Apabila ditanya, apakah keistimewaan memancing di kolam yang diuruskan oleh beliau, Sani M. Arshad, atau lebih mesra dengan panggilan Wak Sani hanya menyatakan satu perkara saja – kedamaian. Sejak mengambil alih pengurusan dari pengurusan sebelumnya pada 15 Mac 2014 yang lalu, suasana damai dan harmoni ketika memancing itulah yang beliau cuba praktikkan.

 

Dengan mengatasi permasalahan masalah banjir, saliran serta sistem keluar masuk bekalan ke kolam dan kemudahan yang lebih mesra kepada pemancing pemancing, lantas Wak Sani menamakan kolam pancing air tawar komersial tersebut sebagai Kolam Harmoni.

 

Kolam Pancing Retro – Kolam Harmoni Puchong

 

KOLAM BENTUK BOOMERANG

Kolam yang terletak di Kampung Pulau Meranti, Puchong, Selangor ini mungkin agak tersorok sedikit ke dalam kawasan perkampungan, namun usah bimbang kerana terdapat papan tanda arah ke kolam di jalan utama bagi memandu arah khusus pemancing yang buat pertama kali ke kolam tersebut.

 

Setibanya di lokasi kolam, pemancing pastinya tidak sabar untuk merasai keseronokan memancing di Kolam Harmoni. Landskap Kolam Harmoni ternyata berbeza dan bukannya tipikal seperti kebanyakan kolam yang berbentuk empat segi. Berkeluasan 500 kaki X 500 kaki ia lebih menjurus berbentuk boomerang.

 

Kolam Pancing Retro – Kolam Harmoni Puchong

IKLAN

 

Berkedalaman antara 6 sehingga 8 kaki dan penghuni kolamnya mula mencecah 15 tan terdiri daripada patin, tongsan, rohu, pacu dan likoh. Seperti kebanyakan kolam lain, Kolam Harmoni turut mengamalkan konsep pancingan tangkap dan lepas melebihi 3 kilogram ke atas. Sementara spesies kurang dari 3 kilogram boleh dibawa pulang.

 

Patin yang mendominasi ruang kolam dianggarkan 8 tan dengan skala spesies terberat 12 kilogram. Tongsan sisik halus hanya setengah tan namun saiz terberat sudah mencecah 20 kilogram. Rohu dengan berat 3 kilogram ke atas mencecah 3 tan, sementara pada setiap minggu 600-800 kilogram rohu bersaiz kecil untuk pancingan bawa pulang dimasukkan ke kolam.

 

Kolam Pancing Retro – Kolam Harmoni Puchong

Tambah menarik bagi kaki rohu, pihak kolam sedia membeli semula rohu dengan nilai RM 4 per kilo. Sementara pacu bersaiz 3 kilogram ke atas juga dengan anggaran 3 tan. Manakala ikan karak atau siamese carp bersaiz 4-7 kilogram terdapat kira-kira 30 ekor.

 

IKLAN

OPERASI 24 JAM

Selain daripada kuantiti dan skala saiz ikan yang seronok untuk dipancing, kolam yang beroperasi selama 24 jam ini turut menawarkan pakej memancing yang jarang ditawarkan oleh kolam-kolam lain.

 

Syarat yang dikenakan hampir sama saja, maksimum 2 mata kail, pelampung tidak dibenarkan dan begitu juga dengan organ dalaman haiwan sebagai umpan. Dengan yuran RM 33 untuk 4 jam pertama dan tambahan RM 5 untuk setiap jam berikutnya, pihak kolam menawarkan pakej tangkapan dengan ‘boll’ di dalam mulut ikan yang amat berbaloi.

 

Kolam Pancing Retro – Kolam Harmoni Puchong

 

Setiap ekor patin 7 kilogram ke bawah akan dibayar balik RM 1.50 perkilo. Patin 7 ke atas (pakej harian) bagi tangkapan pertama bernilai RM 100, kedua RM 70, ketiga RM 60, keempat dan kelima RM 50. Bonus untuk patin 11 ke atas turut disediakan daripada jumlah RM 500. Pacu di bawah 5 kg pula dibayar RM 2 perkilo.

IKLAN

 

Sementara untuk pacu 5kg ke atas bagi tangkapan pertama dibayar RM 50, kedua RM 30 dan ketiga RM 20, Rohu 3 kg ke bawah dibayar RM 4 perkilo, 3-6 kg RM 3 perkilo, sementara rohu 6 kg ke atas bagi tangkapan pertama diberi bonus RM 100, kedua RM 70, ketiga RM 60, keempat dan kelima RM 50.

 

Kolam Pancing Retro – Kolam Harmoni Puchong

 

Bagi setiap tangkapan tongsan sisir halus pula, tangkapan pertama RM 50, kedua RM 30 dan ketiga RM 20. Dan bagi setiap ekor karak 5 kg ke atas akan memperolehi RM 50 seekor dan di bawah 5 kg pula RM 30 seekor.

 

Kemudahan untuk solat turut disediakan begitu juga dengan kantin yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Dan demi keharmonian, Kolam Harmoni tidak menganjurkan sebarang pertandingan atau game sebaliknya mengalu-alukan jika mana-mana kelab memancing yang ingin mengadakan komplot atau event sebagaimana komplot silaturahim yang dianjurkan oleh Team Jelajah A1 Pacak. Komplot memancing silaturahim itu berjaya mengumpul sehingga 70 orang pemancing dari pelbagai kelab di Lembah Kelang, Negeri Sembilan dan Melaka.

 

Kolam Pancing Retro – Kolam Harmoni Puchong

 

*Untuk mengetahui maklumat terkini kolam bolehlah hubungi Facebook Kolam Mancing Harmoni

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI