PE rating atau ukuran PE sebenarnya bukanlah sukatan untuk kekuatan, sebaliknya adalah sukatan diameter. Ukuran PE digunakan banyak terutama di pasaran Jepun, awalnya digunakan sebagai pengukuran untuk ketebalan tali sulam (braided), dan diadaptasi untuk pancing.
Braided apa pun dari jenama apa pun yang menyatakan PE1 akan memiliki diameter yang sama. Ini lebih untuk keseragaman sistem untuk mengukur berapa banyak braided yang dapat anda masukkan pada spool kekili.
Ads
Ketika semuanya diukur menggunakan sistem yang seragam, anda tidak perlu risau lagi tentang `jenama apakah PE1 ini akan sesuai dengan jumlah yang sama pada spool saya seperti jenama PE1 lainnya?’ PE1 adalah PE1, jika anda dapat menempatkan 200m dari jenama A PE1 di spool kekili anda, anda akan dapat menempatkan 200m dari jenama Z PE1 juga.
Ads
Adapun pound (lb), secara kebetulan pemancing menemukan bahawa 10lb bersamaan per sukatan PE. Ini adalah hanyalah kebetulan semata-mata namun dijadikan aturan umumnya 1 PE bersama 10lb (1PE = 10lb).
Ads
Penting untuk anda tahu, dalam beberapa tahun terakhir, dengan teknologi baru tali PE di luar sana, terutama dengan 8 sulam (8X), ratio ini (1PE = 10lb) tidak lagi tepat.
Sebagai contoh, tali sulam YGK ultra castman / jigman, PE1 = 18lbs, PE1.5 = 26lbs, PE2 = 33lbs dan lain-lain lagi. Bahkan sufix 832 memiliki sukatan yang serupa.
Kaitannya dengan joran bolehlah dimaksudkan bahawa joran yang tertulis PE1-3 itu hanya sesuai menggunakan tali sulam PE 1 hingga PE 3.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong/guide?
TOMS: Sejak 8 tahun selepas saya berkahwin hasil dari istri mengajak menemani beliau memancing di tasik Lombong Buaya Puchong.
Start dari situ saya berminat untuk menjadikan memancing ini sebahagian hobi saya kerana saya dapat rasakan hobi memancing ini boleh mengajar setiap pemancing ilmu kesabaran dan tenang.
UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?
TOMS: Sebab saya tak dapat buang masa kat aktiviti yang tak berfaedah dan kerjaya ini tiada penghujung. Banyak teknik yang semestinya saya ingin mencuba.
UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong/guide?
TOMS: Kriteria yg perlu kita ada untuk menjadi tekong/guide… anda perlu pandai mengendali enjin bot, membaik pulih enjin sewaktu rosak.
Tak banyak sikit asas kena tau. Teknik pancingan perlu ada, kena tau asas port ikan bersembunyi dan senjata @ gewang yang perlu dipakai.
Yang agak penting layanan kepada pemancing yang anda bawak.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?
TOMS: Rintangan yang saya hadapi sememangnya masa, kewangan untuk membeli barang-barang pancing dan bot untuk memulakan keriaya seorang tekong/guide.
Harapan saya sukan memancing dapat dipertengahkan dan kerajaan Malaysia dapat menempatkan setiap negeri lokasi untok sukan memancing yang diitiraf.
UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?
TOMS: Kenangan manis… pertama kali dapat customer dari Jepun di Tasik Prima dan dapat hasil yang sangat-sangat menarik dan customer sangat-sangat berpuashati.
Kenangan pahit pula… 2 batang rod kesayangan patah yang sangat-sangat sedih.
UMPAN: Berikan sedikit tip untuk memperoleh hasil pada trip anda?
TOMS: Nak hasil mesti mau rajin. Sebelum nak turun sesuatu lokasi mesti kena tau ikan apa yang ada atau teknik apa yang kita kena guna, senang nak setup set pancing dan umpan/gewang yang kita perlu guna.
Pakej
Nama bot: M3aMotobot & JpjMotobot
Saiz: Fiber 12kaki (muncung itik)
Enjin: 5Hp & 8HP
Harga sewa: (Bot + enjin 5hp – RM100 untuk 1 hari bawak sendiri.) (Bot + enjin 8hp – RM120 untuk 1 hari bawak sendiri). Harga untuk lokal caster. Tambahan RM50 untuk memerlukan khidmat tekong/guide untuk 1 hari.
Jumlah pemancing: 2caster
Waktu memancing: 7.30am – 7.00pm
Lokasi memancing: Tasik Prima Puchong dan lain-lain.
Jeti: Tasik Prima Puchong (berhadapan pangsapuri Sri Markisa).
Boleh tak admin beri tips pemilihan perambut dari segi poundage (lb), dan panjang perambut untuk teknik pelampung dan juga tanpa pelampung, khusus untuk mancing siakap kolam air masin? Terima kasih admin.
JAWAPAN:
Dari segi poundage perambut untuk pancingan kolam siakap air masin, kebanyakan pemancing memilih perambut berkekuatan 20lb-40lb. Kebanyakannya memilih maksimum 30lb sahaja. Namun panjang perambut untuk pelampung bergantung kepada kedalaman sebuah kolam pancing.
Untuk mengetahui kedalaman kolam, sebaiknya anda bertanya dulu kepada rakan pemancing di kolam agar dapat ukuran perambut yang tepat. Sekiranya kolam berkedalaman 5 kaki, maka buatlah perambut 5 kaki dilipat dua.
Di mana sebelah untuk pelampung dan sebelah lagi mata kail. Mainline kili diikat di tengah perambut menjadikan sepanjang 2.5kaki semasa buat balingan. Di dalam air, panjang perambut kekal sepanjang 5 kaki.
Untuk mengetahui panjang perambut ngam atau tidak, anda lihatlah pergerakan pelampung. Jika pelampung bergerak laju bermakna perambut agak pendek dan umpan akan tergantung.
Sekiranya tidak bergerak langsung bermakna perambut terlebih panjang dan menyebabkan umpan (udang hidup) menyusup ke dasar dan memudahkan risiko sangkut. Sebaiknya biar pelampung hanya bergerak perlahan.
Sementara perambut direct tanpa menggunakan pelampung pula memadai 1.5 hingga 2.5 kaki panjang. Perambut yang terlalu panjang akan menyebabkan kesulitan untuk membaling umpan dengan tepat dan sempurna.
Secara amnya coarse fishing adalah terma yang biasa digunakan di United Kingdom dan Eropah untuk menggambarkan pancingan ikan air tawar dengan menggunakan umpan, sama ada yang semulajadi atau sebaliknya.
Ini termasuklah cara pancingan sama ada di dasar, berpelampung ataupun mengilat. Walau bagaimanapun, pancingan layang (fly fishing) tidak dikategorikan sebagai coarse fishing kerana disenaraikan sebagai game fishing.
Terdapat teknik-teknik yang agak spesifik di dalam arena coarse fishing, khususnya feeder dan float fishing, maka perkakas dan peralatan yang digunakan untuk coarse fishing juga agak unik.
Walaupun pada mulanya kelihatan agak merunsingkan, akan tetapi setiap alat tersebut mempunyai kegunaan yang tersendiri bagi memudahkan pancingan ataupun menjadikan pemancing tersebut lebih efisyen untuk memaksimakan tangkapan ikan.
Tidak salah jikalau dikatakan coarse fishing ini adalah cara pancingan ikan air tawar dengan menggunakan teknik-teknik yang dikembangkan di benua Eropah.
Para pemancing Eropah agak mahir dalam membuat penyelidikan serta ujian lapang bagi mencari teknik-teknik dan taktik-taktik terbaru dalam sukan mereka.
Begitu juga pemancing Eropah ini rajin merekabentuk peralatan memancing yang menggunakan bahan-bahan yang terkini, bersesuaian dengan budaya mereka yang sering mengamalkan pembaikan yang berterusan.
Hasil daripada kemajuan dari segi teknik dan taktik memancing dan teknologi peralatan mereka, maka tidak hairanlah pasukan kebangsaan dari benua Eropah sering kali menjuarai Kejohanan Dunia Untuk Pancingan Air Tawar.
Di Malaysia, saya lebih cenderung untuk mempromosikan coarse fishing melalui teknik feeder fishing dan float fishing sahaja disebabkan dua faktor: yang pertamanya ialah saya merasakan pemancing Eropah sudah agak maju dengan kedua-dua teknik ini, maka sesuai dibuat sebagai penanda aras (benchmarking). Yang keduanya pula, saya merasakan para pemancing tempatan pula lebih maju dan lebih mahir dalam arena mengilat!
Oleh yang demikian, sejak 1990an lagi saya lebih berusaha untuk menengahkan teknik pancingan air tawar berdasarkan acuan coarse fishing di tanah air kita kerana didapati kebanyakkan teknik coarse fishing sangat bersesuaian dengan perairan dan spesis tempatan.
Teknik Feeder
‘Feeder’ merupakan singkatan kepada ‘swimfeeder’, dari segi bahasa mudahnya membawa maksud ‘pemberi makan ke kawasan pancingan’. Swimfeeder adalah satu perkakas atau bekas yang boleh diisi umpan dan dibuat balingan bersama dengan mata kail kita ke kawasan pancingan (swim) yang kita rasakan boleh menghasilkan tangkapan.
Antara tugas-tugas utama feeder ini adalah bagi memudahkan kita membuat balingan di samping menarik perhatian ikan ke kawasan pancingan kita. Feeder fishing ini adalah jenis pancingan di dasar (bottom).
Sejak 6-7 tahun yang lepas, minat terhadap pancingan feeder di Eropah telah meningkat dengan begitu mendadak.
Kejohanan Dunia Feeder Fishing yang bermula pada 2010 serta pelbagai pertandingan berkonsepkan feeder kebelakangan ini umpama memberi nafas baru buat teknik yang dulunya hampir dilupakan ini.
Float Fishing
Umpama namanya, pancingan berpelampung, pernah menduduki tangga teratas bagi teknik pancingan yang paling popular di Eropah. Ini terbukti dengan Kejohanan Dunia Pancingan Berpelampung yang telah berlangsung sejak 1954 lagi.
Di dalam arena coarse fishing, fungsi utama pelampung adalah sebagai pengesan gigitan ikan (bite detection). Teknik float fishing ini berani saya katakan adalah teknik pengesan gigitan ikan visual yang paling sensitif yang pernah saya jumpa.
Kehalusan teknik serta ketelitian teknikal di dalam seni sukan float fishing mendapat kedudukan yang istimewa bagi ramai pemancing tegar di Eropah. Seperti swimfeeder juga, pelampung untuk float fishing mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan bahan yang masing-masing mempunyai fungsi dan kegunaan yang tersendiri.
Ikuti keterangan lanjut berkenaan Coarse Fishing melalui FB Malaysian Coarse Fishing Association dan FB Supertackle Malaysia.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...