Bagi pemancing yang sering memancing di muara atau kuala sungai, terutama di kala senja, tentu anda pernah melihat percikan belanak yang melompat keluar dari air. Tidakkah anda hairan kenapa mereka melompat? Adakah penerangan yang rasional atau ianya salah satu misteri kehidupan yang tidak tersingkap?

 

Spesies belanak cukup banyak. Tetapi dalang utama yang suka melompat itu ialah dari spesies Mugil cephalus. Spesies ini boleh dijumpai di seluruh dunia dan hakikatnya, ia mungkin satu-satunya spesies yang berperangai kuat melompat secara spontan.

 

Ketahui Sebab Sebenar Ikan Belanak Melompat Dari Air

Jom join port baru di www.facebook.com/umpania101

 

Ikan lain ialah layaran, yang selalu dilihat melompat berulang-ulang kali. Namun layaran dikatakan melakukan sedemikian untuk tujuan menakutkan dan mengepung mangsanya. Bagaimana pun keterangan ini tidak boleh diterima pakai untuk belanak, kerana dietnya terdiri dari bahan organik reput dari dasar muara.

IKLAN

 

Dari pemerhatian yang lebih terperinci, lompatan belanak didapati cukup tersendiri. Lazimnya ia bukanlah satu gesaan untuk terbang keluar, sebaliknya satu perbuatan bermalas-malasan dan perlahan. Kadangkala ikan ini sekadar menujah kepalanya ke permukaan air.

 

Jadi apakah alasan yang munasabah tentang sifatnya itu? Mungkin bertempiaran lari dari pemangsa seperti siakap, senangin, siakap merah atau sebagainya. Tetapi andainya angkara pemangsa, pasti keseluruhan kumpulan akan melompat bersama-sama dalam keadaan panik yang ketara. Bahkan jika lari dari pemangsa sekali pun, tentu ia akan melompat berulang kali bukannya sekejap-sekejap.

 

Ketahui Sebab Sebenar Ikan Belanak Melompat Dari Air

IKLAN

 

Ada beberapa teori dari pemancing yang agak melucukan. Misalnya, oleh kerana belanak sering berenang dalam air berkeladak, maka mereka kerap melompat untuk mendapatkan bearing dan melihat ke mana mereka pergi! Ada juga yang menyifatkan sang belanak itu ingin bersuka ria.

 

H.D. Hoese, seorang ahli biologi yang berjaya mencari jawapan mengapa belanak suka melompat dalam subtajuk. ‘The Diving Bell Hyphothesis.’ Dalam kajiannya itu, beliau mendedahkan bahawa belanak jenis Mugil cephalus ini mempunyai ciri fizikal yang agak unik. Di belakang tekaknya terdapat satu ruang menganjur yang dibekalkan dengan banyak saluran darah. Selalunya bila banyak saluran darah, bermakna banyaklah pengangkutan gas.

 

Jadi dalam kes ini, ianya diteorikan (tetapi tidak dibuktikan) bahawa ruang yang sungguh bervaskular itu bertindak sebagai tambahan kepada respirasi insang, yang membekalkan oksigen kepada rangkaian sistem darah. Ianya dipanggil organ ‘pharyngobranchial’ (secara ringkasnya, ‘insang tekak’). Maka dijangka bahawa lompatan atau tujahan belanak itu sebenarnya untuk `meneguk’ udara, dan oksigen diekstrak oleh organ respirasi tambahan tersebut.

IKLAN

 

Ketahui Sebab Sebenar Ikan Belanak Melompat Dari Air

Jom join port baru di www.facebook.com/umpania101

 

Teori ini lebih logik, kerana belanak meluangkan banyak masanya menapis makanan melalui kelodak dan lumpur organik di dasar muara, di mana tahap oksigen selalunya sangat rendah. Oleh itu, apabila ada gesaan untuk ia memerlukan lebih banyak rangsangan oksigen. Belanak naik ke permukaan untuk menghirup udara dan turun semula seperti loceng yang timbul dan tenggelam.

 

Sang belanak lebih kerap melompat apabila kandungan oksigen terlarut dalam berada pada tahap terendah. Jadi, selepas ini jika ternampak belanak melompat, tahulah kita bahawa ia muncul kerana nak bernafas, bukan nak berseronok-seronok.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI