Nama: Hamzan

Nama FB: Hamzan Setia

Umur: 44 tahun

Status: Tekong laluan kapal

 

UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong / guide?

HAMZAN: Saya tidak pasti sejak bila saya mula memancing tetapi pengalaman saya di laut bermula sejak saya berusia 12 tahun hinggalah sekarang.

Saya mula menjadi tekong dan membawa pemancing sejak dari tahun 2000.

 

Khidmat Tekong: Hamzan – Tekong Lubuk Ikan Merah

 

UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?

HAMZAN: Mungkin disebabkan oleh pengaruh genetik kot. Saya dari keluarga nelayan di perairan Port Klang ini. Ayah juga seorang tekong dan memiliki bot sendiri.

Mungkin dari situlah datangnya minat dan meneruskan kesinambungan kerjaya di laut ini.

IKLAN

 

Khidmat Tekong: Hamzan – Tekong Lubuk Ikan Merah

 

UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong / guide?

HAMZAN: Kriteria untuk menjadi seorang tekong kena tahu menggunakan kompas. Tahu kedudukan arah angin arus dan kedudukan dasar laut.

Kebiasaannya ikan yang di dasar seperti jenak, merah, kerapu duduk di tanah putih selut kapur. Jika tanah hitam dia takkan duduk pasal tanahnya berbau.

Kebiasaannya spesies ikan yang suka duduk di tanah hitam ialah alu-alu, aruan tasik, tenggiri dan jerung sahaja yang duduk di tanah hitam.

 

Khidmat Tekong: Hamzan – Tekong Lubuk Ikan Merah

 

IKLAN

UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?

HAMZAN: Selain dari masalah cuaca, ada banyak rintangan lain lagi. Saya sering berhadapan dengan masalah kerosakan enjin bot.

Kos untuk membaik pulih apatah lagi menggantikannya dengan enjin baru bukanlah murah. Begitu juga dengan kenaikan kos bahan api.

Kita terpaksa naikkan kos sewa dan itu tentunya tidak disenangi oleh pelanggan.

 

Khidmat Tekong: Hamzan – Tekong Lubuk Ikan Merah

 

UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?

HAMZAN: Kenangan manis tentulah apabila melihat wajah kegembiraan para pelanggan kembali ke jeti dengan wajah manis.

Kenangan pahit pula bila melihat wajah cemas para pelanggan apabila berhadapan dengan cuaca buruk di laut dan enjin bot mengalami masalah dalam cuaca yang buruk juga.

IKLAN

 

Khidmat Tekong: Hamzan – Tekong Lubuk Ikan Merah

 

Pakej Sewa:

 

Bot: 35 kaki x 9 kaki

Enjin: 150hp twin

Harga sewa: RM1500 (umpan disediakan)

Jumlah pemancing: 6 pemancing

Waktu memancing: 8.00 pagi – 8.00 malam / 8.00 malam – 8.00 pagi

Lokasi memancing: Laluan kapal antarabangsa Port Klang

Jeti: RSYC Port Klang

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI