SOALAN:

Saya baru berjinak-jinak dengan teknik casting dan telah membeli 1 set pancingan baitcaster jenis low profile. Masalah yang sering saya hadapi ada lah tali saya sentiasa kusut sama ada saya menggunakan tali benang dan tali tangsi.

 

Lagi satu kalau gewang terlampau ringan pun boleh menyebabkan ia kusut. Bolehkah pihak tuan membantu saya di dalam menangani masalah ini serta saranan di dalam memilih tali untuk teknik casting ini.

 

JAWAPAN:

Sebenarnya masalah saudara, boleh dikatakan semua pemancing baru yang menggunakan baitcaster akan mengalami perkara yang sama. Terdapat dua sebab yang membuat kita kena mihun @ ‘birdnest’.

 

Sebab pertama, mungkin kita memasuki terlampau banyak tali ke dalam gelendong atau semasa kita memasukan tali ke gelendong kita tidak mengarau dengan baik dan kejap di

IKLAN

mana terdapat ‘gap’ pada simpanan tali. Apabila kita ‘cast’ maka ada kemungkinan tali yang longgar itu dan menjerat tali lain.

 

Sebab kedua adalah penyelarasan pada ‘brake’ di baitcaster yang anda gunakan, terdapat dua jenis brake iaitu: Centrifugal brake atau Magnetic brake.

Brek bertindak untuk melambatkan gelendong semasa tali keluar darinya supaya anda dapat mengawal cast anda.

 

Penyelarasan ‘brake’

IKLAN

Bagi sistem brek untuk jenis centrifugal ia mempunyai antara 2 ke 6 pin plastic brake blocks yang bergerak keluar dari tengah yang terdapat pada tepi baitcaster tersebut.

Jika anda menekan plastic brake blocks pin ke arah pusat (center) anda akan mendengar bunyi klick dan ini menandakan pin telah dikunci dan brake telah di setkan.

Saya syorkan untuk ‘beginners’ cuba setkan ke tahap 5 brek. Selepas sudah biasa dengan baitcaster tersebut maka naikkan kepada satu lagi pin sehingga tiada brake atau 1 brake.

 

Bagi sistem brake untuk jenis Magnetic brake, ia lebih senang lagi untuk selaras kerana brek dapat diselaraskan oleh dail yang terdapat pada luaran kekili. Apa yang anda harus lakukan adalah dengan mengetatkan dail untuk setkan brakenya.

 

IKLAN

Pada amnya penggunaan brek bergantung pada kebolehan anda di semasa casting dan ingat gewang lebih berat memerlukan kurang brek, manakala ringan gewang memerlukan lebih brake.

 

Berapa banyak brake anda memilih untuk melibatkan diri bergantung kepada keupayaan anda dan berat umpan anda.

Sekiranya anda pertama kali mencuba, saya cadangkan anda bermula dengan semua brake terlibat dalam kedudukan ‘maksimum’ dan selepas menjadi mahir mengurangkan brake tersebut.

 

Bagi menggunakan tali daripada jenis tali sulam atau tali tangsi ini tidak menjadi masalah sekiranya saudara dapat mengendalikan baitcaster dengan betul.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI