Korang Tanya Umpan Jawab – Betul Ke Ikan Peacock Bass Pemusnah Ikan Tempatan??

Share

 

SOALAN:

Salam Min. Saya tahu ikan peacock bass ialah spesies pendatang (penceroboh) yang hidup di perairan kita. Tetapi betul ke spesies ini akan memusnahkan ikan tempatan?

 

JAWAPAN:

Pertama sekali, setiap spesies mempunyai sifat dan habitat semula jadi (tempat tinggal) yang tersendiri dan ia telah pun dijelaskan secara saintifik.

Habitat semula jadi ini merangkumi keseluruhan ekosistem sesebuah kawasan termasuk rantaian makanan, mangsa dan juga pemangsa.

 

Kesemua inilah yang akan mengekalkan kestabilan dalam sesebuah ekosistem. Spesies pendatang pula ialah apabila satu spesies dari habitat atau ekosistem lain masuk atau menumpang ke dalam habitat yang lain.

 

Spesies ikan peacock bass boleh diketegorikan sebagai ikan pemangsa. Jadi, ia akan mengganggu kitaran asal sesebuah rantaian makanan di sesebuah habitat kerana keperluan dan nalurinya untuk hidup.

 

Bila pertambahan spesies pemangsa dalam sesebuah habitat, ini akan mengecilkan jumlah mangsa dan tidak keseimbangan akan berlaku.

Ikan spesies pendatang ini bukan hanya berisiko memakan spesies asal sahaja, namun boleh berlaku kepada perebutan sumber makanan.

 

Jika tidak dibendung, maka berkemungkinan spesies asal akan berkurangan dan hilang dari habitatnya adalah amat besar. Jadi jawapannya betul, ikan raja atau peacock bass ini akan memusnahkan spesies tempatan berdasarkan fakta dan bukti.

IKLAN