Mersing, satu daerah pinggir laut yang cukup popular di negeri Johor. Tentu saja ia merupakan destinasi memancing yang diminati ramai.
Sama ada perairan air tawar mahupun air masin, kedua-duanya adalah tarikan utama pemancing ke Mersing ini.
Sekiranya anda lebih meminati pancingan laut dalam, maka pilihan anda adalah sesuatu yang wajar kerana aktiviti pancingan laut dalam seperti jigging sedang hangat diaplikasi di sini.
Ramai operator pakej memancing yang boleh anda pilih dan salah seorang daripadanya ialah Nadzri yang pernah popular dengan nama jolokan Tekong Viral.
INFO OPERATOR PAKEJ
Ads
Nama bot: P7 Junior
Nama pemilik bot : Pak cik Zack
Nama tekong : Mohd Nadzri Ismail
Usia tekong : 38
No h/p : 0132329087
Pengalaman : 8 tahun
Ads
Spesifikasi luas bot: 30 kaki x 7 kaki
Enjin : Suzuki 140hp
Kapasiti pemancing : 6 orang
Jeti : Jeti Batu Sungai Muka 2, Mersing.
Ads
Kawasan memancing : Perairan Pulau Besar, Pulau Seri Buat, Tokong Burung, Pulau Bahara, Pulau Jahat dan Pulau Tioman
Teknik pancingan : Jigging, casting, candat, popping
Sewa (Harga) : RM 1200
Pakej Termasuk : Ais n mineral
Waktu memancing :8am-7pm (Nak lajak lebih masa pun boleh kalau nak menyandat).
Antara pelanggan yang pernah menggunakan khidmat pakej Tekong Nadzri:
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Kehidupan di bandar raya sememangnya diakui penuh kesibukan. Detik yang berlalu seolah sangat pantas menandakan betapa sibuk dan lajunya perjalanan hidup di bandar. Bagi mereka yang inginkan hentian untuk bernafas dan mencari ketenangan, apa kata anda berkunjung ke sukasuka lake retreat yang terletak di lenggong, perak.
Suka-Suka Lake Retreat merupakan sebuah homestay dengan konsep yang sangat unik. Terletak di Kampung Kelantan, Lenggong, Perak, homestay ini sangat sesuai bagi mereka yang mahu mencari ketenangan selain lari dari kesibukan kota.
Kunjungan anda ke sini akan dilayan sebaik mungkin oleh pemilik homestay ini iaitu Aziz Abd Manaf atau mesra disapa Pak Aziz. Pak Aziz sangatlah peramah dan tidak lokek untuk berkongsi apa sahaja cerita berkaitan homestay selain memberikan layanan terbaik sepanjang kunjungan anda ke sini.
Tarikan Konsep Luar Bandar
Menurut Pak Aziz, Sukasuka Lake Retreat pada asalnya bermula sekitar tahun 1995 disalah sebuah tanah pulau di Tasik Raban. Setelah lebih sedekad beroperasi di pulau, Pak Aziz akhirnya membuat keputusan untuk lebih menumpukan operasi homestay di tanah besar atau mainland sekitar tahun 2009 sehingga sekarang bersama isterinya iaitu Kak Asiah dan anak bongsunya, Azam.
Pak Aziz sempat berkongsi cerita berkaitan konsep homestay ini. Konsep utama di Sukasuka Lake Retreat ialah menjadikannya lokasi untuk berkongsi cara hidup di luar bandar serta lari daripada kesibukan. Malah, menurut Pak Aziz lagi, perkataan`retreat` itu sendiri memberi maksud lari dari kesibukan.
Selain itu, antara keunikan yang akan anda lihat jika berkunjung ke sini ialah keadaan dan bentuk binaan rumah yang ada di sini. Rumah yang terdapat di sini merupakan rumah asal di mana ia mengekalkan ciri-ciri keaslian binaan tradisional asal rumah.
Menurut Pak Aziz, rumah di sini datangnya dari Sayong, Lenggong, Parit, Kati, Selama dan Bukit Gantang. Selain mengekalkan binaan tradisional, Pak Aziz turut melakukan sedikit pengubahsuaian untuk keselesaan pengunjung seperti ruang mandi yang dilengkapi mandian air panas.
Keunikan yang terdapat di sini juga sering menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Kunjungan pelancong terutama dari luar negara sudah pasti untuk merasai suasana kehidupan tradisional masyarakat di sini. Mereka akan diajar makan menggunakan tangan, bermain permainan tradisional seperti congkak, memasak serta berjalan menjelajah kampung berdekatan.
Lokasi Di Tasik Raban
Lokasi Sukasuka Lake Retreat yang terletak di Tasik Raban juga sering menggamit kedatangan pelancong dalam negara termasuklah kaki pancing. Bagi kaki pancing, di sini merupakan antara lokasi yang terbaik untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sambil melakukan aktiviti memancing.
Kebelakangan ini, Tasik Raban cukup terkenal dengan spesies pendatang iaitu peacock bass dan saiznya juga mampu mencapai sehingga 48cm panjang. Selain daripada peacock bass, spesies tempatan lain juga masih boleh didapati di sini seperti toman, sebarau, tengalan dan belida walaupun mungkin populasi spesies tempatan agak berkurangan berbanding masa lepas.
Bagi yang mahu menjalankan aktiviti rekreasi air pula, anda boleh memilih untuk menginap di pulau dan melakukan aktiviti berkayak atau kayak fishing. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti berkumpulan atau team building di pulau yang dikelilingi oleh air Tasik Raban ini kerana pulau ini mampu memuatkan sehingga 20-25 orang dalam satu masa.
Menurut Pak Aziz, sambutan dan maklum balas yang diterima oleh pengunjung yang pernah datang ke sini cukup menggalakkan. Malah, untuk rekod, terdapat pengunjung yang telah datang kembali ke sini sebanyak 66 kali.
Bagi pengunjung dari luar negara, homestay milik Pak Aziz ini telah menyambut kedatangan pelancong asing dari 117 buah negara berlainan. Ini menunjukkan betapa Sukasuka Lake Retreat merupakan hentian untuk lari dari kesibukan yang pasti akan menggamit anda untuk kembali ke sini.
Starter manual jarang bermasalah tetapi musibah yang berlaku akan terjadi tanpa kita duga. Berikut cara-cara membaiki manual starter yang rosak atau spring tolakan yang patah akibat dari spring yang berkarat atau telah lama.
Step 1
Tali starter yang telah kendur akibat spring yang patah.
Step 2
Keluarkan tali penarik starter.
Step 3
Spring yang patah dikeluarkan dari “sarang” spring.
Step 4
Keluarkan Spring dan bentuk semula kekunci seperti asal yang patah. Panaskan spring di atas api bersuhu tinggi bagi memudahkan spring dibentuk dan tidak patah. Lakukan dengan berhati hati.
Step 5
Kekunci yang telah siap dibentuk.
Step 6
Gulungkan semula spring dan masukkan ke dalam “sarang” spring.
Step 7
Spring yang telah berada lemas dalam sarang dan sedia di “lock” pemicu starter.
Step 8
Masukkan semula ke dalam pulley starter dengan betul dan pastikan tali starter dalam keadaan tegang seperti asal. Ianya selesai dan boleh digunakan seperti biasa.
Step 9
Spring yang patah. Mungkin kesan daripada penggunaan semasa di perairan masin dan jangka hayat yang perlu diperbaiki.
Black snapper atau tembaring merupakan raja air paya payau dan juga air tawar. Bukan mudah untuk menundukkan permata hitam ini kecuali dengan peralatan pancing yang sepadan.
Casting Reel
Sama ada reelmenegak atau mendatar, kebanyakannya sesuai untuk memancing tembaring. Memancing tembaring tidak memerlukan reelberkelajuan tinggi sebaliknya reel berkelajuan rendah dan kayuhan bertenaga bagi mengimbangi kekuatan pemangsa.
Tambahan pula persembahan umpan tidak perlu digayakan dengan laju. Berdasarkan pengalaman, reel nisbah gear 5:1 dan ke bawah seperti Daiwa Zillion crazy Cranker (gear ratio 4.9:1) merupakan reelterbaik untuk dipadankan.
Rod
Rod aksi sederhana, kuasa kelas medium berkuatan 10-20lb hingga 15-25lb dan panjang 5.5-6.5 kaki merupakan rod yang selesa dan sepadan untuk digunakan. Jangan pandang ringan dengan kekuatan tembaring walaupun bersaiz kecil. Tambah habitatnya adalah di kawasan reba banat yang mencabar.
Gewang
Tidak dinafikan, gewang crank atau cranbait lure merupakan gewang plug yang paling serasi dengan tembaring di perairan kita. Walaupun ada kejadian mencatatkan gewang permukaan turut menerima sambaran namun peratusannya sangat rendah.
Pelbagai model gewang crank boleh digunakan namun sehingga kini gewang Ofmer X Deep kod warna Fire tiger menepati saiz mangsa yang menjadi diet utama tembaring.
Tali Utama
Tiada masalah jika ingin menggunakan tali tangsi atau mono sebagai tali utama namun disarankan gunalah tali sulam berkuatan 30-40 lb.
Perambut / Leader
Tali perambut dari jenis fluorocarbon berkuatan 40-50lb sangat digalakkan penggunaannya sepadan dengan tali utama.
Leader yang keras dan tahan lasak amat penting bagi menangani kerakusan pemangsa serta geografi padang pancing.
Mata kail
Amat disarankan pilihlah mata kail (treble hook) berkuatan 4X-6X. Harus diingat daya hentaman tembaring berupaya meluruskan atau merapatkan mata kail dengan mudah. Tidak perlu memilih mata kail yang mahal harganya. Mata kail VMC 4X sudah memadai.
Split Ring & Snap
Split ring dan snap berkuasa tinggi atau tugas berat perlu digunakan sekiranya anda tidak mahu berputih mata atau kehilangan gewang kesayangan. Carilah split ring dan snap yang mampu menahan tekanan sehingga 80-100 lb.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...