Ikan siakap merah atau mangrove jack (MJ) terkenal dengan kerakusannya memburu makanan dan jaya juangnya yang kuat apabila terkena pancing serta kepintarannya membawa lari gewang ke kawasan reba dan batu.

 

Siakap Merah mudah ditemui di kawasan berstruktur seperti reba, batu dan karang. Lazimnya hidup secara berkumpulan apabila masih kecil dan apabila besar sifat kewilayahannya terserlah dan hidup dalam kawasannya sendiri. Warna spesies ini boleh berubah-ubah mengikut kawasan dan warna air tempat ianya tinggal seperti warna merah hati, warna ke cokelatan dan kekuningan.

 

Peel Perangai Spesies MJ Yang Wajib Diketahui

 

Mangrove Jack boleh dikategorikan sebagai ikan samseng, kerana ikan ini begitu rakus mencari makanan dan sifat kewilayahan membuatkan ia menyerang hampir ke semua ikan yang menghampiri kawasannya. Ia menyerang hendap mangsanya dengan membuat serangan mengejut.

 

Penggunaan umpan hidup seperti udang dan anak ikan adalah cara terbaik untuk memburu spesies ini, namun penggunaan hirisan ikan pasar segar seperti ikan selayang juga boleh digunakan kerana darah ikan selayang dapat menarik perhatian MJ untuk memakannnya.

 

IKLAN

Peel Perangai Spesies MJ Yang Wajib Diketahui

 

Untuk memancing MJ ini, kawasan berstruktur seperti bangkar kayu, tebing berbatu serta struktur tiang adalah lokasi terbaik. Namun ianya juga pernah di tangkap di kawasan yang jauh dari kawasan tebing iaitu di tengah laut dan selalunya saiznya lebih dari 4 kilogram.

 

Set pancing yang sesuai untuk memburu spesies ini adalah dari kategori ringan dan sederhana berat seperti rod dari 10-20lb dan reel dari 1000-4000 bagi memaksimumkan kepuasan bertarung dengan spesies ini.

 

Peel Perangai Spesies MJ Yang Wajib Diketahui

IKLAN

 

Tetapi awas! MJ adalah spesies yang bijak melarikan umpan ke kawasan berstruktur dan membuatkan anda berputih mata dengan kejadian seperti perambut putus dan matakail terkangkang. Anda perlu pantas menarik ikan ini keluar dari tempat kawasan persembunyiannya.

 

Kaedah Umpan Hidup

 

Jika menggunakan umpan hidup, teknik yang sering saya gunakan adalah dengan cara mata kail diikat terus ke tali serap henjutan (shock leader) yang telah di sambung dengan menggunakan ikatan FG Knot ke tali utama.

IKLAN

 

Peel Perangai Spesies MJ Yang Wajib Diketahui

 

Penggunaan batu ladung jenis hidu” saiz kecil sambil stopper dipasang antara mata kail dan batu ladung bagi memudahkan kita menetapkan jarak antara umpan dan batu ladung. Umpan dilontar dan seterusnya dikarau perlahan-lahan dan berhenti seketika di dasar lubuk.

 

Teknik casting juga sudah popular untuk memburu MJ ini. Set seperti rod dari 10-20lb dan reel dari jenis round baitcasting atau low profile dan juga spinning yang tahan air masin adalah sesuai serta tali sulam berkekuatan antara 20-30lb dan shockleader antara 30-40lb bagi mengelakkan putus akibat bergeser dengan batu atau teritip.

 

Peel Perangai Spesies MJ Yang Wajib Diketahui

 

Gewang selaman dalam serta bergemerincing adalah terbaik dengan skema warna terang seperti oren, merah, putih dan silver.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI