Kandungan kalori dan kolesterol pada lobster pun lebih rendah jika dibandingkan dengan ayam atau lembu. Protein yang tinggi ini dapat membantu pembentukan tenaga, pemantapan gula dalam darah, dan menurunkan berat badan dengan diet rendah kalori.
Daging lobster mengandungi asid lemak omega-3 yang sangat tinggi. Asid lemak omega-3 itu dapat mencegah penyakit jantung dan menjaga kesihatan jantung.
Orang yang berisiko tinggi terkena penyakit jantung, disarankan untuk mengganti produk haiwan lainnya dengan lobster.
Ads
Kandungan gizi lobster yang lengkap seperti vitamin B12, kalium, selenium, natrium, fosfor, asid lemak omega-3, dan protein ini membuatnya menjadi sumber makanan yang kaya akan nutrisi.
Tak ada salahnya jika anda sesekali menghidangkan lobster sebagai hidangan keluarga untuk mencukupi keperluan gizi anda sekeluarga.
Ads
Pengambilan daging lobster sama halnya dengan pengambilan multi vitamin tablet atau suplemen kesehatan kerana dalam daging lobster mengandungi vitamin, kalium, vitamin B12 dan elenium.
Semua itu sangat penting bagi kesihatan. Kandunganan gizi di dalam lobster dapat meningkatkan vitaliti, libido menjadi lebih kuat dan tahan lama serta meningkatkan stamina.
Ads
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Untuk mencari pes perisa di pasaran itu mudah. Namun pes perisa seperti pandan atau strawberi hanya bersifat bahan tambahan kepada sesuatu umpan.
Umpan berbentuk sos cecair yang diadun dengan pelbagai campuran bahan inilah yang tidak banyak terjual di pasaran.
Namun ia boleh dihasilkan sendiri sebagaimana sos umpan dalam perkongsian ini.
Bahan-bahan keperluan:
1 kotak air kacang soya (1 liter)
4 sudu besar Milo
3 biji telur itik
1 bekas taufufakosong (banyak terjual di pasar malam)
1/2 paket yis segera
1 biji kelapa tua (diparut)
Cara-cara pembuatan:
(Semua bahan-bahan ini boleh dimasukkan ke dalam mesin pengisar tanpa perlu mengikut aturan atau kuantiti. Yang penting kesemua bahan dikisar halus sehingga sama ada dikisar sekaligus ataupun diulang sehingga habis.)
Tempe dipotong kecil kemudian dimasukkan ke dalam bekas pengisar. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan sebaiknya setiap kali mengisar terdapat kesemua bahan.
Setelah kesemua bahan dikisar sehalus yang mungkin, masukkan sos ke dalam bekas seperti botol sehingga 3/4 penuh.
Sos ini perlu diperam bagi menjalani proses penapaian sekurang-kurangnya 5 hari sebelum boleh digunakan. Dalam proses penapaian ini gas akan terhasil yang boleh menyebabkan letusan berlaku sekiranya ia disimpan di dalam bekas bertutup dan akan melimpah keluar jika kuantitinya terlalu padat di dalam bekas simpanan.
Sos umpan ini amat sesuai digunakan bersama roti. Pada waktu ia digunakan nanti bolehlah ditambah sedikit perisa seperti pandan atau strawberi bergantung selera ikan di mana-mana kolam pancing.
Hanya dengan menggunakan beberapa pes perisa halal yang boleh digunakan untuk masakan, korang sudah boleh menjadikannya sebagai bahan umpan untuk memikat deria ikan bagi memakan umpan yang korang laburkan.
Bahan keperluan:
2 Botol (saiz sederhana) perisa pandan kelapa Original
1 Botol (saiz sederhana) perisa pisang Original
1 Botol (saiz sederhana) perisa badam Original
Cara penyediaan umpan:
Sediakan sebuah bekas atau botol minuman kosong saiz 500 ml. Tuangkan 2 botol perisa pandan kelapa ke dalam botol kosong ini. Kemudian tuangkan pula 1 botol perisa pisang ke dalam botol tersebut.
Seterusnya masukkan pula 2 penutup botol perisa badan ke dalam botol tersebut.
Goncang botol campuran perisa pandan kelapa, pisang dan badam sehingga campurannya sebati. Sebaiknya biarkan 10 hingga 15 minit umpan ini sebati sebelum digunakan.
Cara penggunaan umpan:
Umpan ini boleh digunakan bersama apa saja roti sandwic, roti kentang, serbuk roti, dedak dan juga palet. Untuk ujian ini palet 920 menjadi pilihan dan digunakan dengan teknik perambut dua mata kail.
Rendam dan tos dengan segera 1 kg palet di dalam bekas bancuhan umpan. Biarkan seketika sehingga palet menjadi lembut.
Tuangkan umpan pandan pikat memikat ini (anggaran 10-15 penutup botol) ke atas palet dan goncang hingga sekata. Biarkan seketika sehingga umpan meresap pada palet.
Cucuk jajan atau keropok jagung pada mata kail. Kemudian kepal palet kira-kira segenggam pada kedua-dua mata kail dan pastikan mata kail tergantung kemas di tengah-tengah kepalan palet.
Dedak (apa saja jenis dedak termasuklah dedak ayam)
Pelet
Serbuk pes belangkas Ulong
Air
Mata bom
Langkah 1
Masukkan apa saja jenis dedak (1kg) ke dalam kekas bancuhan umpan.
Langkah 2
Masukkan pula satu bungkus serbuk pes belangkas.
Langkah 3
Gaul dedak dan serbuk belangkas sehingga sekata.
Langkah 4
Masukkan air (air sungai atau kolam) sedikit demi sedikit sehingga bancuhan sesuai dikepal. Jika sungai yang berarus, sebaiknya bancuhan sedikit liat dan tidak mudah peroi.
Langkah 5
Ambil mata bom dan cucuk 1 atau 2 biji pelet yang telah dilembutkan dengan air dan digaul dengan serbuk pes belangkas.
Langkah 6
Kepal bancuhan dedak pada spring yang ada pada set mata bom atau mata rambai.
Langkah 7
Umpan yang siap untuk digunakan. Sekiranya arus agak laju, gunakan batu ladung yang sesuai agar umpan ini tidak hanyut.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...