz 40 gram, adalah saiz terbaik untuk memburu ikan target, iaitu tenggiri.
Ima Gun
Ima Gun antara jig favourite dan sepatutnya memang ada dalam kotak pancing kaki light jigging. Keberkesanannya juga telah lama terbukti. Terdapat banyak skim warna yang anda pilih. Berat: 12, 20, 30, 40, 50 & 60 gram.
Selepas popular dengan jig berat, Maxel turut mengeluarkan jig bersaiz ringan. Masih baru dan mungkin anda patut mencubanya. Berat: 12, 20, 40 & 60 gram.
Shimano Coltsniper
Coltsniper, antara jig ringan Shimano yang boleh anda cuba untuk menjerat spesies ebek, kerapu dan pelbagai spesies lain. Berat: 28, 42 & 60 gram.
Shimano Soare
Jig ringan terbaru daripada Shimano. Diperbuat daripada tungsten membolehkan jig padu ini cepat jatuh ke dasar. Berat: 24 & 32 gram.
Kevlar
Banyak jenis kevlar dijual di pasaran. Ada yang ekonomi dan juga mahal. Terpulang pada kemampuan anda.
Tali perambut
Sebaiknya, pilihlah tali jenis fluorocarbon yang mampu menyerap tekanan dan tahan lebih lama bila bergesel dengan batu karang.
Tali sulam
Tali sulam biasa atau warna? Kedua-duanya boleh digunakan untuk dipadankan ke dalam kekili anda.
Mata kail
Terdapat pelbagai jenis mata kail di pasaran. Owner Cultiva, antara jenis mata kail yang sering jadi pilihan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...