Taktik ikan ketarap melepaskan diri bila terkena pancing ialah menyelusup ke dalam karang dan ini menyebabkan perambut selalu putus bila bergesel dengan karang yang tajam. Set yang sesuai ialah reel spinning dikunci dengan drag maksimum dan dipadankan dengan rod PE 3-5 yang keras dan pendek. Tali utama yang sesuai ialah 50lb disambung perambut pendek maksimum 1 meter sahaja.
Ads
Bila Ketarap menjamah umpan kita mestilah cepat bertindak mengangkat joran setinggi yang boleh sambil menahan asakan ikan yang akan lari ke karang. Tahan seketika dan kemudian buatlah 4-5 karauan secepat mungkin supaya ikan ditarik jauh dari kawasan karang.
Ads
Untuk menyediakan umpan, ketam nipah ini mesti dikopek cengkeranya dan dipotong empat bahagian jika umpan itu besar. Ketuk sedikit kaki nya supaya aroma ketam itu keluar membuat ketarap lebih cepat menjejak umpan.
Ads
Setelah umpan dicangkuk ke mata kail, hulur perlahan-lahan dan bila sudah jejak ke dasar, tarik atau pusing kekili untuk menggantung umpan setinggi 1 meter dari dasar. Jika kena musimnya kita tidak menunggu lama untuk ketarap membedal umpan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Umpan bulu ayam putih yang dahulunya umpan rahsia di kalangan tekong di perairan utara Malaysia boleh dianggap bukan lagi rahsia di kalangan kaki casting terutamanya di perairan Kedah.
Bahkan, umpan ’killer’ ini sebenarnya telah pun dipraktikkan di pulau-pulau berbatu yang lain seperti Pulau Sembilan, Perak. Saya sendiri pernah praktikannya di perairan selatan tanah air.
Apa yang menariknya, kehalusan umpan bulu ayam ini banyak diusahakan oleh pengusaha produk pancing tempatan. Ia dihias cantik dengan semburan cat putih, ditaburkan serbuk pengilat, selain dilapisi dengan epoxy untuk mengukuhkan keseluruhan ikatan bulu ayam berkenaan.
Cara penggunaan umpan bulu ayam atau bullet fly ini sebenarnya tidak banyak beza dengan menggunakan sesudu atau jig micro. Namun ia lebih banyak dimainkan di permukaan air bagi memburu spesies pelagik.
Kesesuaian Reel
Kekili spinning jenis high speed amat penting di sini. Disyorkan menggunakan kekili yang memiliki gear ratio 6:1 dan ke atas. Siri 2000-3000 paling sesuai digunakan dan ia mestilah tahan lasak dan kalis air masin. Jika bukan jenis air masin, harus membilasnya dengan segera bila tiba di daratan.
Kesesuaian Rod
Rod casting 6’ hingga 7’ paling seronok untuk digunakan. Tetapi sebenarnya penggunaan rod haruslah sesuai dengan tinggi tubuh badan seseorang. Ini kerana jika seorang itu bertubuh rendah rod 6’ atau 6’ setengah adalah sesuai. Pendek kata, hujung rod jangan sampai mencecah air.
Rod dengan kekuatan 10-20lb atau PE 05-2 adalah pilihan yang seimbang. Tetapi jika inginkan ‘lebih perlawanan’ boleh mencuba joran yang lebih ringan.
Kesesuaian Tali
Tidak kisah, apa brand yang digunakan. Asalkan ia jenis braided, kuat dan tahan lasak. Saiz 15-20 lb paling sesuai di sini. Boleh juga ingin menggunakan tali tangsi namun keupayaan hook up tidaklah sebagus jika menggunakan braided.
Perambut Pilihan
Pilih perambut jenis fluorocarbon 100%. Perambut nylon monofilament agak kurang praktikan berbanding fluorocarbon. Perambut berkekuatan 20-40lb adalah pilihan paling ideal.
Mata kail
Saiz mata bergantung kepada tempat. Biasanya mata kail no 2 digunakan. Paling penting, mata kail mestilah tajam, tahan lasak dan sedikit lembut, kerana jika tersangkut di celah batu, boleh menariknya sampai bengkok mata kail kerana paling penting dapatkan semula batu ladung yang berhias bulu ayam tersebut.
Selain dua mata, ikatan tunggal juga boleh dipraktikkan. Tali yang sesuai untuk mengikat mata kail adalah jenis braided berkekuatan 80 lb ke atas.
Pertama sekali, yang paling penting memancing ikan siakap ni kenalah pandai baca air. Sebab siakap ni suka duduk muara sungai.
Seelok-eloknya masa nak mancing dia ni ialah masa air dah dekat-dekat nak pasang penuh sebab masa tu tahap kemasinan (kepayauan) air laut yang bercampur dengan air sungai cukup sesuai dengan siakap ni. Lagi pun masa tu arus dah tak kuat, senang nak buat kerja.
Keseronokan utama memancing siakap ialah dengan teknik casting menggunakan umpan tiruan. Namun, jika tidak ingin menggunakan gewang, boleh juga menggunakan umpan hidup. Malah ia merupakan teknik paling mujarab menggunakan umpan hidup seperti udang, belanak dan juga jenjulung. Dan sebaiknya gunalah teknik hanyut menggunakan pelampung.
Tali utama dalam 10-20lbs dah cukup. Rod jenis fast action sesuai dengan kekuatan tali utama. Perambut kena kasar sikit dalam 30-50lbs dari jenis abasion resistant sebab siakap ni cekap memutuskan perambut dengan menggunakan penutup insangnya yang tajam tu.
Tidak perlu guna perambut dawai sebab tips yang saya dapat dari pakar siakap mengatakan perambut dawai ni mengakibatkan wujubnya tenaga elektrik yang menjadikan siakap culas untuk mendekati umpan.
Teknik setting perambut berpelampung ialah batu ladung kecil diletakkan di antara umpan dengan pelampung supaya umpan tenggelam dan tak dapat berenang menghampiri tali yang akhirnya menyebabkan tali berselirat dengan perambut dan umpan.
Jarak umpan dengan pelampung bergantung kepada kedalaman air, kalau sungai tu dalam kena panjangkan lagi sebab siakap berlegar mencari mangsa di antara pertengahan air ke bawah permukaan air.
Itulah sebab dia cukup suka dengan belanak sebab belanak duduk dekat permukaan air, jadi senang dia serang hendap dari bawah.
Kalau nak casting atau trolling di muara pula waktu afdal adalah masa air surut ataupun mula-mula nak pasang. Waktu ni senang sikit nak perdaya siakap sebab pada waktu ini mereka duduk di kawasan yang ada struktur.
Contohnya batu-batu, kayu-kayu, tiang-tiang jambatan, kapal pecah dan sebagainya. Mereka menunggu untuk menyerang hendak anak-anak ikan. Jadi, pergilah casting di kawasan-kawasan strategik seperti ini.
Ketika pasang, dipercayai siakap masuk ke dalam kawasan bakau mengikut anak-anak ikan yang masuk ke dalam kawasan bakau untuk cari makan. Jadi, ia mendatang masalah sedikit untuk casting oleh kawasannya terlalu meluas.
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, spesies ikan jelawat merupakan spesies ikan yang sangat kuat apabila bergelut di hujung kail. Kekuatan ikan jelawat mampu memberikan kepuasan berganda kerana selain daya kekuatannya ikan ini mempunyai nilai yang tinggi.
Seperti yang kita tahu, kebanyakan spesies jelawat liar boleh dipancing di beberapa batang sungai popular di Malaysia. Spesies yang hidup di pertengahan air ini boleh ditemui di sungai yang besar serta beberapa tasik popular di Malaysia seperti Tasik Chini dan Tasik Bera.
Ikan jelawat liar yang dipancing mampu mencapai saiz sekitar 8kg hingga 10kg di sesetengah kawasan dan saiz sebegini memang mempunyai nilai sekitar RM80 hingga RM120 sekilogram bergantung kepada tempat.
Bagi ikan jelawat baka ternakan dikatakan lebih mudah untuk menyambar umpan tiruan seperti sesudu mikro dan spinner. Spot yang paling baik bagi memancing jelawat ialah di sekitar kawasan air yang berarus dan aliran keluar masuk air seperti pertembungan anak sungai yang kecil, kawasan air sungai masuk dan keluar.
Oleh kerana spesies jelawat liar semakin sukar dipancing, pemancing digalakkan untuk mengamalkan konsep tangkap dan lepas bagi spesimen yang bersaiz kecil dan terlalu besar bagi memastikan spesies ikan ini dapat meneruskan kelangsungan hidupnya.
Umpan Pancing Dasar
Umpan yang biasanya digunakan bagi memancing jelawat ialah cacing, ulat buluh, serangga kecil seperti cengkerik dan juga ikan kecil. Selain itu, sawit juga antara umpan popular bagi menjerat jelawat.
Antara cara penggunaan umpan sawit ialah dengan menggunakan perambut yang panjang dan teknik sawit sate iaitu sawit diracik nipis dan dicangkukkan pada mata kail sehingga ke perambut lebih kurang sejengkal. Selain itu anda boleh cuba gunakan teknik dengan cangkukkan 6-10 mata kail kecil pada sebiji atau 2 biji buah sawit.
Selain umpan di atas, anda boleh cuba gunakan ikan pin-pin sebagai umpan dengan mencangkukkan mata kail pada bahagian kepala ikan tersebut sebelum dimainkan dalam air dalam posisi melawan arus.
Gewang
Bagi penggunaan umpan tiruan, anda boleh menggunakan sesudu mikro atau spinner dan pasti lebih mencakup dengan padanan set ultralight. Selain itu, penggunaan dry fly dengan menggunakan teknik pancing layang juga berkesan dalam menjerat ikan ini.
Tahukah anda, gewang juga boleh digunakan untuk menjerat ikan ini, sama ada top water, selaman dalam atau minnow. Syaratnya, anda perlu ketahui ada jelawat di sana dan cubalah mainkan aksi gewang tersebut dengan perlahan dan senyap. Banyak rekod yang telah dibuat oleh kaki pancing menggunakan gewang, sama ada casting dari landbase, bot ataupun trolling.
Selain sesudu dan spinner kecil, anda boleh cuba menggunakan umpan soft plastic bagi memancing ikan ini. Cubalah pelbagai jenis warna berdasarkan spot atau lokasi pancing anda, mana tahu giliran anda untuk naikkan spesies ikan jelawat bersaiz besar. Baru namanya rezeki!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...