Sebenarnya saya agak keliru untuk memahami umpan untuk pancingan jenis apa yang anda maksudkan. Oleh yang demikian saya mampu menjawab secara umum sahaja kerana untuk menyatakan umpan killer bagi setiap spesies ikan yang ada di dalam tasik atau lombong sememangnya tak terjawab.
Untuk mengetahui umpan apa yang sesuai apatah lagi killer, pertama sekali anda perlu mengetahui ikan apa yang ada di padang pancing (tasik atau lombong) terlebih dahulu dan ikan apa yang anda ingin sasarkan.
Ads
Sebagai contoh, jika padang pancing itu banyak didiami ikan patin dan anda ingin memancing patin, maka gunalah umpan lazim yang digunakan untuk memancing patin seperti dedak atau buah-buah hutan.
Sekiranya terdapat ikan pemangsa seperti toman, sebarau atau peacock bas maka gunalah diet ikan-ikan tersebut sebagai umpan atau juga umpan tiruan.
Ads
Bagi meningkatkan percentage dapat ikan, banyak perkara yang perlu anda lakukan. Antaranya, anda perlulah mengetahui lubuk kediaman ikan.
Memahami waktu aktif ikan mencari makanan. Mencuba kepelbagaian teknik sama ada pancingan dasar, apungan ataupun mengilat.
Ads
Peralatan pancing yang sepadan dan tepat. Serta penggunaan dan persembahan umpan yang memikat. Sekiranya kesemua aspek ini dipraktikkan berserta semangat yang jitu, percentage anda untuk memperoleh hasil pasti meningkat.
Cara casting menggunakan udang mati atau udang kopek sememangnya sinonim dengan pancingan kolam air masin terutamanya bagi menjerat spesies siakap. Walau bagaimana ia turut berupaya menjerat spesies lain yang terdapat di kolam seperti siakap merah dan juga jenahak. Malah teknik ini juga boleh dipraktikkan di muara atau kuala sungai.
Cara menyediakan udang kopek juga mudah. Biasanya udang yang mati akan dibuang kepalanya dan kulitnya akan dikopek.
Bagi membolehkan udang kopek tersebut kekal lurus (tidak bengkok sebagaimana bentuk asalnya), biasanya pemancing akan membungkusnya dalam keadaan lurus dengan surat khabar dan disimpan di dalam ruang sejuk beku peti ais semalaman.
Apabila ingin menggunakannya, cangkukkan saja mata kail pada bahagian pangkal badannya. Sebaiknya cangkuk sedikit sahaja mata kail pada pangkal badannya agar ia dapat digerakkan dengan sempurna. Selepas itu anda boleh mula mengilat dengan cara lontar ke spot pilihan dan karau perlahan-lahan.
Anda juga boleh guna teknik baling, karau sedikit dan berhenti, kemudian karau perlahan dan berhenti dan seterusnya.
Untuk menambahkan jarak balingan anda boleh menggunakan batu ladung kecil atau batu kapit pada perambut.
Penambahan batu ladung ia juga bagus bagi mempercepatkan jatuhan udang kopek ke dasar bagi memikat ikan yang berlegar di permukaan dasar kolam atau sungai.
Berapa harga kekili atau reel termahal yang korang ada? Kemudian bandingkan dengan 5 kekili termahal di dunia ini.
NO.5 : ZeeBaaS ZX ($990.00)
Selain sistem drag paling lancar, banyak lagi ciri-ciri terbaik pada kekili ZeeBaaS ZX. Badan dan gelendung kekili yang diperbuat daripada aluminium agak tahan terhadap kakisan.
Malah ZeeBaaS tidak teragak-agak untuk mengiklankan bahawa kekili ini kalis air masin. Ia dimateraikan sehingga pasir-pasir halus dan air tidak akan mampu memasuki sistem dalaman kekili.
Orang Jepun sememangnya bagaimana untuk menghasilkan kekili yang sangat baik, dan Daiwa ini tidak terkecuali.
Ia satu rekacipta yang indah dan agak unik pada masa yang sama. Daiwa telah mencipta kekili ini dengan galas bebola magsealed di kedua-dua belah gear pemacu.
Ini memastikan bahawa reel akan bertahan lebih lama, menghalang pembentukan karat atau apa-apa jenis kerosakan lain.
Kekili ini juga mempunyai badan aluminium, yang menjadikan gelendong itu sangat ringan.
NO.3 : Shimano Stella F1 Spinning Reel ($1420.00)
Shimano merupakan jenama kegemaran di kalangan pemancing dari semua jenis pancingan, dan jenama itu lebih dikenali untuk kualitinya daripada apa sahaja.
Stella F1, dikenali kerana mempunyai Driveetrain terbaik dan paling berkesan. Ini membuatkan kekili berfungsi dengan sangat mudah dan pantas -sesuatu yang anda akan hargai apabila pertempur dengan ikan.
Shimano menghasilkan produk yang luar biasa, dan kekili ini adalah sesuatu yang mesti ada, sekiranya anda pecinta Shimano.
Sekiranya anda seorang pemancing layang, kekili Seigler ini adalah suatu keharusan untuk dimiliki. Ia akan memberi anda keupayaan yang tiada tandingan dengan kekili lain.
Ia boleh menyimpan tali yang sangat panjang dengan bingkainya pada diameter 4.5 inci dan 1.75 inci lebar.
Malah, ia boleh menyimpan kira-kira 400 meter garis. Kekili ini direka khas untuk menangkap spesies ikan besar seperti trevallies dan tarpons.
NO.1 : The Holy Grail – ($58,000.00)
Satu je nak cakap…. perghhh! The Holy Grail telah dijual secara lelongan pada tahun 2011 di Angling Auctions.
Kekili yang dihasilkan oleh Graham Turner menyatakan tiada kekili lain yang dapat menandingi kekili ini. Yang pasti, anda tidak akan berpeluang melihat kekili ini beraksi di
padang pancing kerana ia menjadi barangan koleksi pemilik penghias bilik atau ruang tamu.
Rakit Yo’Yo merupakan salah sebuah rumah rakit terbesar yang ada di negeri Johor terletak di jajaran Sungai Layang, Pasir Gudang. Yo’Yo Rakit mempunyai 3 buah rakit dengan saiz yang berbeza dan dinamakan Rakit A, B dan C.
Rakit A yang kami kunjungi, sudah beberapa tahun beroperasi dan boleh dikatakan lengkap dengan fasiliti yang sesuai untuk kunjungan kaki pancing yang ingin membawa keluarga.
Dengan besar 200 x 500 kaki dan mampu memuatkan maksima 300 orang pada satu-satu masa, rakit ini boleh dikatakan cukup lengkap dengan kemudahan seperti tandas, surau, kedai makan, karaoke, air bersih yang disalurkan terus dari darat dan pelbagai lagi kemudahan lain.
Di Rakit A, terdapat 21 buah bilik penginapan dengan harga dari RM50 dan RM100 untuk kaki pancing yang membawa keluarga. Harga ini bolehlah dikatakan amat berbaloi terutama dengan kemudahan serba lengkap yang ditawarkan.
Kesempatan menemubual pemilik rakit penulis sempatlah bertanyakan bagaimana tercetusnya idea untuk membina rumah rakit ini. Menurut pemiliknya, Encik Hassan Talib, idea tertubuhnya rumah rakit ini pada asalnya sekadar suka-suka untuk hak milik persendirian.
“Namun, apabila mendapat permintaan yang tinggi daripada pemancing yang menginginkan rakit ini dibuka kepada umum, saya mula membesarkan rakit dan dari situlah bermulanya sambutan yang hangat daripada kaki pancing seluruh Malaysia”, katanya.
Ungkapnya lagi, selain daripada memancing sambil bersantai di rakit, Yo’Yo Rakit turut menyediakan khidmat ‘river cruise’ bagi mereka yang ingin menyusuri pemandangan dan keindahan Sungai Johor.
Selain itu, bagi pemancing yang ingin merasai kelainan, pihak Yo’Yo Rakit turut menyediakan khidmat sewa bot untuk memancing di kawasan sekitar Sungai Johor. Bot dengan enjin 15 hingga 250 kuasa kuda telah disiap-sediakan jika ada yang berminat untuk menjengah lubuk-lubuk yang ada di kawasan sekitar.
Rakit B & C
Selain Rakit A, anda juga boleh memilih untuk memancing di Rakit B dan C yang terletak berhampiran dengan rakit utama. Di Rakit B yang baru dibuka pada tahun 2014, saiznya jauh lebih kecil berbanding Rakit A. Rakit ini hanya mampu memuatkan sekitar 25 orang pada satu-satu masa.
Rakit ini juga kurang sesuai bagi mereka yang membawa keluarga kerana tiada bilik penginapan yang disediakan. Namun, untuk kaki pancing tegar, rakit ini sering menjadi pilihan kerana kawasannya yang berhampiran dengan pulau dan dikelilingi batu karang.
Di Rakit yang terbaru iaitu Rakit C ianya sesuai untuk pemancing yang membawa keluarga atau kumpulan kecil. Selain mampu memuatkan maksima sehingga 60 orang, terdapat juga 9 buah bilik penginapan dan pelbagai lagi kemudahan lain turut tersedia di sini.
Lubuk Laluan Ikan
Boleh dikatakan ketiga-tiga rakit yang ada di sini memang menjadi laluan pelbagai jenis ikan. Antara ikan yang sering menjadi habuan kaki pancing ialah siakap, kerapu, senangin, tanda, semilang, pari, pecah periuk dan bermacam-macam lagi. Rekod di rakit ini, ada pemancing yang pernah menaikkan siakap seberat 7 kg!
Malah, sewaktu kunjungan penulis boleh dikatakan pemancing yang memancing di sini mewah menaikkan pelbagai jenis ikan. Kena dengan kunjungan kami yang jatuh waktu air menyusur bani, memang tak menang tangan masing-masing menaikkan hasil tangkapan. Dari ikan sekecil-kecil gelama hinggalah sebesar siakap semuanya ada dinaikkan sewaktu kunjungan kami.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...