Korang Tanya Umpan Jawab – Jadual Air Besar & Air Mati?
SOALAN:
Boleh tak admin buatkan satu jadual harian untuk mengetahui tarikh tersebut adalah tempoh air besar ataupun air mati? Jadi senanglah sikit untuk saya booking trip mancing di laut.
JAWAPAN:
Fenomena air mati dan air besar adalah dipengaruhi sepenuhnya dengan peredaran bulan. Oleh itu kalendar Islam ataupun Cina amat baik untuk dijadikan rujukan. Setiap pemancing wajib mengetahui fenomena air ini jika kerap memancing di laut. Sila rujuk dan hafal jadual yang disediakan ini:
Ads
Hari bulan (hijrah) Fasa air
28-3 Adalah air besar fasa pertama
4 -9 Adalah air mati fasa pertama
10 Air mulai bergerak fasa pertama atau digelar air penghulu pertama
Ads
10-12 Air mulai besar fasa kedua
13-16 Adalah air besar fasa kedua
17-22 Adalah air mati fasa kedua
23 Air mulai bergerak fasa kedua atau digelar air penghulu kedua
Ads
23-27 Air mulai besar fasa pertama
Tambahan
Jika anda ingin keluar memancing ke laut dalam pilihlah hari bulan 4-9&10 bagi fasa pertama, hari bulan 17-22&23 bagi fasa kedua.
Hari bulan yang lain arus laut amat kuat dan laju jadi lebih sesuai memancing di pantai. Perlu diingatkan yang hari yang terbaik adalah kedua-dua hari bulan air penghulu iaitu hari bulan 10&23, kedua-dua hari ini amat sesuai untuk memancing laut dalam ataupun pantai.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya biasa tengok pemancing pos macam ni… sebagai contohnya; Rod – Okuma Nemesis 1-4, Reel – Revros 1003R, Mainline – Berkley fireline 6lb, Leader – Fisherman 15lb, Lure – Starlit popper 6.5cm.
Rod, lure dan reel tu saya faham tapi apa maksud line? Leader? Line tu bukan ke tali pada reel?
JAWAPAN:
Saya memahami dengan baik kekeliruan yang saudara alami dan ia bukanlah sesuatu mengaibkan untuk bertanya. Tahniah kerana berani bertanya.
Bagi sesetengah pemancing terutamanya pemancing yang sudah terbiasa menggunakan tali tangsi atau monofilament sebagai tali utama pasti sedikit keliru dengan istilah line dan leader.
Berdasarkan setting yang anda paparkan itu bolehlah dirumuskan ia adalah setting untuk teknik casting. Dan line yang dimaksudkan itu sememangnya tali pada reel atau tali utama.
Memandangkan ia adalah adalah tali sulam atau braided, maka ia perlulah disambungkan dengan perambut kejutan atau shock leader.
Shock leader line yang lazim digunakan sama ada monofilament atau fluorocarbon. Shock leader line inilah yang dimaksudkan sebagai leader dalam setting tersebut.
Ia mungkin mengelirukan anda kerana hanya biasa menggunakan perambut mata kail tetapi tidak pernah menggunakan shock leader.
Sekiranya anda menggunakan tali tangsi sebagai tali utama, penggunaan shock leader tidaklah menjadi keutamaan.
Namun, untuk tujuan teknik casting ada baiknya juga anda menyambungkan shock leader ini pada tali tangsi untuk ketahanan yang lebih baik.
Boleh tak admin buat penjelasan pasal gewang jenis rattlin. Pada saya gewang ni dah lama tapi sekarang dah macam trending pulak. Saya cadang nak cari jugak tapi nak dengar pendapat masta sifu Umpan dulu.
JAWAPAN:
Gewang rattlin merupakan gewang yang memiliki ball bearing bagi menghasilkan bunyi apabila dimainkan untuk menarik perhatian ikan.
Gewang jenis ini lebih tidak terlalu fokus pada gaya renangan sebaliknya lebih kelebihan gewang rattlin ialah getaran yang menghasilkan bunyi gemerincing yang mampu menarik perhatian ikan. Gewang rattlin juga mempunyai prinsip yang sama seperti blade, sejenis gewang seakan sesudu namun diposisikan dan memberikan impak seperti gewang rattlin.
Gewang rattlin ini tidak banyak beza dengan gewang lain yang memiliki kelebihan masing-masing. Ia menjadi trending kerana citarasa pemancing yang sentiasa berubah-ubah. Apatah jika seseorang pemancing yang tersohor, atau ada nama, atau juga pengusaha produk memperoleh tangkapan dengan gewang tersebut. Maka dalam masa yang singkat saja ia akan trending.
Secara peribadi saya juga penggemar gewang rattlin. Malah saya gemar menggunakan gewang ini kerana ia boleh dipersembahkan dengan kepelbagaian teknik terutamanya untuk menjerat spesies pemangsa di lokasi berair keruh di mana tahap penglihatan berkurang. Dengan getaran dan kilauan gewang ini banyak membantu memperoleh strike.
Saya ada satu persoalan, min. Apa dia beza jika kita guna perambut biasa dengan perambut fluorocarbon?
JAWAPAN:
Pada hemat saya, perambut yang dimaksudkan adalah perambut (shock leader) yang menghubungkan tali utama (lazimnya tali sulam atau braided) dan bukannya perambut yang disambungkan dengan mata kail.
Terlebih dahulu kita perlu tahu apa kegunaan atau fungsi perambut tersebut. Penggunaan perambut atau shock leader bertujuan untuk menyerap regangan terutama jika menggunakan tali utama daripada jenis tali sulam.
Tanpa perambut ia akan memberi tekanan kuat pada mata kail, kekili dan joran yang boleh mengakibatkan pincang fungsi. Mata kail akan lurus, joran akan patah atau kekili akan rosak.
Material perambut pula lazimnya terbahagi kepada dua iaitu monofilament nylon atau polymer (tangsi) dan fluorocarbon.
Berikutan bahan yang berbeza tentu saja sifat dan fungsinya juga berbeza. Paling ketara perbezaannya ialah perambut tangsi ini lembut dan fluorocarbon pula keras.
Kesan di dalam air pula, perambut tangsi yang didatangkan dengan pelbagai warna termasuklah berwarna jernih bersifat tampak manakala fluorocarbon pula lebih bersifat halimunan.
Dari aspek aksi pula perambut tangsi lebih berbuai di dalam manakala flurocarbon lebih bersifat pegun.
Dan dari segi ketahanan pula, fluorocarbon ternyata lebih lasak menahan geseran dan tidak mudah kerinting atau hilang sifat regangan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...