UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong/guide?
HAZZIM: Mula memancing pada usia 7 tahun dan mula belajar menjadi tekong seawal usia 14 tahun.
UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?
HAZZIM: Boleh mengisi masa lapang, minat dan hobi terhadap dunia pancing serta memberi kepuasan apabila memperoleh hasil yang lumayan.
UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong/guide?
Ads
HAZZIM: Mengetahui arah angin, mengetahui pasang surut air, tahu bagaimana kawal sampan apabila membelah lautan yang bergelora, tahu mengendali enjin sangkut, pandai membaca kompas, GPS & sonar.
Jiwa harus kental apabila mengharungi cuaca buruk, mengetahui jenis kerosakan & cara membaiki enjin, fizikal perlu sihat, tahan akan cacian daripada customer & tahu cara berenang.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?
HAZZIM: Rintangan yang dihadapi adalah ragam customer yang pelbagai jenis, cuaca yang tidak menentu & hasil pancing yang tidak memberansangkan.
Harapan saya agar dapat memiliki bot sendiri , mengenali ramai kawan-kawan dalam dunia pancing & dapat memuaskan semua hati pelanggan.
Ads
UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?
HAZZIM: Pengalaman manis adalah memperoleh hasil yang amat memuaskan serta mendapat ikan kerapu kertang 48kg.
Manakala pengalaman pahit pula adalah enjin rosak di tengah lautan yang bergelora, tercucuk duri sembilang, tidak memperoleh sebarang hasil tangkapan & hampir karam di kawasan Pulau Pangkor.
UMPAN: Berikan sedikit tip untuk memperoleh hasil pada trip anda?
Mendengar tunjuk ajar tekong, umpan perlu segar, kelengkapan memancing perlu lengkap & bersesuaian.
Ads
Pakej:
Nama bot: SEAHAWK
Saiz: 30’x8′
Enjin: 115hp
Harga sewa: RM750
Jumlah pemancing: 5 ORANG
Waktu memancing: 7 PAGI – 7 PETANG @ 6 PETANG – 9 PAGI
Lokasi memancing: PULAU PANGKOR & PULAU 9
Jeti: JETI KG PERMATANG, MANJUNG PERAK.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Persepsi masyarakat bercampur baur mengenai pertandingan memancing. Bagi yang tidak meminatinya, mereka akan beranggapan ia suatu pelaburan yang belum tentu dapat membuahkan hasil.Sudahlah begitu, modal sebelum menyertai pertandingan pun besar. Mana duit untuk beli peralatan memancing, umpan, yuran penyertaan, makan minum, tol dan minyak petrol kereta dan sebagainya.
Namun, bagi ramai kaki pancing tegar lain pula ceritanya. Bagi mereka, mana tahu rezeki akan berpihak kepada mereka. Kalau menang tempat pertama dah menang puluhan ribu ringgit. Dah tak perlu bersusah payah menabung. Tambahan pula untuk pertandingan memancing sirkit, berpeluang menang hadiah utama sebuah kereta… uishh bukan kepalang lumayan.
Melihat kepada situasi tersebut dapat kita lihat percanggahan pendapat mengenai perkara ini. Adakah benar tohmahan sesetengah pihak mengenai pertandingan memancing ini sekadar membuang masa, wang dan tenaga atau adakah ia mampu memberi impak yang positif bukan sahaja kepada individu malahan kepada negara?
Seperti yang diperkatakan awal tadi, terdapat beberapa elemen positif yang dapat dilahirkan melalui aktiviti pertandingan memancing ini: Pertamanya mengenai silaturahim yang dapat dibina melalui program sebegini.
Jika dapat kita lihat senario ini, tidak kira di mana sahaja pertandingan memancing dianjurkan pasti akan mendapat sambutan menggalakkan dari kaki pancing yang datangnya dari seluruh pelosok negara.
Jadi medium seperti inilah yang akan membantu para pemancing untuk mendapat lebih ramai rakan pancing yang datangnya dari daerah dan negeri yang berbeza. Para pemancing pula dapat berkongsi idea dan teknik terbaru bila mereka dapat berkumpul seperti ini.
Pertandingan memancing sebagai satu sumber pendapatan? Mungkin kedengaran agak janggal mengenai perkara ini, namun kita harus memandangnya melalui aspek yang lebih meluas. Sumber pendapatan di sini bukanlah hanya terhad kepada pemenang sahaja, bahkan ia meliputi keseluruhan industri ini.
Bagi pemancing yang berjaya menjadi juara di dalam sesebuah pertandingan memancing memanglah dianggap sebagai bonus untuk diri sendiri dan keluarga. Justeru itu, ini sedikit sebanyak dapat membantu pendapatan mereka.
Melalui pertandingan memancing ini jugalah dapat membantu peniaga-peniaga kecil yang ada di Malaysia. Apa tidaknya, bukan mudah untuk mereka mendapat peluang berniaga di dalam suasana meriah yang dapat mengumpulkan beribu-ribu orang di dalam satu masa. Jadi aspek sebeginilah yang dapat diperkatakan bahawa pertandingan memancing boleh menjadi salah satu sumber pendapatan.
Sebagaimana yang kita tahu, pertandingan memancing juga tidak terlepas daripada dicemari dengan isu-isu atau insiden yang sedikit sebanyak dapat merencatkan industri ini. Halal ke haram? Kini timbul perdebatan mengenai isu halal atau haram sesebuah pertandingan memancing itu. Ia telah pun menimbulkan kesan dan persoalan kepada ramai kaki-kaki pancing. Terdapat beberapa ahli Ulama yang berasa terpanggil untuk memberi komen mengenai perkara ini.
Berikut jawapan daripada Halaqah.net yang dapat menjelaskan mengenai isu halal dan haram pertandingan memancing.
“Dalam hukum mengadakan pertandingan memancing dan menyertainya serta menerima hadiah daripada penganjur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh penganjur dan peserta. Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang diambil daripada sumber yang mana? Adakah ia diambil daripada wang penyertaan atau hadiah itu sumbangan daripada individu atau agensi?
Sekiranya hadiah itu diberi hasil wang kutipan penyertaan maka hukumnya HARAM. Maka sumber haram ini tidak boleh dimanfaatkan untuk makan minum atau pakaian. Dua, keadaan haram yang wujud dalam pertandingan memancing ini.
Pertamanya kerana menyertai pertaruhan dan yang keduanya menerima hadiah dari pertaruhan tersebut. Contohnya, setiap peserta dikenakan yuran RM100, kemudian daripada yuran yang terkumpul itu diberikan hadiah kepada peserta yang berjaya menangkap ikan yang paling berat atau yang paling banyak (ikut peraturan pertandingan yang ditetapkan) menang, maka cara tersebut adalah haram kerana ia termasuk dalam pengertian pertaruhan (al-qimar) yang diharamkan.
Jika hadiah kepada pemenang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) daripada penganjur atau agensi yang menaja.”
Lukah ialah sejenis alat menangkap ikan di kawasan air tawar. Ia sesuai digunakan di tempat seperti tali air, sungai dan parit. Lukah berbentuk seakan-akan seperti bubu.
Ia diperbuat daripada bilah rotan atau buluh yang disusun dan diikat hingga menjadi seperti sebuah bekas. Lukah mempunyai saiz panjang lebih kurang satu meter dengan garis pusat lebih kurang 20 hingga 30 sentimeter.
Di bahagian hujung dalam lukah terdapat lubang untuk membolehkan ikan masuk di mana terdapat bilah rotan yang runcing dan tajam yang disusun menjadi seperti kon di sepanjang lalauan ikan. Ini menjadikan laluan tesebut semakin sempit dari lubang yang pertama sehingga lubang yang kedua.
Terdapat jejari tajam pada bahagian hujung lubang yang kedua. Ia bertujuan untuk mengelakkan ikan daripada terlepas keluar melalui lubang yang sama.
Ikan yang masuk sehingga melepasi lubang yang kedua akan terperangkap di bahagian dalam lukah. Terdapat juga lubang yang berfungsi untuk mengeluarkan ikan daripada lukah pada bahagian paling hujung lukah.
Cara memasang lukah mesti betul dan tepat. Lazimnya cari lokasi di mana ada arus air atau lubuk ikan atau dilaluan ikan yang telah dikenal pasti.
Bersihkan tempat meletak lukah daripada anak-anak kayu tetapi jangan merosakkan struktur asal di keliling kawasan lukah.
Biasanya tutup di bahagian atas lukah dengan anak-anak pokok dengan patahkan anak-anak pokok seperti pokok senduduk untuk elakkan panas dari cahaya matahari selain daripada memberikan situasi semulajadi bagi ikan. Lukah boleh dipasang sama ada menghadap arus air masuk atau sebaliknya.
Umpan yang dibungkus dalam kain sama ada umpan belacan atau perut ayam atau lain-lain umpan yang menarik ikan untuk masuk lukah. Secara teorinya ikan berenang menongkah arus jika lukah diberikan umpan. Jika memasang lukah dengan banyak unit dan jauh dari rumah pastikan di bahagian belakang.
diapungkan untuk berikan udara kerana ikan yang terperangkap terutama ikan keli dan ikan haruan perlukan udara untuk pernafasan.
Jika lukah dibenamkan semua pintu lukah atau akan terperangkap di bahagian dalam lukah. Ikan yang terhidu umpan di bahagian bawah arus akan datang dan mencari umpan dengan memasukki melalui pintu lukah.
Biasanya lukah dipasang waktu petang atau pagi hari kerana terdapat jenis-jenis ikan yang aktif pada waktu siang dan ada yang aktif pada waktu malam.
Periksa lukah setiap 24 jam untuk kawasan berarus terutama juka berlaku hujan lebat kerana banyak anak kayu atau daun akan menutup lubang lukah.
Bersihkan pintu lukah jika tersumbat dan isi semula umpan.
Cara mengutip ikan yang terperangkap adalah dengan membuka pintu belakang lukah yang juga berfungsi untuk mengeluarkan ikan daripada lukah pada bahagian paling hujung lukah.
Antara jenis ikan yang terperangkap seperti ikan keli, Ikan baung, Ikan patin, haruan, seluang, udang, belut, lampam, tilapia dan maam-macam jenis lagi. Kadang-kadang terdapat ikan yang musnah dimakan oleh ikan jenis lain jika lambat dikutip.
Penggunaan lukah untuk menangkap ikan masih relevan dalam masyarakat luar bandar. Kini lukah telah diberi nafas baru dengan bahan buatan moden namun mengekalkan konsep yang sama.
Rohu boleh dikategorikan sebagai game fish bagi pemancing lombong. Henjutan dan tarikannya kadangkala boleh menerbangkan pancing ke dalam lombong. Spesies ini sudah pandai memilih dan lebih peka kepada sebarang gangguan.
Pancingannya semakin complicated apabila setiap masa dan saat, lubuknya sentiasa berubah dan selera makannya semakin sukar dijangka. Oleh itu, eksplorasi pancingan rohu perlu lebih ekstrem dan disamping teknik bancuhan umpan yang perlu dipelbagaikan.
Terdapat dua cara untuk pancingan ikan rohu iaitu teknik apungan dan dasar. Pelampung biasanya digunakan apabila memancing di kawasan lombong ternakan itik dan teknik dasar lebih sesuai dipakai di kawasan lombong tinggal.
Pancingan berpelampung biasanya untuk menjerat rohu bersaiz kecil dan sederhana berskala 2kg ke bawah. Caranya dengan meletakkan pelampung setengah meter dari umpan bom dan dilontar ke kawasan tengah lombong ataupun di kawasan sekitar tempat belaan itik. Tunggu saja pelampung tenggelam dan strike.
Pastikan drag dikendurkan sedikit untuk mengelakkan henjutan akhir yang kadangkala boleh memusnahkan impian anda.
Kebanyakan pemancing lebih gemar menggunakan teknik pancingan dasar daripada apungan, mungkin kurang thrill agaknya. Berdasarkan pengalaman sebelum ini, rohu gemar bermain di geomorfologi lombong yang mempunyai kedlaman antara 1-5meter.
Jika lombong tersebut dalam melebihi 5meter, pelampung lebih sesuai digunakan kerana rohu biasanya akan bermain di kawasan permukaan, mungkin kerana bekalan oksigen tidak cukup banyak untuk spesies ini mencari makanan di kawasan yang dalam.
Tip yang paling penting untuk memikat rohu ialah merasuah dedak ayam di kawasan ikan itu bermain. Sebanyak 2-4kg dedak ayam diperlukan. Campurkan dedak tersebut dengan, kemudian dikepal dan dilontarkan ke kawasan pancingan.
Cari kawasan berteluk yang terdapat teratai atau kiambang. Atau pun cari kawasan yang mempunyai kawasan lantai panjangnya kira 2meter dari tebing sebelum drop off kerana ikan ini gemar bermain di antara tebing dan drop off.
Setelah dirasuah, guna dua set pancing dan lontarkan di kawasan rasuah. Tunggu sehingga buih-buih kecil timbul di permukaan menandakan rohu sudah mula menyedut dedak tadi.
Rohu memakan umpan dengan getuan kecil sebelum menelan terus umpan yang disaji. Oleh itu, jika ada getuan, jangan sentap dahulu. Sabar dan tunggu sehingga ikan ini melarikan umpan kerana ikan ini akan menelan umpan setelah menggetu beberapa kali.
Cuma, kita perlu bersedia dengan henjutan pertama rohu apabila ia merasakan mata kail di dalam mulutnya dengan lariannya ibarat torpedo dan sukar dijangka. Sentap dengan perlahan dan pastikan sistem regangan diselaraskan dengan betul agar tidak rabut.
Pancing hendaklah sentiasa diangkat tinggi dan jangan kendurkan tali semasa bertarung. Ikan ini akan bertarung habis-habisan sehingga ke tebing. Mainkannya sehingga ikan letih dan gunakan tangguk atau lip grip untuk menaikkan ikan.
Jika ikan tersebut melebihi 5kg sedangkan set pancing agak kecil, cuba kawal sistem regangan sebaiknya agar tali tidak putus. Ikan ini biasanya akan melarikan umpan ke kawasan reba atau berstruktur, teknik tekanan perlu digunakan.
Tahan ikan itu dengan sistem regangan yang ketat sedikit untuk mengajak ikan itu lari ke kawasan tengah air kemudian setkan regangan ke aras biasa biarkan ianya lari ke tengah lombong.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...