Hampir setiap sauh yang tersedia mempunyai dua tempat mengikat tali atau rantai. Kedudukan tempat mengikat tersebut terletak di pangkal dan juga pucuk sauh. Kenapa ia direka begitu? Setiap sauh yang diturunkan ke dasar mempunyai risiko untuk tersangkut ke karang ataupun reba serta akar pokok yang tidak dapat dilihat oleh kita.
Caranya, buat ikatan utama yang kuat pada pucuk sauh agar mampu menjadi pemegang utama ketika kejadian sauh tersangkut berlaku. Gunakan tali yang kuat dan sepadan dengan berat sauh dan berat bebanan bot.
Ads
Kemudian ikat tali bersaiz kecil yang sederhana kuat di pangkal sauh sebagai pelaras kepada sauh supaya dapat mengunci sauh pada kedudukan yang dikehendaki.
Tali sederhana kuat perlu diikat pada tali sauh utama. Tali ini akan menjadi tali keselamatan apabila sauh tersangkut dan mampu terbuka apabila ditarik dengan kuat.
Apabila tali keselamatan terbuka atau putus maka ikatan pada bahagian pucuk sauh akan berfungsi untuk mengeluarkan sauh selepas ia tersangkut pada dasar kerana ia ditarik dari arah bertentangan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Assalamualaikum admin… saya selalu dengar orang pancing ikan toman pakai anak itik. Tapi macam mana nak guna anak itik?
JAWAPAN:
Waalakumusalam… apa yang anda dengar tu memang ada kebenarannya. Terdapat dua kaedah memancing toman atau haruan menggunakan anak itik sebagai umpan.
Pertama, kaedah ini pernah digunakan di negara kita suatu ketika dahulu terutamanya untuk memancing toman.
Caranya, mata kail diikat pada kaki anak itik dan kemudian anak itik tersebut dibiarkan berenang bebas di kawasan yang dipercayai adanya toman. Teknik ini agak sedikit kejam kerana menjadikan anak itik tersebut sebagai umpan sepenuhnya.
Manakala satu lagi teknik ialah dengan menggunakan anak itik sebagai pengumpan. Yang mana salah satu tajur (diikatkan anak itik) digunakan untuk mengumpan toman atau haruan, satu lagi tajur berumpan dan mata kail akan dihulurkan apa kelibat haruan atau toman muncul untuk membaham anak itik tersebut.
Namun sebagai seorang pemancing rekreasi, tidak perlulah kita mengaplikasikan teknik memancing menggunakan umpan anak itik.
Kita guna sajalah umpan tiruan atau gewang yang sedia ada untuk memancing haruan mahupun toman.
Toman dipancing dengan pelbagai kaedah. Sama ada menerusi teknik pancingan dasar, apungan atau mengilat. Pelbagai umpan juga boleh digunakan untuk memancing toman. Ikan hidup, hirisan ikan, belut, katak atau umpan tiruan. Dari pelbagai teknik dan umpan, mengilat atau casting menggunakan umpan tiruan atau gewang merupakan kaedah paling popular dan dikuti ramai.
Abaikan persoalan mengilat toman menggunakan set spinning atau baitcaster yang manakah lebih praktikal dan menyeronokan. Begitu juga gewang jenis apa yang afdal untuk casting toman. Sama ada gewang permukaan, gewang minnow atau crank, gewang selaman cetek atau dalam, sesudu, katak kayu atau getah, atau pelbagai jenis spinnerbait.
Sebaliknya, apa yang menjadi topik yang ingin dibicarakan ialah… Apakah gewang mahal berstatus tahyul saja akan disambar oleh toman??
Bagi pemancing yang baru berjinak-jinak dengan sukan memancing toman, antara dilema yang sering dihadapi adalah bajet untuk membeli gewang. Apatah lagi apabila harus berkomplot dengan masta-masta caster yang taksub pada gewang-gewang tahyul berharga tinggi untuk mengilat toman.
Gewang dengan nilai RM50 dan ke atas bolehlah dilabel sebagai gewang mahal. Tidak semua pemancing mampu untuk melabur dengan bajet sekasar itu demi menjerat seekor toman yang berkemungkinan akan menjahanamkan terus riwayat gewang tersebut.
Bagi membincang perkara ini, berikut merupakan pendapat dan buah fikiran pemancing yang sudah sekian lama berkecimpung dalam arena mengilat toman.
“Apa yang ada pada gewang mahal juga terdapat pada gewang murah. Bezanya yang paling ketara adalah dari segi renangan serta bahan atau material yang digunakan.
Ditambah pula dengan corak dan warna yang sangat menarik telah mempengaruhi pertimbangan para pemancing. Terdapat banyak pilihan gewang harga murah di pasaran yang perlu anda cuba keberkesanannya.
Yang penting anda mampu menggayakan gewang itu sendiri bersesuaian dengan lokasi dan jenis gewang itu sendiri. Toman lazimnya tidak terlalu memilih jika anda menggunakan sebarang jenis gewang. Yang paling penting bagaimana anda persembahkan gewang.
Gewang juga tidak melakukan aksi gaya renangan secara automatik. Tanpa bantuan dari pemain yang berpengalaman, gewang mahal seperti tidak bernilai.
Jadi, pendapat yang mengatakan toman hanya boleh dipancing dengan gewang mahal adalah tidak tepat sama sekali.”
“Kalau mampu pakai yang mahal, pakailah… kalau tak mampu, gewang pun jadi jugak. Tentang gewang mahal dan murah ni susah sikit nak cakap. Orang ni banyak macam.
Kalau yang suka pakai yang jenis mahal mungkin salah satunya adalah kerana kualitinya, lain pada yang lain, nak tarik tarik perhatian orang pun ya.
Mungkin juga minat dia mengumpul barang-barang berjenama… tapi yang murah pun tidak ada kurangnya jugak. Cuma kena la pilih-pilih sikit.
Murah tapi ada kualiti… mengikut atas kemampuan la. Kesimpulannya, terpulanglah pada pengguna nak pilih mana yang bersesuaian.
Tapi hakikatnya semua gewang ikan hentam. Asal ada aksi renangan yang bersesuaian dengan ikan yang diburu dan juga teknik individu.
Purata boleh dikatakan 70% skil individu yang mendapat strike termasuk bijak melihat keadaan tempat, cuaca, air dan persekitaran yang untuk menggunakan gewang apa ketika itu.”
Sejak kebelakangan ini, peredaran musim memancing mula berubah berikutan perubahan faktor cuaca yang tidak menentu. Ada para pemancing yang sudah membuat tempahan awal program memancing bersama rakan, segala persiapan dari segi tempahan bot untuk memancing di kelong-kelong atau pulau-pulau tertentu, cuti telah diluluskan oleh pihak pengurusan, malangnya terpaksa dibatalkan atas faktor tersebut.
Dalam pada itu, bagi kaki pancing yang berminat mengambil gambar, teruskan usaha merakam foto keadaan sekeliling kita termasuk merakam potret dan momen, kejadian banjir, kerana dengan gambar-gambar sebegini mampu menjadikan gambar tersebut bernilai dan menjadi momen bersejarah yang tidak boleh ditukar ganti.
Simbol & Penjelasan
Full Auto – Kotak berwarna hijau ini akan memudahkan anda untuk mengambil gambar kerana ia telah diprogramkan segala fungsi auto.
Creative Auto – Hanya boleh dijumpai pada EOS DSLR yang keluaran terbaru sahaja.
Metered Manual – Anda hanya set shutter speed dan aperture sahaja. Kamera akan berikan bacaan fungsi yang lain.
Aperture – Gunakan ini jika anda ingin set sendiri aperture anda. Fungsi yang lain seperti shutter speed, ISO, AWB akan ditentukan sendiri secara auto pada kamera.
Shutter Priority (Time Value) – Begitu juga dengan simbol ini. Anda boleh set sendiri shutter speed dan yang lain akan ditentukan oleh kamera.
Program Shift – Kamera akan secara auto set pada shutter speed dan aperture akan tetapi anda perlu set sendiri dari segi AWB, ISO, setting lain dan sebagainya.
Movie Mode – Simbol ini anda akan jumpa pada model-model EOS terbaru termasuklah mereka gambar berbentuk HD.
Portrait Mode – Penggunaan mode ini akan menghasilkan kulit wajah yang lebih lembut dan mulus. Penggunaan aperture yang lebih tinggi atau rendah akan menyebabkan bahagian belakang gambar tidak fokus. Sama seperti Nikon.
Landskap Mode – Set aperture yang sesuai bagi merakam gambar berbentuk depth-of-field.
Close – Up Mode – Gunakan aperture yang sesuai dengan mengaburkan latar belakang gambar tersebut.
Sports Mode – Fungsinya sama seperti Nikon, untuk memegunkan sebarang bentuk pergerakan.
Night Portrait Mode – Mode ini akan menggabungkan flash dan slow shutter speed. Akan tetapi anda perlu mengubah sendiri setting yang lain.
Flash Off Mode – Penggunaan 100 peratus automatik dan hanya flash sahaja tidak berfungsi.
Automatic Depth Of Field – Gabungan aperture dan depth-of-field akan menjadikan gambar anda menjadi lebih jelas dan tajam.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...