Bagi penggemar pancingan air masin yang menggunakan umpan tiruan, pasti mempunyai gewang pilihan tersendiri sebagai senjata ampuh untuk menjinakkan ikan. Di sini, kami kongsikan senarai gewang air masin terbaik sepanjang zaman yang dikumpul dari seluruh dunia. Mana tahu anda berkenan!

 

MirrOlure 52M

 

Dibuat oleh Harold LeMaster’s dan Phil Shriner’s L & S Bait Company sekitar tahun 1950 sebagai antara gewang air masin pertama mereka. MirrOlure 52M sangat berjaya hingga digelar sebagai ‘Troutmaster’. Gewang ini datang dalam model shallow, medium dan deep running.

Gewang tanpa bibir ini menghasilkan corak renangan yang menjadi kegilaan pemancing di Southeastern dan Gulf dan mampu menaikkan pelbagai spesies ikan.

 

Koleksi Gewang Air Masin Klasik 3

 

Mold Craft Wide Range

 

Pertemuan antara Captain Peter Wright dan Frank Johnson dalam satu trip memancing di Cozumel, Mexico pada 1977 menjadi titik permulaan kepada pengenalan salah satu gewang trolling paling produktif dan menjadi revolusi awal kepada gewang soft head.

Mold Craft Wide Range telah mencetak banyak rekod marlin termasuk tangkapan Atlantic blue marlin seberat 1189 lb menggunakan tali 80 lb. Gewang ini seterusnya menjadi model ikutan kepada rekaan gewang yang menyerupainya.

 

Koleksi Gewang Air Masin Klasik 3

 

Gibbs Original Pencil Popper

 

Stan Gibbs merupakan salah satu pereka gewang yang terkenal selepas zaman perang dunia kedua, di mana pancingan air masin menjadi trend meningkat naik pada masa itu.

IKLAN

Stan Gibbs memulakan syarikatnya pada tahun 1945 dan mula mendapat kepercayaan pemancing dengan inovasi ciptaan seperti Casting Swimmer, Polaris Popper dan Needlefish and Darter.

Namun original Pencil Popper menjadi antara inovasi paling bermakna dan dikenali sebagai penangkap ikan sebenar.

Gaya renangan sisi ke sisi dan sesekali gerakan atas bawah cukup menggoda dalam menaikkan mangsa demi mangsa.

 

Koleksi Gewang Air Masin Klasik 3

 

Rapala Magnum

 

Senarai ini memang tidak lengkap tanpa dimasukkan salah satu gewang daripada jenama Rapala. Gewang ciptaan Lauri Rapala diperbuat daripada kayu balsa dan cukup popular.

Rahsianya ialah mencipta gewang yang berenang sedikit ganjil berbanding renangan biasa daripada ikan kecil.

Gewang Rapala diakui cukup popular hingga ke hari ini termasuk gewang untuk air tawar. Bagi pancingan air masin, gewang Magnum memang terbukti dari sejak dahulu mampu menaikkan spesies ikan yang mempunyai saiz yang besar.

 

Koleksi Gewang Air Masin Klasik 3

IKLAN

 

Salas Jig

 

Salas jig telah menjadi kegilaan pemancing di West Coast kerana keupayaannya mampu menaikkan spesies seperti yellowtail, sea bass, albacore, tuna, barracuda, wahoo dan marlin.

Jig besi ini direka oleh keluarga Salas sejak awal 1950. Model Light 7X sesuai untuk light jigging manakala model Heavy 6X dan 7X lebih efektif untuk jigging vertical atau yo-yo.

Antara warna kegemaran pemancing ialah senorita, nacho dan mint sardine.

 

Koleksi Gewang Air Masin Klasik 3

 

Slug-Go dan Fin S-Fish

 

Gewang soft plastic menjadi buruan ramai pemancing sejak 1980 apabila keupayaannya terbukti mampu menggoda pelbagai spesies ikan.

IKLAN

Syarikat Herb Reed’s Lunker City Lures telah menawarkan 2 jenis soft plastic yang cukup efektif.

Fin S-Fish merupakan sebuah gewang yang berbentuk ikan yang diguna pakai bersama dengan leadhead.

 

Koleksi Gewang Air Masin Klasik 3

 

Storm Wildeye Shad

 

Terdapat sebuah lagi rekaan gewang soft-lure yang sangat popular sejak 8 tahun lepas iaitu Storm Wildeye Shad.

Pada mulanya gewang ini dikatakan kurang efektif dan hanya mempunyai rekaan yang cantik dan tidak tahan, namun keberkesanannya apabila digayakan terbukti apabila menaikkan ikan dalam masa yang singkat.

 

Koleksi Gewang Air Masin Klasik 3

 

Zara Spook

 

Pemancing tegar semestinya pernah mendengar terma ‘walk the dog’ dan gewang ini memenuhi apa yang dikatakan oleh terma tersebut.

Rekaan asal James T. Heddon ini diperkenalkan pada awal 1920an, diperbuat daripada kayu dan diberi nama Zaragossa 6500.

Pada lewat 1930an, gewang ini diinovasi menjadi Zara Spook dengan badan plastik namun mempunyai gaya renangan yang sama.

 

Koleksi Gewang Air Masin Klasik 3

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI