Untuk udang jantan muda, ia akan melawan secara konsisten dan berterusan manakala daya juangnya boleh tahan berpadanan dengan peralatan yang digunakan.
Bagi udang bertelur ia hanya kuat melawan di peringkat permulaan sahaja.
Manakala udang kecil sering menggegarkaqn hujung joran bertalu-talu setiap ia cuba mengeluarkan umpan dari mata kail.
Ads
Untuk itu, kekili kecil yang digunakan juga perlu dilaraskan sistem seretan (drag) supaya ia dapat menampung beban mengejut yang dikenakan seperti henjutan udang secara tiba-tiba.
Walaupun udang saiznya kecil tetapi teknik dan peralatan termasuk mata kail sesuai perlu dipadankan dengan kombinasi sesuai agar kepuasan serta kegagalan menjinakkan udang dapat dihindari.
Ads
Ads
Paling menarik ialah tahap kesabaran menaikkan udang yang berada di mata pancing adalah tinggi berbanding spesies lain. Pemancing perlu banyak berlembut dan sabar setiap kali udang menghenjut pancing.
Apa pendapat anda? Ayuh komen & share artikel ini. Terima kasih!
Jangan lupa like & see first Facebook Majalah Umpan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Pancingan ikan tilapia di Malaysia bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Malah, ia merupakan satu perkara yang pelik pula jika seorang pemancing berpengalaman mendakwa tidak pernah memancing tilapia sepanjang hayatnya.
Meskipun berstatus ikan pendatang, populasi ikan tilapia hari ini begitu berkembang biak sehingga hampir menguasai semua sumber perairan air tawar. Sekaligus menjadikan tilapia antara ikan yang paling banyak ditangkap termasuklah dengan penggunaan joran dan kekili.
Berikutan spesies tilapia dibawa masuk ke Malaysia sebagai ikan ternakan dan kebanyakannya diternak di bekas lombong, tasik dan kolam, ini menjadikan lokasi-lokasi tersebut sebagai spot utama bagi pancingan tilapia.
Pergilah ke mana-mana bekas lombong atau tasik-tasik kecil khususnya, pasti kelihatan kelibat pemancing sedang memancing tilapia. Malah, jangan terkejut apabila melihat ada pemancing yang memancing tilapia di longkang-longkang besar dan kolam tadahan kawasan perumahan.
Selaku ikan yang tidak dikategorikan sebagai ikan sukan, bukan juga ikan bersaiz besar, sebaliknya dipancing untuk dijadikan hidangan, pancingan tilapia lebih menjurus kepada pancingan santai.
Justeru untuk memancing tilapia tidak memerlukan peralatan pancing yang khusus. Hanya dengan peralatan asas anda sudah boleh memancing tilapia. Tetapi jika inginkan sedikit keseronokan, boleh menggunakan set peralatan ultra ringan.
Tilapia adalah ikan omnivora dan tidak cerewet memilih umpan. Cacing, anak udang atau dedak ayam merupakan antara umpan popular untuk memancingnya.
Namun tabiat makan tilapia yang gemar mengutis umpan sehingga mengosongkan mata sedikit sebanyak menghadirkan cabaran kepada pemancing. Walaupun mata kail kecil digunakan, ia masih mampu menghabiskan umpan dengan jayanya.
Kepandaian tilapia mencuri umpan ini secara tidak langsung membuka minda pemancing untuk memerangkapnya dengan kaedah pancingan alternatif.
Bagi pemancing yang benar-benar memancing tilapia sebagai sumber makanan, mereka akan menggunakan jaring mini yang disambungkan pada peralatan pancing.
Jaring mini yang dilengkapi dengan alat atau dawai spring bagi mendakap umpan seperti dedak ayam atau roti, akan memerangkap tilapia yang datang mengerumuni umpan.
Satu lagi teknik memancing tilapia yang agak popular suatu ketika dahulu dan masih diguna pakai sehingga kini ialah sembat. Sama ada menggunakan mata tiga yang dilengkapi pemberat atau mata kail cakar ayam, bancuhan dedak ayam dikepalkan kili bersaiz besar sebagai umpan.
Cara memancingnya hampir sama iaitu apabila tali pancing bergedik menandakan ada tilapia sedang mengutis umpan, joran akan disentap dengan kuat dengan harapan mata tiga atau perambut cakar ayam tersebut akan melanggar badan tilapia sekaligus memerangkapnya.
Elakkan menukar lensa di kawasan yang lembab, berpasir, berhabuk, melekit seperti di tepi pantai.
Jika boleh, pakai satu saja lensa dan teruskan gunakan lensa tersebut sehingga berada di tempat yang sesuai dan kering untuk menukar yang lain.
Tekan OFF kamera sewaktu menukar lensa. Ini kerana ada sensor yang sensitif, menarik habuk sewaktu pertukaran lensa dan ia akan menjadikan kamera cepat rosak.
Pegang kamera secara terbalik (mulut lensa di bawah).
Tukar lensa secepat yang mungkin supaya risiko masuk habuk kurang.
Sentiasa pastikan lensa dibersihkan menggunakan ‘lens pen’ selepas menukar lensa.
Bersihkan ‘image sensor’, sama ada anda lakukannya sendiri atau minta pertolongan daripada orang yang arif mengenai perkara ini.
Kamera anda boleh jadi rosak sekiranya:
Anda menggunakan insect repellent terutamanya mereka yang alah dengan nyamuk atau serangga di luar terutamanya di kawasan berair seperti tasik, lombong, hutan, paya dan sebagainya.
Walaupun kamera tersebut anda gantung di leher, ia tetap terdedah dengan tiupan air laut yang melekit dan debu pasir yang berterbangan. Paling penting anda bawa tuala dan balut kamera anda sekiranya and tidak gunakan lagi atau simpan terus dalam beg kamera.
Terjatuh atau terhentak pada dinding. Yang ni memang anda kena cepat-cepat lihat kamera tersebut supaya kos untuk membetulkannya tidak sama nilai dengan harga sebiji kamera yang baru.
Memancing di sungai terutamanya di sungai jeram pegunungan ini memang memberikan lebih kepuasan buat kaki pancing yang gemarkan cabaran. Namun, risiko bahaya juga memang tidak dapat dipisahkan dengan kawasan-kawasan sebegini. Antara tip keselamatan yang dapat penulis cadangkan ialah seperti berikut:
Pastikan keadaan kesihatan anda berada di tahap terbaik untuk trekking. Jika tidak berada di tahap 90% sebaiknya batalkan saja kerana ia bukan sahaja akan menyusahkan diri sendiri malah juga rakan-rakan trip yang lain.
Makanan, air, energy bar dan sebagainya harus disiapkan secukupnya untuk sepanjang tempoh trip. Tak mengapa jika lebih sedikit tetapi jangan berkurangan.
Amalkan memancing di dalam kumpulan dan jangan sesekali trekking seorang diri di dalam hutan atau di sungai pergunungan.
Pastikan ahli keluarga atau rakan terdekat mengetahui anda keluar memancing, lokasi pancingan dan tempoh trip tersebut. Ia penting bagi melakukan tindakan lanjut sekiranya anda tidak pulang pada tarikh sepatutnya. Jika mampu, beli dan bawa telefon satelit itu lebih baik.
Pakailah pakaian lengkap termasuk kasut yang sesuai dan selesa untuk trekking. Sebaiknya juga pakailah pakaian yang kontra dengan alam semulajadi.
Waspada akan ancaman binatang berbisa dan buas. Elakkan melalui tempat yang ada jejak binatang buas seperti harimau, gajah dan sebagainya.
Waspada ketika mengharung air. Jangan terlalu berani mengharung air jika anda kurang yakin terutama di kawasan berarus deras. Juga perlu sentiasa berwaspada dengan kejadian kepala air.
Jika gewang yang anda gunakan tersangkut pada reba-reba kayu atau batu,jangan membahayakan diri berenang untuk menyelamatkan gewang tersebut. Ingat gewang tersangkut boleh dibeli, hilang nyawa tiada gantinya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...