Sebahagian daripada zat ikan mampu melawan penyakit kanker. Ikan ini mempunyai kandungan yang sangat diperlukan oleh tubuh agar dapat mencegah tumbuhnya sel-sel abnormal di dalam tubuh yang mampu diserang penyakit barah.
Mengubati Penyakit Asma
Untuk mengubati penyakit asma secara menyeluruh hingga ke akar umbi, anda disarankan mengambil ikan kitang sebagai diet secara rutin. Ini kerana kandungan gizi yang terdapat pada ikan ini mampu mengubati masalah penyakit asma secara rutin.
Mencegah Risiko Diserang Diabetes
Cegahlah penyakit diabetes mulai sekarang, kerana penyakit ini cukup berbahaya. Biasanya jika seseorang diserang penyakit ini boleh menyebabkan kaki membengkak.
Jika tidak dirawat ia akan mengakibatkan kaki membusuk dan apabila sudah parah maka harus dipotong.
Ads
Untuk mencegahnya, cubalah anda mulai memakan ikan kitang mulai sekarang. Ikan ini memiliki kandungan yang dapat mencegah risiko diserang diabetes.
Sebaiknya juga pilihlah ikan yang masih segar dan di rebus saja untuk dapatkan khasiatnya.
Protein pada ikan kitang bagus untuk membangunkan sistem kekebalan tubuh. Dengan memakan ikan ini, tubuh anda akan memiliki resistensi untuk melawan rasa sakit akibat racun, bakteria, mahupun virus.
Protein ikan juga berfungsi menjaga keseimbangan asid dan garam dalam tubuh (mengatur PH tubuh). Namun fungsi utama dari protein ikan ini adalah sebagai zat pembentukan otot.
Ads
Kepelbagaian zat dan vitamin
Selain itu, ikan kitang turut mengandung saturated fatty acid (SFA) yang berfungsi mengawal kegemukan.
Mengandungi monounsaturated fatty acid (MFA) yang berfungsi sebagai pembanteras kolesterol jahat.
Mengandungi polyunsaturated fatty acid (PFA) yang mempercepatkan proses penyembuhan luka pada anggota badan.
Ads
Mengandungi Vitamin A untuk mengubati jerawat dan kesihatan kulit.
Mengandung Vitamin B12 yang bagus untuk menambah kadar hemoglobin dan eritrosit. Dapat untuk menenangkan sistem syaraf pusat yang tegang.
Mengandungi Kalium. Kalium amat penting bagi tubuh sebagai pembangkit energi di tubuh yang bekerja sama dengan mineral lain seperti Natrium (NA).
Cuti sekolah baru-baru ini, saya dan Apit sudah bercadang mahu mencuba lubuk baru yang lebih mengancam dan mendebarkan. Kali ini kami memilih sebuah lubuk yang mula menjadi sebutan di kalangan kaki pancing.
Lubuk ini terletak dalam hutan simpan yang masih dara dan belum sangat diteroka. Lokasinya di sebuah kawasan pedalaman di negeri Kedah. Selain saya dan Apit, Nasha dan Iwan juga menawarkan diri untuk pergi. Kami bercadang untuk bermalam sehari di kawasan ini.
Perjalanan dengan kereta Wira kesayangan saya mengambil masa hampir dua jam ke hutan simpan ini. Setelah meletakkan kereta di kawasan yang disediakan, kami terpaksa berjalan kaki meredah belukar setinggi pinggang hingga sampai di satu kawasan perkampungan orang asli.
Dari situ perjalanan diteruskan dengan melalui celah bongkah batu yang besar. Aliran air yang mengalir di celah-celah batu sangat jernih dan segar hingga kami minum begitu sahaja. Inilah air mineral yang paling sejuk dan jernih yang pernah saya jumpa. Setelah berjalan hampir dua jam, akhirnya kami tiba di satu kawasan lapang yang boleh memuatkan tiga buah khemah. Inilah tempatnya. Di hadapan kami terbentuk sebuah lubuk dalam yang airnya berwarna kehijauan.
Suasananya sejuk dan nyaman. Pokok hutan sebesar dua pemeluk seolah-olah memayungi kawasan ini agar redup. Sesekali saya dapat melihat kocakan ikan di dalam lubuk seolah-olah menyambut mesra kedatangan kami ke situ. Tanpa membuang masa, saya dan Apit terus mendirikan khemah ringkas berbentuk A. Nasha dan Iwan pula sudah bersiap dengan joran dan umpan masing-masing. Misi kami untuk mencari lauk yang bakal dijadikan hidangan makan tengah hari.
Maklumlah perut sudah berkeroncong untuk diisi. Dengan berbekalkan umpan yang dibuat daripada isi kelapa sawit dan beberapa ramuan rahsia, Nasha terus melabuhkan jorannya di tengah lubuk yang airnya sangat tenang dengan riak kecil di atas permukaannya. Tidak sampai dua minit, seekor ikan baung sebesar lengan budak dua tahun melontar lemah di hujung kail.
Iwan pula berjaya memperolehi ikan tengas seberat hampir setengah kilogram dan dua ekor ikan baung. Saya terus membakar ikan-ikan itu setelah dibersihkan isi perutnya manakala Apit pula membuat bahan cicah yang berupa kicap yang dicampur dengan hirisan bawang besar dan cili api.
Setelah menikmati makan tengah hari, kami berempat berlumba-lumba melabuhkan joran. Menjelang jam 6 petang, ikan seperti beransur kurang dan saya mendapat ikan sebarau seberat setengah kilogram sebagai mangsa terakhir. Sedang asyik menaikkan ikan, Apit memberi isyarat dengan tangannya menunjuk ke satu arah.
Jelas pada pandangan saya seperti satu barisan panjang pelbagai jenis bunga-bungaan seperti mawar merah, kenanga, cempaka, melur dan beberapa jenis lagi hanyut dengan tenang di hadapan kami. Terdapat juga limau purut yang dipotong dua.
Haruman limau segar jelas menusuk hidung. Sebaik sahaja kami terlihat bunga-bungaan ini (seperti ada orang yang mandi bunga di hulu sungai) saya dan kawan-kawan melompat naik ke darat. Malam itu, perasaan kami sedikit berdebar.
Kami berempat seperti terkelu. Berlaku lagi satu peristiwa yang agak menyeramkan pada malam itu. Pada jam 11 malam, saya terdengar sekumpulan anak kecil sedang riuh bermain di tepi khemah yang saya diami bersama Apit. Saya menyuluh keluar, namun tiada satu apa pun yang kelihatan.
Entah mengapa tergerak hati saya untuk menyuluh ke atas pokok dan ketika itu terasa jantung mahu gugur apabila melihat beberapa kepala tergantung tanpa badan dan kaki, mata merah merenung saya dalam keadaan marah. Walaupun merasa gementar dan takut, saya tidak pula memberitahu kawan-kawan tentang perkara itu saya hanya mendiamkan diri dan tidur sehingga pagi.
Keesokan harinya, saya mengajak kawan-kawan pulang kerana tidak sedap hati dengan situasi yang dialami. Nasya meminta rancangan pulang ditangguhkan ke tengah hari supaya kami dapat memancing lagi. Namun, sebaik sahaja kami melihat seekor biawak sebesar anak buaya keluar daripada belukar berhampiran merangkak perlahan, menuju ke gigi air hasrat Nasya itu kami tolak mentah-mentah.
Kami mengemas segala peralatan khemah dan joran lalu bergerak keluar meninggalkan kawasan itu pada jam 8.30 pagi. Di pertengahan jalan, kami berjumpa dengan Tok Batin orang asli yang dikenali dengan nama Tok Maneh. Kami terus menceritakan kejadian aneh yang kami alami kepada Tok Maneh.
Orang tua itu hanya tersenyum dan berkata kami bernasib baik kerana tidak diganggu oleh puaka hutan yang memang biasa mengganggu pemancing yang baru berkunjung ke situ. Tok Maneh juga telah menunjukkan kami satu lokasi terbaik untuk memancing ikan. Di sini kami telah berjaya memperolehi lapan ekor sebarau yang sederhana saiznya, baung, lampam, tengas dan juga temperas.
Walaupun telah menempuh pengalaman aneh dan misteri namun saya dan kawan-kawan tidak merasa serik untuk berkunjung ke sini lagi. Saya percaya walau di bumi mana kita berada kita tetap berkongsi dunia dengan makhluk Allah yang lain. Wallahualam.
Nampaknya aktiviti tak semenggah seperti menggunakan alat kejutan elektrik untuk menangkap ikan terus berleluasa. Apa pandangan korang tentang aktiviti haram seperti mengaren ikan, tuba atau bom?
“Rosak benih-benih ikan macam ni… Induk-induk yang terlepas selepas kena karen pakat mandul habis… takkan ada generasi baru lagi macam ni. Contoh ikan sturgeon kat empangan hidro luar negara… mana ada generasi baru. Semua generasi lama sebab hidup dalam kawasan berelektrik.”
– Awang Spanar
“Tengah sedap mengaren, tergelincir pulak dalam air… baru tahu syok kena karen! Hahahaha.”
– Sayur Keladi
“Suruh dia kerja dengan TNB la nak main karen2 ni… haha.”
– Jashaniesyam Salleh
“Biasanya mereka yang buat benda ni bukan dalam kategori angler… mereka ni lebih kepada mencari keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan buruk akibat perbuatan tersebut.”
– Muhaidi Dee
“Kasi letak dalam aquarium belut karen… huhuhu. Bia ikan pulak karen dia.”
– Epi Botowski
“Jangan karen dia, bom terus dia tu… baru tau!”
– Alexson David
“Karan…. ikan yang tak boleh kat depa… yang kecik mati… yang besar… terencat. Kepala besar badan kecik. Bom… kecik besar semua mati…. lubuk-lubuk baik punya habis. Tuba… sepanjang sungai… ikan habis mati.”
– Rosdi Gtpb
“Di kampong aku… motor pernah kena bakar. Gara-gara menangkap ikan dengan cara begini….”
– Yakob Farizan
“Kalau kami di Brunei, saya belum pernah tengok orang karan ikan, kalau selam ikan banyak di kawasan kampong-kampong.”
– Dady Agurl Chia
“Selfish. Biasa terdiri dari orang yang cetek pengetahuan dan bodoh sombong. Tindakan undang-undang yang lebih ketat perlu dilaksanakan.”
– Mohd Nor Fadzuan
“Kat kmpung saya hari tu ada orang tuba parit… habis ikan ngan jenggo timbul. Kami kejar nasib tak dapat… Kalo dapat nahas la…!”
– Queija Azrani Azhar
“Mohon karen balik kepala hotak dioanrg nie… bagi boleh fikir kelakuan diorang nie apa akibatnya…”
– Tie Baik
“Kritikal… bagaikan sudah tiada jalan pnyelesaian… mereka juga tumbuh macam cendawan.”
– Khairul Azman
“Isu mengkaren dn bom ikan ni perlu dibincangkan selalu supaya orang yang terlibat/lakukan perkara ni tau betapa kesan negatif pada alam sekitar terutama pada spesies ikan… sekaligus mengundang kepupusan ikan di kawasan itu. Kesimpulannya masih ada tiada kesedaran dan sikap tamak pentingkan diri masih berlaku.”
– Shamsul Adha
“Memang tak bermanfaat betul bagi aktiviti menuba, bom dan sebagainya.” – Irsyad Alt
“Kalau nak buat report pasal aktiviti ni, nk report dkt jabatan mana?”
– Mat Kerie
(mohon repot pada Jabatan Perikanan terdekat – admin)
“Wahhhh… rasa macam nak terajang bontot diorang je… lepas tu sebat dengan galah berarus letrik tuh…”
– Usu Lan
“Atas sebab kurang pendedahan dan kesan masa hadapan. Punca dorg buat aktiviti ni.”
– Azizul BeNt
“Mereka tak memikirkan masa depan ekosistem yang ada sekarang. Mungkin apa yang dipikirkan hanyalah keuntungan semata-mata. Banyak lagi cara yang mudah dengan penggunaan bubu @ lukah & jala…”
– Hairul Nizam
“Saya penah ikut kawan karen ikan guna bateri di Batu Kurau dulu… pada pendapat saya karen ikan ni tak la mengancam nyawa ikan sangat berbanding dengan menuba atau meracun ikan sebab karen ikan ni hanya pada jarak renjatan berhampiran dengan ikan berbanding dengan menuba… apapun saya kurang bersetuju dengan cara karen, menuba atau menjaring ikan…”
– Kelisa Merah
“Kalau aku jumpa orang macam ni aku kasi lastik dia punya kepala… bodoh punya orang… habis anak-anak ikan mati.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...