Salam admin… saya nak tanya satu soalan, umpan apa yang sesuai untuk ikan patin yang terdapat di lombong, tasik atau sungai? Patin ni tak sama macam patin kolam sebab ia hidup di habitat liar.
JAWAPAN:
IKLAN
Ikan patin memang merupakan salah satu ikan yang popular di Malaysia terutama di Pahang, Perak dan juga negeri-negeri lain. Malah, boleh dikatakan patin merupakan ikan yang paling banyak dipancing di negara kita. Sama ada di habitat liar atau kurungan, ia adalah pancingan yang menghiburkan.
Walau bagaimana pun, memancing ikan patin di sungai lebih sukar berbanding pancingan patin kolam kerana faktor arus sungai. Jadi, kebanyakan umpan yang digunakan di kolam pancing berbayar tidak boleh digunakan kerana dibawa arus.
IKLAN
Biasanya pancingan spesies ikan liar dalam habitat semula jadi lebih tertumpu pada umpan semula jadi. Umpan seperti buah ara dan buah berembang merupakan antara pilihan, namun ramai juga pemancing menjadikan organ dalaman ayam sebagai umpan patin seperti hati ayam dan perutnya.
IKLAN
Selain itu, penggunaan umpan roti, pelet dan dedak sebenarnya boleh digunakan namun pastikan bancuhan umpan tidak peroi kerana mudah hilang dibawa arus sungai. Jika menggunakan campuran dedak dan pelet, pastikan lebih pekat dan gunakan teknik mata bom. Anda juga boleh bereksperimen dengan menggunakan roti canai atau bancuhan tepung.
Selain umpan, teknik persembahan umpan juga amat penting. Umpan perlu dipersembahkan seolah-olah makanan semulajadi yang hanyut di dalam sungai.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Akhir-akhir ini ikan pari air tawar popular dijadikan sebagai ikan penghias akuarium kerana memiliki warna yang cantik.
Banyak jenis ikan pari air tawar yang tersebar di sepenjuru dunia, tetapi hanya beberapa jenis saja yang boleh dijadikan ikan hiasan.
Berikutan pertumbuhannya yang perlahan maka ia amat cocok dibela dalam akuarium. Berikut merupakan jenis-jenis ikan pari air tawar yang diminati ramai serta memiliki harga yang tinggi.
Pure Black Diamond Stingray
Jenis ikan pari air tawar ini adalah ikan pari hiasan dengan harga termahal di dunia. Ikan ini berasa dari Sungai Xingu, Brazil. Ciri khas dari ikan pari ini adalah memiliki warna dasar
hitam pekat dan lingkaran putih bersih yang menyelimuti kulit bahagian atas tubuhnya, ini alasannya ikan pari tersebut juga sering dinamakan polkadot stingray.
Ikan ini mendiami dasar sungai dan sesekali muncul ke permukaan air untuk mencari makan. Makanan ikan ini adalah ikan-ikan kecil, udang, ketam dan kerang.
Ikan ini memiliki harga mahal kerana sangat rare dan susah untuk diternak.
Jenis ikan pari air tawar ini memiliki corak warna yang hampir sama dengan polkadot stingray.
Ikan pari Leo X Motorola Stingray sama-sama berasal dari Brazil, tetapi terdapat perbezaan pada warna dasarnya.
Ikan Leo X Motorola Stingray memilki warna dasar coklat muda dengan bintik lingkaran berwarna kuning yang terlihat lebih besar di bahagian tengah badan, sementara bahagian tepi ikan pari memiliki pola lingkaran kuning kecil dan rapat.
Flower Stingray
Ikan pari ini berasal dari negara Amerika Selatan seperti Peru, Colombia, dan Brazil.
Seperti namanya, ikan Flower Stingray memiliki corak warna kulit menyerupai bunga kembang.
Keunikan lainnya terdapat pada ukuran ekor ikan pari yang biasanya panjang tetapi jenis ikan pari air tawar ini hanya memiliki ekor setengah dari panjang tubuhnya.
Tiger Stingray
Ikan pari ini dinamakan tiger stingray kerana memilki corak warna menyerupai kulit harimau bintang.
Panjang maksimum ikan ini 1meter dan hanya ditemui di negara Venezuela, Amerika Selatan.
Selain memiliki corak warna yang cantik, ikan pari harimau air tawar ini lebih lincah dan agresif dalam pergerakan dibandingkan jenis pari lain pada umumnya.
Parnaiba River Stingray
Memang negeri Amerika Selatan merupakan gudang dari sebahagian besar jenis ikan pari hiasan air tawar di dunia.
Ikan ini dinamakan Parnaiba River Stingray kerana hanya boleh ditemui di Sungai Parnaiba, Brazil. Keunikan ikan ini terdapat pada warna dasar coklat dengan pola lingkaran berukuruan kecil yang memenuhi tubuhnya.
Selain itu ekor ikan pari ini sangat panjang melebihi ukuran tubuhnya.
Smooth Back River Stingray
Ia dinamakan seperti itu kerana ikan pari ini memiliki kulit atas belakang yang mulus dan hampir menyerupai jenis ikan flower stingray. Bezanya terdapat pada pola corak warnanya.
Pola warna ikan pari ini lebih mirip belakang sekor kura-kura kerana memiliki pola yang kurang beraturan sehingga membuatnya lebih unik dan memiliki kesan tersendiri di mata para penggemar ikan pari air tawar hiasan.
Bigtooth River Stingray
Sebenarnya ikan pari air tawar ini memiliki pola yang hampir sama dengan polkadot stingray. Bezanya terdapat pada warna dasar dan bintik lingkaran berwana kuning keputihan.
Namanya berasal dari corak warna kulit yang menyerupai bentuk gigi putih kekuningan besar. Ikan ini juga berasal dari Amerika Selatan, Brazil. Makanan bigtooth river stingray adalah ikan, udang, dan ketam.
Devils Hole pupfish juga merupakan antara spesies yang pertama dilindungi di bawah akta Endangered Species Act. Ikan yang berukuran sekitar 2 cm panjang ini hanya boleh
ditemui di satu lokasi sahaja iaitu Devils Hole, sebuah sistem kolam gua semula jadi di Death Valley, Nevada.
Ikan ini hidup di dalam kolam berbatu kapur yang hanya mempunyai ruang terhad kira-kira 2 meter lebar dan 4 meter panjang sepanjang hidupnya.
Rupanya tidaklah menakutkan atau ganjil bukan? Macam rupa ikan puyu pun ada.
Ikan belukang, bedukang, kedukang atau apa sahaja nama lainnya adalah dari jenis catfish atau ikan bermisai yang lazimnya boleh didapati di tepi pantai berlumpur dan kuala sungai.
Ikan dengan nama umum sagor catfish, sagor sea-catfish atau Sunda sea-catfish ini tergolong dalam keluarga besar Ariidae, dalam genus Hexanematichthys dengan nama saintifiknya Hexanematichtys sagor.
Taburan ikan belukang amat meluas meliputi pesisir Lautan Hindi, bermula dari pantai-pantai di wilayah India, Pakistan, Sri Lanka, Asia Tenggara hingga ke Malaysia, Indonesia dan Filipina.
Ikan belukang hidup di laut berlumpur berdekatan pantai dan di estuaria (badan air setengah tertutup di wilayah pesisir dengan satu sistem sungai atau lebih yang mengalir masuk ke dalamnya, serta terhubung bebas dengan laut terbuka.
Kebanyakan muara sungai ke laut membentuk estuaria namun tidak demikian jika bermuara ke danau, waduk atau ke sungai yang lebih besar).
Sagor catfish ini sering merayau sama ada ke hulu atau ke hilir hingga ke sempadan air pasang tinggi.
Morfologi
Daripada aspek morfologi, ikan belukang merupakan ikan bersaiz sederhana. Memiliki badan licin tanpa sisik.
Ia mampu membesar panjang sehingga 45 cm namun kebanyakan spesimen yang ditemui sekitar 30 cm sahaja.
Ikan belukang memiliki bentuk kepala memipih datar ke arah muncung, dilengkapi dengan tiga pasang sesungut.
Sepasang sesungut yang paling panjang berada pada rahang atas, panjang mampu mencapai pertengahan sirip pektoral atau lebih.
Bahagian atau sisi atas kepala ikan belukang terbentuk keping-keping tulang umpama perisai yang berpola kasar permukaannya.
Lekuk fontanel yang memanjang di tengah dahi di antara dua belah mata. Bentuk arah kepala belakang membundar, dan bentuk sirip anal umpama saya kupu-kupu.
Ikan belukang dibarisi gigi berbentuk kerucut dan tersusun dalam barisan melintang pada empat plag yang berderet di langit-langit mulut (palatum), plag gigi yang sebelah depan (plag maksilar) melengkung sempit dari sisi ke sisi.
Pada siri sirip dorsal dan kedua-dua sirip pektoral ikan ini masing-masing memiliki duri atau patil yang bergerigi dan berbisa.
Sisi atas dan samping atau tepi badan ikan berwarna keabu-abuan gelap kecoklatan atau kebiruan, sisi bawah atau abdomen berwarna putih susu, lazimnya hadir 10 atau lebih garis-garis melintang putih keperakan, kebiruan, atau kehijauan.
Semua siripnya berwarna kusam kehitaman, hanya bahagian filamen dari sirip dorsal yang berwarna terang.
Daripada aspek ekonomi, ikan belukang bukanlah ikan yang bernilai tinggi sekali gus menjadikannya ikan yang kurang di pasaran.
Justeru ia tidak ditangkap secara komersial dan tiada sebarang ancaman kepupusan terhadap spesies ini.
Sementara dari sudut perikanan rekreasi pula, ikan belukang lebih dianggap sebagai ikan pengacau yang menghabiskan umpan.
Namun spesimen yang kasar berupaya menghadirkan keseronokan dalam sesi memancing dan bernilai amat tinggi jika hadir di meja timbang sesuatu pertandingan memancing.
Taksonomi
Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Actinoptergii
Order : Siluriformes
Family : Ariidae
Subfamily : Ariinae
Genus : Hezanematichthys
Species : Hezanematichthys sagor
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...