SOALAN:

Bolehkah saya mengikat terus tali pancing atau perambut pada gewang yang ingin digunakan tanpa menggunakan kili atau swivel.

Dan apa kelebihan dan kekurangan ikatan terus ini berbanding mengikat kili terlebih dahulu?

 

JAWAPAN:

Sebenarnya boleh sahaja anda mengikat terus gewang sama ada dengan menggunakan leader (perambut) atau ikat terus pada tali utama tanpa menggunakan swivel atau snap.

IKLAN

Malah, suatu ketika dahulu ikatan terus perambut ke gewang ini amat popular penggunaannya sehingga terciptanya ikatan khusus. Ikatan ini ada istilahnya tersendiri dan ada yang menamakannya sebagai Rapala knot.

 

Hakikatnya, menggunakan gewang dengan ikatan langsung tanpa sambungan swivel ada kelebihan dan kelemahan tersendiri.

Antara kelebihannya ialah ia akan menyebabkan persembahan gewang ketika beraksi lebih realistik.

Ini kerana sedikit sebanyak penggunaan swivel atau snap swivel terutama bersaiz besar akan menjadi rintangan air dan gelombang yang dihasilkan itu akan menjejaskan renangan gewang pula.

IKLAN

 

Namun teknik ini ada kelemahannya tersendiri. Ia hanya sesuai sekiranya anda menggunakan sebutir atau seketul sahaja gewang dan tidak akan tukar-tukar gewang.

Sebabnya? Jika ingin menukar gewang yang baru maka ikatan rapala knot ini perlu diputuskan dan kemudian perlu melakukan ikatan yang baharu pula pada gewang yang lain.

 

IKLAN

Majoriti hari ini, pemancing terutamanya kaki-kaki casting akan menggunakannya snap kerana boleh menukar pelbagai gewang dengan pantas sekiranya gewang yang digunakan tidak berjaya memikat ikan.

 

Selain itu penggunaan swivel ini juga dapat mengelakkan tali utama (terutamanya tali sulam) akan berpintal sekiranya menggunakan gewang yang beraksi secara berpusing.

Untuk menghasilkan renangan gewang yang realistik, sila gunakan swivel yang bersesuaian dengan tali perambut, berat dan saiz gewang.

Pastikan juga swivel yang anda beli itu kecil, ringan tetapi cukup berkualiti.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI