Tahukah anda terdapat spesies ikan yang mampu menyebabkan anda khayal dan berhalusinasi setelah memakannya?
Malah spesies ikan ini terkenal sebagai recreational drug utama ketika zaman memerintahan Empayar Rom.
Recreational drug bermaksud bahan ambilan untuk tujuan keseronokan dan bukan untuk tujuan perubatan, contohnya rokok atau alkohol seperti pada hari ini.
Spesies Salema porgy atau nama saintifiknya Sarpa salpa (S. salpa) ialah sejenis ikan bream.
Ads
Ikan ini boleh ditemui di perairan Atlantik Timur serta Laut Mediterranean dari Cyprus hingga ke Afrika Selatan.
Jalur berwarna emas pada badan ikan cow bream ini merupakan antara tanda pengenalan utama ikan ini. Spesies ini dilaporkan mampu menyebabkan simptom halusinasi.
Ads
Simptom halusinasi ini pernah dilaporkan dalam tahun 2006 apabila 2 orang lelaki memakan menu ikan ini di sebuah restoran di Mediterranean.
Beberapa minit setelah memakan spesies S. salpa ini, mereka mulai tidak sedarkan diri dan berhalusinasi.
Simptom tersebut berlarutan selama 36 jam sebelum mereka kembali normal. Menurut mangsa, pengalaman ketika simptom halusinogen begitu menakutkan bagi mereka.
Ads
Mereka menjelaskan melihat visual-visual dan suara-suara yang sukar dijelaskan setelah memakan ikan tersebut.
Begitu pun, menurut kajian saintifik, dalam kes sebegini, penyebab halusinogen bukanlah akibat daripada ikan S. salpa secara langsung.
Simptom halusinogen setelah memakan ikan ini sebenarnya berpunca daripada alga dan phytoplankton tertentu yang menjadi diet utama bagi S. salpa ini.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan bonita hitam boleh ditemui di seluruh semenanjung terutama kawasan pantai, unjam dan kawasan ikan pelagik. Kadang kala kita boleh nampak ia berlegar di keliling bot pemancing.
Sebagai ikan pelagik, pergerakan harian lebih tertumpu kepada kawasan yang kaya dengan sumber makanan seperti tukun, unjam, boya dan pulau berkarang. Ia juga sering berenang bersama-sama dan menjadi teman setia kepada ikan yu paus (whale shark).
Ia biasanya mengemudi yu paus dengan berenang di hadapan (kadang-kala bawah mulut) seolah-olah betul-betul di dalam mulut besar yu paus yang hanya memakan plakton. ini menjadikan bonita hitam agak terselamat dari sebarang serangan pemangsa lain seperti jerung dan alu-alu dengan adanya ‘bodyguard’ di belakang.
bonita hitam salah satu spesies pelagik yang gemar meronda di merata tempat bukan saja di permukaan air, malah di dasar, pertengahan air dan kawasan pantai. Ia merupakan spesies tunggal yang mewakili satu keluarga Rachycentridae. Ikan gemi walaupun satu lagi spesies yang hampir serupa bentuk badan dan warna namun ia adalah keluarga yang berbeza.
bonita hitam mempunyai badan tegap seperti selinder membujur, berwarna coklat gelap serta satu jalur warna cerah (putih). Berekor tirus bercabang berbeza dengan haruan atau toman yang mempunyai ekor bulat.
Begitupun ia boleh disifatkan pemburu atau gemar makan menyambar dengan rakus bak toman yang kelaparan. Jaluran warna cerah memudahkan pemancing mengenali spesies ini dengan mudah apabila ia berada di dalam air.
Barisan gigi halus atas dan bawah membuatkan sukar untuk mangsa melepaskan diri dari cengkaman memberi kelebihan kepada pemancing apabila ia meragut umpan yang di hulurkan. Bermata kecil dan mempunyai kepantasan renang yang laju hasil tujahan ekor cabang yang lebar.
Ia boleh membesar sehingga 2meter dan berat maksimum sehingga 78kg. Saiz yang biasa di temui sekitar 0.5meter hingga 1meter. Spesies jantan dan betina sukar dibezakan dengan sekali pandang. Ia seakan -akan sama.
bonita hitam adalah ikan pelagik pemburu. Ia sentiasa berkeliaran mencari mangsa di kawasan yang memiliki makanan yang banyak. Mangsa pula terdiri dari anak-anak ikan pelagik, sotong, udang, ketam dan lain-lain anak ikan yang berada di habitat laluannya seperti anak kunyit.
Ikan gegerut atau gerut-gerut dengan nama umum javelin grunter atau javelin grunt merupakan anggota dalam famili besar Haemulidae. Sementara Haemulidae pula terbahagi kepada dua sub famili, Haemulidae dan Plectorhinchus (sweetlips).
Spesies dari genus Pomadasys dengan nama saintifik Pomadasys kaakan ini mendapat nama jolokan ‘grunts’ berikutan kemampuan mereka menghasilkan atau mengeluarkan bunyi yang kuat dengan melaga atau menggesel gigi pharyngeal mereka.
Terdapat kira-kira 19 genera dan 132 spesies Haemulidae di seluruh dunia. Di negara kita sendiri memiliki 5 genus dan 28 spesies Haemulidae. Terdapat 17 spesies sweetlips dan 11 spesies Haemulidae dari genus Pomadasys (grunters) sahaja.
Taburan Haemulidae (Pomadasyidae) boleh ditemui di lautan Atlantik, Hindi dan Pasifik. Indo-Pasifik Barat, Laut Merah dan pantai timur Afrika ke Asia Tenggara, utara ke Taiwan, selatan ke Queensland, Australia.
Javelin grunts mempunyai sirip dorsal tunggal berterusan 9 hingga 14 segmen duri dan 11 hingga 26 sinar lembut. Memiliki bentuk badan langsing,profil kepala sedikit cembung, bibir tidak menebal, dua liang dan alur pusat di bawah dagu.
Tiada tulang belakang antrorse sebelum asal sirip dorsal; takuk mendalam antara spinous dan bahagian yang lembut di sirip dorsal.
Warna biasanya perak dengan warna keemasan di sisi, operkulum atas zaitun kuning, yang agak hitam moncong, ditindih dengan kuning.
Spesimen juvenil mempunyai 7 hingga 11 band menegak di sisi atas, spesies matang ketara dengan band yang dibentuk oleh bintik sejajar dalam baris menegak.
Gerut-gerut berskala saiz 35 cm dianggap mencapai kematangan. Ia mampu membesar panjang sehingga 80 cm namun spesimen yang lazim diperoleh sekitar 50 cm sahaja.
Spesies gerut-gerut ini mendiami lautan dengan pantai keruh dengan berpasir pada kedalaman hingga 75 meter. Ia turut memasuki sistem muara sungai dan , boleh bertolak ansur dengan air dengan kemasinan rendah.
Sering dikaitkan atau ditemui berhampiran bangkai kapal laut berhampiran pantai Manakala diet utama gerut-gerut adalah krustasea dan ikan yang lebih kecil.
Genus & Species – Pomadasys (Lacépède, 1802)
Pomadasys aheneus McKay & J. E. Randall, 1995 (Yellowback grunt)
Tidak semua jenis pancingan membolehkan anda menyimpan hasil tangkapan dengan sempurna. Kebanyakan situasi pancingan dari daratan membataskan peralatan yang ingin dibawa ke lokasi. Contohnya jika memancing di sungai pergunungan. Tentu saja sukar untuk bawa tong ikan dan juga air batu. Walau bagaimana pun, ada cara-cara tertentu yang boleh diilhamkan.
Bagi pemancing dari atas batu tebing pulau, tangkapan boleh disimpan dengan meletakkan ia ke dalam bekas jaring yang direndam dalam kolam batu berair. Tangkapan kemudiannya bolehlah disiang sebelum pulang.
Kolam batu yang terlindung lebih baik dari yang terdedah dek panas matahari. Jika tiada lindungan semulajadi, ia boleh dilakukan dengan cantuman tuala, beg, kayu atau lebihan joran. Atau sekurang-kurangnya lindungkan ikan dengan tuala basah dan sentiasa disegarkan dengan air laut yang sejuk dan bersih.
Pemancing pantai pula boleh menyimpan tangkapannya dari terikan matahari dengan cara menggali lubang pada pasir pantai yang basah. Kemudian, kambus tangkapan itu sehingga waktu pulang.
Apa pun cara yang anda pilih, buatlah usaha sama untuk mematikan dan menyiang ikan sebaik sahaja ia dipancing. Seterusnya cari tempat sesuai untuk menyimpan ikan itu selembap dan sesejuk yang mungkin. Jika dibiarkan ikan berjemur, rosaklah hidangan yang berpotensi keenakannya.
Pemancing yang menggunakan bot sememangnya tiada alasan untuk membawa peti simpanan ikan dengan kuantiti ais berpatutan. Disamping itu, peti ini juga boleh menyimpan air minuman sejuk, makanan segar dan umpan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...