SOALAN:

 

Salam admin… boleh tak admin jelaskan fungsi titik hitam bulat pada sesetengah gewang?

 

JAWAPAN:

 

Setiap pancingan yang menggunakan umpan tiruan atau gewang, faktor warna dan kedalaman air sangat perlu diambil kira. Oleh kerana warna gewang yang kita gunakan akan memberi impak pada penglihatan ikan di dalam air seperti warna yang terang seperti oren; merah; kuning dan hijau akan hilang dalam satu tahap kedalaman air.

IKLAN

 

Soal Jawab Mancing – Apa Fungsi Bintik Hitam Bulat Pada Gewang

 

Warna air dan keadaan cuaca juga memberi kesan kepada penggunaan gewang. Air keruh, jernih, hijau dan air hitam,  semua memberi effect pada gewang yang kita gunakan. Kalau bintik pada badan gewang… mungkin untuk menyerupai anak-anak ikan buruan seperti sepat atau apa lagi ikan yang ada bintik.

IKLAN

 

Soal Jawab Mancing – Apa Fungsi Bintik Hitam Bulat Pada Gewang

 

Sebenarnya admin tidak pasti jawapan yang sebenar. Namun pada pendapat saya, fungsi bintik hitam seakan tahi ini akan jadi titik penarik perhatian pada ikan. Pada gewang lure yang aksinya lebih pada wobling… bintik hitam ini akan kelihatan seperti satu garis `hidup’ pada badan gewang. Sama juga dengan gewang yang aksinya berenang selari. Bintik hitam ini akan jadi titik penarik perhatian ikan bila digayakan.

IKLAN

 

Soal Jawab Mancing – Apa Fungsi Bintik Hitam Bulat Pada Gewang

 

Untuk lebih jelas cuba buat video action lure bergerak lepas tu fast forwardkan video tu. Nak lagi senang, pergi dekat table fan buat satu bintik hitam kat salah satu bilah kipas, lepas tu pusing dengan tangan nanti bintik hitam tadi akan membentuk satu garisa. Macam itu jugalah keadaan bintik hitam atau tahi lalat pada gewang akan kelihatan bila bergerak. Ini pendapat admin la.

 

Soal Jawab Mancing – Apa Fungsi Bintik Hitam Bulat Pada Gewang

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI