Sering kali komposisi mengambil gambar dipandang enteng, dengan gaya bersahaja kebanyakan pemancing mengambil gambar menggunakan teknik: ‘asal nampak ikan dalam gambar, ok lah tu…”. hakikatnya, adalah penting jika kita tahu teknik sebenar menggunakan komposisi tertentu.
Komposisi sesuatu gambar sebenarnya penting dalam apa jua teknik mengambil gambar sekalipun. Dari gambar potret di studio hingga ke litar lumba mahupun di dasar laut, ia mampu menimbulkan mood yang berbeza setiap kali menatapnya. Ia menjadikan jurufoto tersebut lebih kreatif walaupun hanya memakai kamera kompak. Ikuti tip di bawah ini.
Sebagai jurufoto, ambillah gambar rakan anda yang begitu seronok mendapat habuan besar menggunakan teknik Rule Of Third.
Apakah maksud Rule Of Third?
Rule of third adalah teori berkenaan komposisi gambar. Biasanya, bila rakam gambar, kita akan compose supaya subjek kita berada di bahagian tengah gambar. Kebanyakan jurufoto akan mengambil gambar secara terus.
Tidak salah, tapi kurang menarik. Untuk lebih kreatif, kita boleh compose gambar kita supaya subjek berada di bahagian lain selain daripada bahagian tengah gambar kita. Tetapi, bagaimanakah komposisi subjek yang paling sesuai dalam sesuatu gambar?
Teori rule of third ini memberikan panduan kepada kita di mana harus kita letakkan subjek kita di dalam gambar yang dirakam.
Untuk menggunakan teori ini, anda perlu bayangkan 2 garis menegak dan 2 garis melintang dalam viewfinder anda.
Garisan-garisan ini perlu menghasilkan 9 bahagian yang sama besar. Ingat, anda perlu bayangkan sahaja garisan ini, garisan ini tidak terdapat dalam viewfinder anda.
Untuk menepati teori rule of third, subjek anda perlu berada pada man-amana titik pertemuan garisan-garisan ini. Ada 4 titik pertemuan kesemuanya.
Jika anda tidak dapat letakkan subjek anda pada salah satu titik pertemuan ini, sekurang-kurangnya, subjek anda mesti berada hampir dengan titik pertemuan ini.
Menurut kajian, jika subjek anda berada pada salah satu titik pertemuan garisan menegak dan melintang ini, subjek akan jadi lebih ‘outstanding’ atau menyerlah di dalam gambar.
Gunakan teknik Depth of Field (DOF) supaya imej latar belakang menjadi kabur. Ini membuatkan subjek menjadi lebih fokus.
Jika waktu malam, flash diperlukan tetapi jangan terlalu dekat mengambil gambar ikan. Sinar pada badan ikan terpantul menyebabkan imej menjadi berkilau.
Pastikan ikan tersebut baru dinaikkan, dan bukan setelah beberapa jam baru mengambil. Hasilnya, subjek menjadi lebih segar, bukan seperti ikan yang beli di pasar buat model.
Sila pakai sarung tangan sekiranya ikan tersebut berduri.
Pastikan tangan anda tidak menutup muka ketika memegang ikan.
Jika ikan tersebut berbisa, buang bisanya dahulu.
Dekatkan ikan anda di hadapan kamera, supaya imej ikan yang ditangkap lebih jelas. Jangan sampai ikan menutup muka anda.
Pegang ikan sebolehnya menggunakan kedua belah tangan. Jika ikan besar dan berat, mintalah pertolongan rakan anda.
Kalau boleh senyumlah hingga ke telinga walaupun anda mendapat ikan puyu sahaja.
Sesetengah ikan seperti sembilang, toman, keli, malong, tenggiri, duri, tuka, pari, alu-alu mampu mendatangkan kecederaan sekiranya tidak dikendalikan dengan baik sewaktu berjaya memperolehnya. Sengat duri sembilang misalnya cukup berbisa jika terkena tangan dan perlu gunakan playar untuk memotong durinya. Gunakan juga gancu, sauk atau lip grip ketika mengendalikan ikan-ikan jenis berduri dan bersengat ini.
Risiko Kecederaan
Sentiasa berhati-hati ketika memancing di kawasan yang licin dan berbatu-batu. Gunakan kasut yang sesuai yang tapak kasutnya mampu memijak dengan baik. Sukar digambarkan sekiranya berlaku terseliuh atau lebih parah lagi patah ketika memancing di kawasan hutan pegunungan, tebing atau pinggir pantai berbatu. Elakkan memancing atau pergi di kawasan yang berbahaya dan pastikan kasut dan pakaian yang sesuai untuk mengelak kecederaan. Untuk kawasan memancing yang tiada liputan telefon, pemancing atau grup trip berkenaan perlu ada telefon satelit bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Mabuk Laut
Risiko yang kerap terjadi kepada kaki pancing yang tidak biasa atau tidak selalu turun memancing di laut. Kepada yang alah dan mabuk laut, tetapi mahu turun memancing di laut, persediaan perlulah dilakukan dengan baik. Telan pil tahan mabuk setengah atau sejam sebelum menaiki bot. Selain itu elakkan makan makanan yang berminyak dan berlemak sebelum menaiki bot. Rehat dan tidur yang cukup sebelum trip ke laut adalah tonik terbaik sebelum anda seronok memancing tanpa diganggu mabuk laut. Buat persiapan awal setup memancing.
Mangsa Kecurian
Barangan peribadi seperti telefon bimbit, kamera antara gajet yang majoritinya kaki pancing akan bawa setiap kali memancing. Kaki pancing perlu bersedia dengan beg kalis air untuk melindungi dua barangan ini dari terkena hujan atau jatuh ke dalam air. Elakkan meninggalkan kereta di kawasan yang terpencil dan dalam tempoh yang lama tanpa sebarang pengawasan. Kes tayar kereta hilang dicuri, kereta di pecah masuk atau hilang antara kes-kes yang pernah berlaku. Jangan jadikan anda mangsa keadaan.
Ancaman Kumpau
`Kumpau` atau `kumpau berdarah` adalah istilah terma yang masyhur dan sering diguna pakai dalam hobi ini bila tidak dapat ikan. Ia adalah risiko yang kaki pancing perlu sedar. Ingat, hobi memancing bukanlah satu bentuk pekerjaan, sebaliknya ia lebih kepada satu hobi yang mampu memberi keasyikan dan ketenangan diri pada ketika bertarung menaikkan ikan buat insan-insan yang terpilih.
Salam admin… boleh tak berikan satu contoh besi pancang yang sesuai untuk memancing di pantai? Maklum sajalah kalau besi biasa tentu cepat berkarat sebab air laut kan masin. Kalau boleh ada cara tak untuk buat sendiri pancang ni?
JAWAPAN:
Tidak dinafikan lagi untuk memancing pantai, pancang adalah salah satu perkakas penting yang perlu dibawa. Malah wajib bawa. Tak boleh tak bawa. Tanpa pancang mustahil nak memegang joran yang panjang sepanjang masa.
Kadangkala pancang yang terjual tidak berapa kukuh bila dipacak ke dalam pasir. Untuk mengelakkan joran tumbang bila ditarik ikan, anda boleh mengubah suai pancang yang dibeli dari kedai atau membuat pancang khas untuk pancingan pantai mengikut kesesuaian joran anda.
Anda cuma perlu mencari besi bulat dan padat, panjang mengikut kesesuaian pemegang joran. Kemudian perlu sediakan batang paip sekurang-kurangnya 1 inci lebih atau mengikut ukur lilit pemegang joran.
Akhir sekali anda perlukan pelapik skru (washer). Anda boleh membuat pancang ini di kedai-kedai welding seperti kedai pembuat pagar dan sebagainya. Terangkan pada tukang besi jenis pancang yang anda ingin buat.
Sediakan gambarajah menerangkan cara untuk membuat pancang, cuba tunjuk pada tukang welding dan jelaskan padanya. Pasti mereka tahu bagaimana untuk membuatnya. Sebaiknya bawa sekali joran anda kemudahan bahan rujukan.
Dan bahan terbaik untuk elak berkarat tentu saja material stainless steel.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...