Terima kasih kerana menyuarakan soalan yang jarang diajukan oleh kebanyakan pemancing. Malangnya saya tidak mempunyai fakta yang kukuh untuk menjelaskan perkara ini.
Ini kerana sepanjang pengalaman memancing udang galah, saya pernah juga memperoleh udang galah yang kekurangan salah satu sepit.
Saya tidak pasti sepitnya itu tercabut ketika proses mendaratkannya atau sudah lama tertanggal sebab yang lain.
Dan pada bahagian sepit yang tercabut itu tidak pula kelihatan adanya pertumbuhan sepit yang baru.
Ads
Namun saya juga mempunyai pengalaman melihat sendiri proses pertumbuhan sepit baru pada udang galah yang dibela di dalam akuarium.
Saya pernah membela dua ekor udang galah yang diperoleh dari kolam memancing. Akibat `pergaduhan’, salah seekor daripada udang galah itu kehilangan salah satu sepit birunya.
Setelah beberapa hari saya mendapati ada organ seperti tunas yang tumbuh pada bahagian sepit yang tertanggal.
Dalam tempoh yang agak singkat tunas itu tumbuh menjadi sepit yang sempurna.
Ads
Berdasarkan kejadian itu saya percaya udang galah di habitat asalnya juga boleh dapat kembali sepitnya yang telah anda cacatkan.
Oleh yang demikian anda tidaklah perlu rasa bersalah sebaliknya cubalah untuk memperbaiki gaya pancingan anda agar tidak terlepas jenggo lagi.
Ikan import atau ikan pendatang membawa maksud ikan yang dibawa masuk ke sesuatu perairan yang bukan habitat asalnya. Ini termasuk ikan yang dibawa masuk dari luar negara. Kebanyakan dari kita menganggap ikan pendatang ini berbahaya kepada ikan natif atau ikan asal. Betul ke ia hanya membawa keburukan semata-mata?
Mekong Giant Catfish
Nama lain : Mekong giant catfish, Pla Buk, Patin Mekong
Nama Saintifik : Pangasianodon gigas
Negara asal : Sungai Mekong, Thailand
Patin Mekong merupakan antara spesies ikan buruan kaki pancing yang terbesar. Patin Mekong berasal dari Sungai Mekong dan sehingga kini spesies ini dikatakan semakin berkurangan akibat eksploitasi tanpa kawalan. Pengenalan spesies ini kepada perairan tempatan awalnya atas dasar penyelidikan perikanan dan akuakultur.
Dewasa ini, spesies ini menjadi kegilaan bagi pemancing tempatan dan semakin banyak spesies ini boleh ditemui di kolam pancing komersial. Tiada rekod jelas bagi spesies ini terlepas ke dalam ekosistem bebas, justeru tiada ancaman jelas terhadap spesies tempatan lain.
Catla
Nama lain: Gibelion catfish, Indian carp, catla, Karak
Nama saintifik: Catla catla
Negara Asal: India, Bangladesh, Pakistan, Nepal
Ikan catla atau juga dikenali sebagai karak adalah ikan air tawar Asia Selatan yang paling penting dari segi ekonomi di dalam keluarga Cyprinidae. Ia berasal dari sungai dan tasik di utara India, Nepal, Myanmar, Bangladesh dan Pakistan tetapi juga diperkenalkan di tempat lain di Asia Selatan dan dan biasanya diternak.
Ikan karak adalah ikan yang makan di permukaan dan pertengahan air. Catla mencapai kematangan usia purata 2 tahun dan purata berat 2 kg. Spesies yang terdapat di kebanyakan kolam air tawar malam ini tidak dapat dipastikan kesannya jika mencerobohi perairan kita.
Rohu
Nama lain : Ruee, Labeo, Rohu
Nama Saintifik : Labeo rohita
Negara asal : Asia; Pakistan, India, Bangladesh
Ikan rohu diperkenalkan di perairan negara kita sebagai sumber makanan. Bagi aktiviti pancingan sukan, ikan rohu juga diklasifikasikan sebagai antara ikan popular terutama di kolam-kolam dan lombong. Spesies ini dikatakan tidak mempunyai rekod yang menunjukkan ancaman yang tinggi kepada ekosistem, jadi kebanyakan kolam-kolam pancing berbayar menggunakan spesies ini sebagai antara spesies utama di kolam mereka. Ikan ini menjadi pilihan kerana ia mudah dibiakkan secara komersial.
Bighead Carp
Nama lain : Bighead carp, Kap kepala besar, Tongsan Sisik Halus
Nama Saintifik : Hypophthalmichthys nobilis
Negara asal : China
Ikan kap kepala besar ini merupakan spesies natif di China. Spesies ini diperkenalkan ialah bagi tujuan sektor akuakultur. Spesies ini juga diperkenalkan bagi kawalan biologi kerana kemampuannya mengawal pertumbuhan melampau fitoplankton.
Secara negatifnya pula, spesies ini berkeupayaan untuk menurunkan bilangan diversity natif atau asal akibat pengurangan zooplankton yang melampau lantas mengubah jaringan pemakanan sesuatu ekosistem. Selain itu, spesies ini juga berpotensi mengancam spesies tempatan kerana pembawaan dan penyebaran penyakit.
Tilapia
Nama lain: Tilapia
Nama Saintifik : Oreochromis mossambicus
Negara asal : Negara Afrika; Mozambique, Lesotho, Swaziland
Tilapia merupakan spesies popular dalam keluarga cichlidae. Spesies ini diperkenalkan bagi pembangunan sektor akuakultur dan sebagai sumber makanan penduduk. Bagaimanapun, spesies dari Afrika ini yang biasanya di kultur secara sangkar akan menurunkan kualiti air kawasan sekitar.
Tilapia yang terlepas ke sesuatu ekosistem pula mampu mengakibatkan pengubahsuaian ekosistem terutama kepada spesies cichlid tempatan serta komuniti bentik sesuatu habitat..
Tubuhnya berwarna keperakan dengan serangkaian garis lintang yang samar di sepanjang barisan sisik dan bahagian sirip dorsal gelap dan lembut. Gelama bongkok boleh ditemyi di perairan pantai cetek dan kedalaman maksimum sekitar 60 meter.
Nibea soldado, umumnya dikenal sebagai soldier croaker adalah spesies ikan asli India Utara dan Samudra Pasifik barat, dan ditemukan di muara Asia selatan dan tenggara, Indochina, dan Australia utara.
Ikan gelama, ibu gelama dan senangin Taiwan adalah anggota keluarga Sciaenidae. Mereka tersebar di lautan Atlantik, India, dan Pasifik. Mereka dapat dikenali dengan memiliki sirip punggung yang panjang dengan lekukan yang dalam antara bahagian yang keras dan yang lembut, tetapi bagian tersebut jarang terpisah.
Juga, garis rusuk mereka berlanjut hingga ke ujung sirip ekor. Namun, identifikasi spesies yang tepat dari keluarga ini tidak mungkin dilakukan tanpa pemeriksaan pundi renang dan otoliths yang memerlukan pemotongan dan ujikaji kompleks pada ikan.
Keluarga croaker umumnya menghuni perairan pantai di landas kontinen, tetapi juga terjadi di muara dan sungai, terutama di musim membiak dan ketika larva dan jevenil. Sebagian besar dari mereka ditemukan di dasar berlumpur atau berpasir.
Beberapa kumpulan turut ditemui di beting besar dan merupakan objek perikanan yang cukup besar. Mereka adalah spesies karnivor yang hidup di bahagian bawah, memakan krustasea kecil, ikan, dan organisme bentik. Ikan gelama bongkok mampu membesar panjang sehingga 60cm namun spesimen terbesar yang ditemui sekitar 40cm sahaja.
Sebelum terjebak dalam dunia pancing lebih 30 tahun dulu saya sudah mengenali ikan ini dan ketika itu sama sekali tidak menyangka ia adalah ikan atau spesies import.
Ikan leekoh atau common carp / European carp adalah ikan air tawar dari keluarga Cyprinidae yang meluas taburannya di perairan eutropik di dalam tasik dan sungai-sungai besar di Eropah dan Asia. Walau bagaimana pun, populasi ikan liar dianggap terdedah kepada kepupusan oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN).
Spesies ini juga telah dipelihara dan diperkenalkan dalam sektor akuakultur ke persekitaran seluruh dunia. Dalam masa yang sama, ia sering dianggap sebagai spesies invasif yang merosakkan dan tersenarai dalam 100 spesies invasif terburuk di dunia. Dan ia merupakan spesies ketiga yang paling banyak diperkenalkan ke seluruh dunia.
Spesies Cyprinus carpio ini dikatakan diperkenalkan sebagai ikan ternakan untuk pemakanan sejak dari zaman kerajaan Rom lagi. Bermakna sudah sekian lama ia menjadi spesies penceroboh yang berjaya kerana kemampuannya bersaing merebut makanan spesies tempatan di samping merosakkan ekosistem perairan.
Seperti kebanyakan ikan kap yang lain, ikan leekoh ialah haiwan omnivorous. Mereka boleh memakan tumbuh-tumbuhan akuatik, tetapi juha menjadikan serangga, krustasea (termasuk zooplankton), udang, dan cacing benthik sebagai diet utamanya.
Ikan leekoh liar biasa biasanya lebih langsing daripada bentuk ikan yang dipelihara. Dengan panjang badan kira-kira empat kali ketinggian badan dan mulut yang menonjol. Sekiranya diberi ruang dan nutrien yang mencukupi, ia mampu membesar dengan saiz yang besar.
Dikatakan ia mampu membesar panjang sehingga 120 sentimeter dan berat maksimum melebihi 40 kilogram. Usia leekoh tertua yang pernah dicatatkan berusia 38 tahun.
Menurut satu catatan dunia memancing, antara spesies gergasi yang pernah didaratkan oleh seorang pemancing pada bulan Januari 2010 di Lac de curtons (Rainbow Lake) berhampiran Bordeaux, Perancis. Beratnya 42.6 kilogram.
Sementara spesies terberat yang ditangkap oleh pemancing Inggeris, Colin Smith, pada tahun 2013 di Etang La Saussaie Fishery, Perancis, beratnya 45.59 kilogram.
Saiz purata kap biasa ini adalah sekitar 40-80 cm dan 2-14 kg. Namun di Malaysia, jarang ditemui spesimen melebihi 5 kilogram.
Walaupun toleran terhadap kebanyakan keadaan, ikan leekoh lebih menyukai badan air meluas yang berarus perlahan. Sebagaimana ikan yang gemar hidup secara berkumpulan, lazmnya mereka lebih mudah ditemui dalam kumpulan lima atau lebih.
Mereka secara semula jadi hidup di dalam iklim sederhana di dalam air segar atau sedikit payau dengan pH 6.5-9.0 dan kemasinan sehingga kira-kira 0.5% dan suhu 3 hingga 35 °C. Mereka mudah bertahan di musim dan dapat menyesuaikan diri dengan kadar oksigen yang sangat rendah, dengan mencakup udara di permukaan air.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...