Ikan pecah periuk yang juga digelar ikan kakap batu ialah sejenis ikan kakap yang memiliki tubuh warna hitam hampir legam. Ikan yang kelihatan hitam, hodoh dan kotor ini sebenarnya memiliki rasa yang sangat enak. Malah ia juga mengandungi khasiat yang mengagumkan.

 

Mengatasi Stress

Stres boleh dialami oleh sesiapa saja, sama ada yang tua mahupun orang muda. Ia kadang kala diabaikan begitu saja, tidak segera ditangani, sedangkan ia hanya menyebabkan ia bertambah parah. Ia juga boleh mengakibatkan kadar peratusan asid dalam darah tubuh anda menaik. Amalkanlah memakan ikan pecah periuk ini untuk mengatasinya.

 

Mengubati Mata Kering

Mata kering mampu membuatkan orang lebih sukar untuk melakukan beberapa kegiatan, seperti menggunakan komputer atau membaca untuk jangka waktu yang agak lama. Maka dari itu anda perlu memakan ikan kakap batu ini untuk mengatasinya.

 

Mencegah Herpes

Herpes merupakan jenis penyakit kulit yang disebabkan oleh virus varisella, dapat menyebabkan kulit menjadi ruam. Biasanya disulami sakit dan demam. Jika mengalami seperti itu terkadang penyakit sering cepat sembuh dan kemudian muncul lagi. Namun ikan kakap batu dapat mencegahnya.

IKLAN

 

Mengandungi Protein Tinggi

Dengan pengambilan ikan pecah periuk setiap hari, ia dapat memberi manfaat yang mencukupi keperluan protein tubuh kita, membantu melancarkan proses metabolisme. Selain dapat mengatasi depresi, meningkatkan mood dan baik untuk pencernaan.

 

 

Mencegah Rematik

Sering memancing pada waktu malam akan menjadi salah satu penyebab rematik. Ketika berada dalam keadaan cuaca sejuk, udara yang lembab dan angin kencang, maka tubuh akan mengalami penyumbatan tenaga. Namun anda tidak perlu terlali risau kerana pengambilan ikan pecah periuk ini mamp mencegahnya.

 

 

Mencegah Obesiti

Daging ikan pecah periuk tergolong kadar lemaknya rendah jadi dapat mencegah obesiti atau kelebihan berat badan. Jadi apabila anda makan sehari tiga ekor ikan pun tidak berpengaruh jadi cepat gemuk. Selain itu juga terhindar dari kolesterol tinggi, sehingga jauh dari penyakit yang dapat membahayakan tubuh anda.

 

Mengandungi Zat Besi

Zat besi yang terdapat pada ikan pecah periuk bermanfaat sebagai bahan utama pembentukan darah. Sehingga ini juga baik apabila diamalkan oleh penderita anemia, supaya membantu eritrosit. Selain itu juga daya tahan tubuh anda akan tambah meningkat, jadi tidak akan mudah pening, lelah ataupun lesu.

 

Memperkuat Tulang dan Gigi

Kandungan mineral berupa kalsium dan fosfor yang ada pada ikan pecah periuk memberi manfaat untuk memperkuat struktur tulang serta gigi manusia, sehingga terhindar dari kerapuhan tulang. Maka dari itu ini sangat baik apabila diambil secara rutin, terutama bagi masa tumbesaran anak-anak.

 

Menurunkan Kolesterol Tinggi

Ikan pecah periuk jika dimakan secara rutin dan teratur berkhasiat dapat menurunkan kolesterol tinggi pada tubuh anda, kerana mengandung kadar lemak yang sangat rendah. Bahkan ia turut membantu menghalang timbulnya penyakit serangan jantung mahupun stroke.